Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Thursday, October 29, 2009

My Very First Customer

baru seminggu start promote mas cotek ni, ni lah 1st n 2nd customer aku :D

TQ anne, TQ ain ^_^


yg berbalut tu customer aku, yg tak balut tu customer H
jap gi lepas keje nak gi pjbt pos kat Tesco Selayang jap

100 Cara Promosi & Tingkatkan Traffic Web Anda

aku dah download file ni sejak bulan 5 hari tu, tapi baru hari ni teringat nak update dkt blog aku ni..sharing is caring org kata

File ni bentuk PDF, dalam tu ada 100 cara..korang baca lah sampai lebam :D




credit : http://www.rahsiaebiz.com/

Tuesday, October 27, 2009

Bunkface - Through My Window (TM ads)

DOWNLOAD MP3

Bunkface

THROUGH MY WINDOW lyrics :

Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can’t exist like this anymore

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me

Now there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real

Sunday, October 25, 2009

TM Everyone connects.net

alahai, how sweet!!

korang pernah tgk tak iklan ni? aku ada la 2-3x tgk kat tv..sukee sgt! Layan~

Thursday, October 22, 2009

Type Of Blog I Will Visit Again And Again And Again!

pepatah org dulu --> cinta pandang pertama
pepatah aku --> blog pandang pertama :D

* ni baru sket, selebihnya boleh refer pada link "Bloggers" aku kat belah kanan tu
♥ Bahasa Sempoi ♥ Clean Layout ♥ Entry Menarik ♥ Pandai Melukis
* aku dah khatam entry dia dari awal sampai habis..giler kan!

http://kusut-blogs.blogspot.com/

♥ Entry yg sgt informatif


♥ Kombinasi entry + gambar + resepi..wallaaaa


♥ Pandai memasak ♥ Gambar menarik
(hobi dia cooking & photography)
* sbb duk tgk gmbr masakan dia lah aku ter'influence' utk memasak

♥ Sangat3 rajin memasak
(sepanjang 30 hari berpuasa, hari2 ada entry
apa yg dia masak utk berbuka)

Wednesday, October 21, 2009

Happy 1st Birthday Danial

aku dtg lmbt, so takde la gmbr danial tiup lilin


Danial ni anak si Sue & Hazim (dua2 ni kawan masa belajar di uitm dulu)

birthday dia jatuh pada hari jumaat 16 oct 2009, tapi mak ayah dia buat birthday party hari sabtu 17 oct..syiok la ini budak sbb 2x dpt sambut birthday..hari jumaat dkt nursery, hari sabtu dkt rumah :D

yg kelakar tu, si sue kata, disebabkan dia ada buat entry WISH LIST dkt blog dia untuk birthday si danial, boleh kata semua hadiah berdouble..risau dia kut semua org ada baca blog dia ker..hehehe nasib ko lah sue..

kitaorg sampai pun dah lmbt, pukul 3 camtu..tp sempat la jumpa bayan n raja salihin..layan gambar je lah


ni anak lelaki bayan, aku tak igt nama dia

ni anak perempuan bayan, umairah namanya
(very sweet pki tudung gini)

dari kiri : umairah, bayan, raja ahmad salihin, *kaki H





danial dgn aunty jue (ssh woo nak tggu bdk ni betul2 tgk cam)

puas acah2, dia mmg tak nak tgk cam..huhuhu

tetamu yg sempat aku jumpa (mostly sedara hazim)

aci tak klu aku kata,
bkn aku gemook, tp sue kecik sgt :D muahahaha!

Tuesday, October 20, 2009

Kami Anak Malaysia - Noh Hujan, Lah Ahmad, Shila

Ceeeh, dulu masa contest lagu 1 malaysia, tak hingin pun aku nak mendengar lagu2 peserta lain..maklum lah time tu duk kata lagu Faizal Tahir je lah yg plg bst..tp skrg radio station sll jugak mainkan lagu peserta2 lain..salah satu yg menambat hati aku adalah lagu ni..

Cuba korang dengar..bestttt!!

* Youtube video ni tak ok lah, tp aku biar je la sini kut2 ter ok lak nnt, korang download je la kalau nak dgr..yg pasti, mmg best





Oh Malaysia
Satu Malaysia
Hidup berharmoni, aman damai
Dengan satu harapan
Demi kejayaan

Bersatu kami bersama
Berbilang bangsa hidup berharmoni
Aman damai negaraku (negaraku)
Satu Malaysia (satu Malaysia)

Semua maju kehadapan
Dengan satu harapan
Deminya kejayaan

Kami anak Malaysia
Kami berdiri megah
Bersama kita teguh
Maju kehadapan dengan bangga

Berikrar satu nusa dan satu suara
Negaraku makmur
Aman damai oh Malaysia
Satu Malaysia


Credit MP3 & Lyrics http://ezone4u.blogspot.com

Monday, October 19, 2009

Teh Herba Mas Cotek

Bak kata org, herba2 ni mmg la banyak khasiat nya..lain jenisnya lain la khasiatnya kan..untuk entry ni fokus aku adalah mas cotek dan bila di komersil kan jadi lah Teh Herba Mas Cotek


korang jangan la gelak menengokkan packaging ni plak..ni baru permulaan, dlm kotak lutsinar je ha, tapi diorang ni dah on the way nak tukar packaging baru yg lebih exclusive gitu (baru ada kelassss kan)

ok ok, melalut lak..meh aku bgtau harga dulu..sebekas ni ada 50 uncang = RM 20, tp mcm yg aku kata tadi, diorang tgh nak tukar packaging, jadiknya kalau korang (kawan2 n readers blog aku ni) nak beli, aku kautim bagi RM 17 je tapi kalau ada sesapa yg nak beli banyak (10 bekas ke atas), nanti kita ejas2 kut boleh dapat RM15 sebekas yer..

ni antara khasiat2 nya :
  • Dapat mengurangkan rasa letih dan lesu badan
  • Dapat meningkatkan ketahanan badan melawan penyakit
  • Dapat membantu mengurangkan kesan penyakit kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, angin ahmar, gout, ulser, keputihan, senggugut dan migrain
  • Dapat membantu penyakit BUASIR
  • Dapat meningkatkan ketahanan hubungan kelamin suami isteri
** TIDAK SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG

Cara hidangan :
  1. Boleh diminum tanpa gula
  2. Boleh diminum dengan sedikit gula

Kalau korang area selayang, boleh COD dkt aku je la..atau pun kalau yg jauh, boleh la guna khidmat posmen..tapi kos pos tu di atas tanggungan sendiri ye:D

BERMINAT? SMS aku (jue) : 012-2626034 atau Email : innueclanz@gmail.com

Friday, October 16, 2009

Thursday, October 15, 2009

Blog4FT : Sarapan Pagi Istimewa Di Chan Sow Lin, KL


------------------------------------------------------------------
Lokasi : Jalan 2, Chan Sow Lin, Kuala Lumpur

Peta : Sila skrol ke bawah (di penghujung entry)
Waktu Operasi : Setiap pagi kecuali hari Ahad
(rasanya sehingga 11 pagi shj)
------------------------------------------------------------------

Di Kuala Lumpur ni kita cukup mudah nak cari sarapan pagi. Ada yang buka kedai, ada yang buka payung meniaga di tepi jalan dan tak ketinggalan restoren fast food pun nak buat menu sarapan pagi juga.

Menu biasa senang nak dicari tapi siapa di antara korang yang sarapan pagi dengan semangkuk bihun sup?

Ini lah menu sarapan pagi istimewa di Jln 2 Chan Sow Lin. Walaupun harga sedikit mahal, tetapi bagi saya takpe mahal kalau ia sedap dan boleh alas perut sampai ke petang :D

Selain bihun sup, menu-menu biasa seperti nasi lemak, nasi goreng, bihun goreng, mee goreng dan lauk pauk turut dijual di sini. Pengunjung boleh memilih untuk makan di gerai atau tapau bawa balik.

Waktu operasi cuma pada waktu pagi, saya tak pasti sampai pukul berapa, tapi dalam pukul 11 pagi rasanya kedai ni dah tutup. Untuk yang jauh dari kawasan Chan Sow Lin, korang boleh lah datang hari Sabtu dan kedai ni tutup setiap hari Ahad.


Bihun Sup Biasa = RM3.50
Bihun Sup + Begedil + *Perut Ayam (spt dlm gambar) = RM5.00
* boleh digantikan dengan pedal ayam, hati ayam atau telur ayam


SELAMAT MENCUBA..

kredit peta : Dromoz.com

Tuesday, October 13, 2009

Blog4FT : Tasik Metropolitan Kepong


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lokasi : Kepong (Lebuhraya MRR2 Selayang - Sg. Buloh)

Tarikan Utama : Layang-Layang

Kemudahan : Trek Joging, Trek Basikal, Padang Untuk Bermain Layang-Layang, Taman Permainan Kanak-Kanak, Tasik Untuk Memancing Ikan, Padang Bola & Tandas Awam

Info Tambahan : Tempat letak kereta adalah percuma =)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kebiasaannya tasik ini akan dipenuhi dengan pengunjung setiap hari Sabtu, Ahad, Cuti Am dan juga ketika cuti persekolahan.

Selain itu, Tasik Metropolitan Kepong ni pernah disiarkan dalam rancangan Kelab Disney Malaysia TV3. Dan tak lupa juga, tasik ini merupakan salah satu lokasi untuk shooting filem SUMOLAH :)

Datang dah rasai sendiri udara dan persekitaran yang menyihatkan disamping dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Jom layan gambar (^_^)V






















Monday, October 12, 2009

My Nuffnang Progress - Part 02

igt lagi tak previous entry aku psl ni? klu tak igt, entry tu ada kat SINI

tak bujek pun sbnrnya nak buat entry part 2, tp mlm td saje ushar acct. nuffnang..tgk2 ada buffered earning yg baru..hoyeh hoyeh..mek sukerrr :D

* bila la gamaknya baru eligible utk cash out..looong way to go..huhuhu

aku blm penah tgk lagi iklan blackberry ni..
skrg berlegar iklan dutch lady jer

Aktiviti Selepas Hari Raya

Alhamdulillah, murah rezeki kita2 ni, lps jer bulan puasa, sana sini buat open house..jadiknya setiap hujung minggu tu ada je lah aktivitinya..tp rasanya aktiviti rumah terbuka korang lagi byk lah pd aku ni kan..

aktiviti selepas raya :

Minggu Pertama
Blk Sg. Besar kebetulan lak time ni birthday aku,
so kitaorg ada buat bbq ayam

Minggu Kedua
Beraya rumah abah/ibu, rumah pakcik2 H, kul 1 pagi baru sampai rumah..gile penat makan..penat mata lagi lah, sepanjang jalan blk tu, aku tido je, tak boleh tahan dah mata ni

Minggu Ketiga
Sabtu MIL buat open house, lsg aku tak ambik gambar sbbnya aku tender duduk di dapur..basuh pinggan n makan

Ahad, kenduri anne pastu open house rumah bos H..lepas open house gi umah MIL n makan lagi..huahuahua

Minggu Keempat
So far, next week baru ada 1 event yg kena pegi..birthday anak si sue..open house yilek


lama dah aku tak tempek gambar kat blog, so ni ada lah sket gambar ms wedding smlm..tahniah anne, semoga korang berkekalan hingga akhir hayat..amin..


hubby anne pemalu sket, tak tgk cam pun
warna ungu korang mmg cantek sgt



-------------------------------------------------------------------------------------------------

time nak balik dari open house, terserempak ngan Nazri (colleague H)..sempat snap gambar anak dia..lupa lak nak amik gambar depa bertiga :D hehehe


Nur Ain Sofea




Friday, October 09, 2009

Resah = Jiwa Kacau

Mggu ni rasa cam bz giler..resah & jiwa kacau..alhamdulillah aku dpt apa yg aku nak tp aku terpaksa menipu sket utk itu (sket je..huhuhu)

harap2nya aku bole lah nk deal dgn masalah2 yg dtg di masa hadapan..argghhhh!!! ina i need ur help..huwaaaa~


* kalau geng se-interview LTAT baca blog aku, korang jgn cuak okeh, aku bukan dpt job LTAT tu ;) ni psl benda lain nih..hehehe

Thursday, October 08, 2009

LTAT Interview Session

overall, ni la interview yg plg best aku penah pergi

ada 2 sessi - aptitude test & interview

dari 10 org yg shortlisted, cuma 5 org yg datang

encik yg incharged kitaorg tu mmg gilerr kewl~ best sesangat..dia bg tips, pendapat, bg sessi soal jawap (sela masa sblm setiap org kena panggil di interview)

aku tak igt nama dia, tp dia dah 20 tahun keje situ, senior programmer..mmg best lah, semua org enjoy..dia siap suh kitaorg ni bersuai kenal..end up, masing2 tukar no.phone/email add/facebook

aku dah dpt 2 org kawan baru Hazura & Rizal :D

andai tu bukan rezeki aku, aku tak kisah sbb itu pengalaman interview yg plg best utk aku

Tuesday, October 06, 2009

My Nuffnang Progress

DISCLAIMER : Edisi Syiok Sendiri (Kalau rasa sakit hati & sakit jiwa, sila jangan baca)

walaupun tabung aku kat nuffnang tu ciput je, tp aku suke la tgk progress iklan yg tubik kat blog aku ni

start minggu lepas aku dah start dapat Buffered Earning Campaign..once dpt buffered campaign ni, iklan tu akan berlegar je kat header aku tu..aku dpt kempen P1..jadi mmg iklan P1 je la yg kuar..mlm tadi aku tgk dkt header aku kuar iklan Dutch Lady pulak..bila aku cek nuffnang akaun, tgk2 aku dah dpt 2 kempen :D syiok



* tubik = keluar

Monday, October 05, 2009

Brief Intro - Blog 4 FT

Untuk org yang biasa singgah / baru singgah blog aku ni, korang akan perasan ada satu banner baru kat atas tu yang tertulis Blog for FT (menambah semak lagi ek, padahal baru je buang 4 semalam..haisshh)



kisahnya aku ni nak join contest yang blog4ft tu buat, syaratnya aku kena pamer banner tu sampai lah contest tu berakhir 5 jan 2010 nnt =) ngeee~ bapak lama tu

kalau nak tau lebih lanjut, korang boleh klik link kat banner aku tu je

untuk contest ni, aku kena cerita apa2 je pasal wilayah..aku belum buat entry pun lagi..

jadi untuk semua, nnt bila aku dah posting entry, mintak la jasa baik korang tolong vote untuk aku ek (sambil kelip2 mata ala2 comellss la kunun) hehehe~ bole ek..

TQ korang :D

Sunday, October 04, 2009

Poll Closed - Thanks everyone =)

Aku tak boleh trace sape yg jawap poll, jadiknya aku ucap terima kasih lah banyak2 kat korang yg sudi singgah n menjawap poll/kasi komen/kasi shoutout kat blog aku yg 'semak' nih

Lepas je aku 'retire' poll aku kat nuffnang tu, ada lah 4 benda yg aku dah 'tohok'..

Nape aku still simpan lagi semak samun kat blog aku ni ek?Meh kita cek tengok

1. Nuffnang ads - aku takleh buang, ni tabung aku walaupun sehari nk dpt 1sen pun pyh..huhuhu~ cer korang tolong tabung utk aku =) cb korang klik iklan2 yg tubik kat blog aku ni

2. Info Solat - aku bukak blog aku je utk tgk bila msk waktu solat

3. Calendar Islam - aku tak pernah hafal bulan dlm tahun islam (teruk kan aku ni), jadiknya ini utk mengingatkan diri aku sendiri yg skrg ni bulan islam adalah bulan apa

4. Radio - sambil berinternet, sambil aku layan online radio, halwa telinga org kata

5. Shoutbox - senang sape2 pun nak tinggalkan komen, sbb kalau aku pegi blog org, aku mmg mls nak komen dkt entry dia, senang tinggal msg ciput dkt shoutbox je

6. Link - Bloglist, Reference, Bloggers ni semua shortcut utk aku, once ada update, aku terus klik je..jadiknya aku keep up to date gitu =) rajin kan aku melawat blog korang semua, sape2 yg aku tak add lagi blog dia meh tinggal komen kat shoubox tu, nnt aku add kan

7. Visitor List - Ni edisi syiok sendiri, saje nak tgk sape yg dtg blog aku ni

apa pun, insyaallah nnt2 bila ada masa aku nak tukar template ke warna yg sejuk sket la mata memandang mcm blog resepi aku tu..hijau putih ala2 suci

TERIMA KASIH semua!!


** tohok = buang

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Angah dulu..




Angah Kini (Selepas 5 Bulan)
Bermula masa birthday dia 110509

Scroll ke bawah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

kecik dah dia..aku lak yg menjadi2 nih :( huwaaa~

apa rahsianya? nak tau?

1. Kehendak (utk kurus) biar datang dari hati, mesti kuat semangat
2. Tak makan nasi - ok la tipu lah, dia sbnrnya jaaaranng makan nasi..mungkin sebulan 1x je, tp dia makan lauk pauk lah..ubat2 mmg tarak amik yer, harap maklum!
3. Banyak minum air masak - skrg ni dia gi keje bawak air kosong sebotol 1.5L mcm budak2 cine bawak gi skolah tu
4. Sabar

Ni lah hasilnya berkat kesabaran angah =) aku kagum..

*muka dah la takde jerawat, ni dah selim melim pulak..haku jelessss..aku ni cuma takde yg No.1 tu..tu yg payah tu

Friday, October 02, 2009

Poll - Tolong Jawap Sket....TQ ^-^

------------------------------------------------------------------------------------------
Jangkamasa Poll : Jumaat 11am (02/10/09) sehingga Ahad 11am (04/10/09)
------------------------------------------------------------------------------------------

aku ni karang la 5 soalan dkt poll widget nuffnang

aku igtkan ada code yg boleh ditempek kat entry aku ni, rupa2nya auto display..jadi aku malas nak carik host lain utk create poll baru..

so sesapa yg singgah & terajin la pulak, sila jawap poll aku kat sebelah kiri tu yer...

------------------------------------------------------------------
i need your feedback on my current blog
------------------------------------------------------------------

aku serabut sbnrnya tgk blog aku skrg ni, dgn background hitam (jiwa aku mmg suit dgn bg hitam jer, adeh) dgn iklan bersepah, dgn widget2 nya

tapi aku ni jenis sayang nak buang..adoi lah..apa kata aku dgr pendapat korang lak..kalau agak2 malas nak jawap poll, kasi la komen sini sket, bole aku improve mana2 yg boleh diimpove