Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Showing posts with label Muhammad Izz Fahim Rizqi. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Izz Fahim Rizqi. Show all posts

Tuesday, August 22, 2017

Jom Naik MRT

Alhamdulillah sejak MRT Sg Buloh-Kajang line beroperasi 17 Julai 2017 hari tu kira macam senang la sikit nak pi balik kerja.  Selesa dan cepat.  Kalau sebelum ni aku kena kejar monorel kemudian ambik komuter di KL Sentral.  Sekarang dari MRT BB ke Sg Buloh dah senang.  Kira sit back and relax je.  Hehehe~

Memandangkan harga tiket tengah promosi less 50% sehingga 31 Ogos 2017 ni maka ramai yang dah bawa anak-anak naik MRT.  Izz Fahim pun setiap kali nampak train mesti sebut.  Jadi setelah sekian lama asyik menunda dengan anak berserta alasan "nanti ye sayang kita naik" akhirnya ada rezeki bawa anak naik MRT lepas solat Jumaat minggu lepas.  

Happy anak-anak dapat naik train especially si Izz Fahim la kan.  Muka bahagia je =D

Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun tiket adalah PERCUMA.  Yeah hip hip horray.

Untuk trip ni kami park kereta di Stesen MRT Sg. Buloh.  Di sini juga adalah Stesen Komuter. Setempat lah kiranya.  Surau dan tandas kat sini pun semua selesa.

Jom layan gambar jelah ;)






Kami turun di MRT Mutiara Damansara.  Stesen tu linking dengan ECurve, The Curve dan IKEA.  Easy access.  Laluan dalam bangunan dan berbumbung.

Aku pi kerja hari-hari memang naik di MRT Mutiara Damansara sebab ofis suami sekitar sini.  Jadi aku tau lah stesen tu selesa ke tak.  Aku cadangkan dekat suami turun situ sebab ada pentas milo tu.  Gigih nak snap gambar anak kat situ kan ;p


Dah alang-alang turun di MRT Mutiara Damansara tu kitaorang terus jelah ke The Curve.


Kemudian kami mengopi lah di The Charms The Curve.  Fahim suka kek lagipun.  Pastu mommy plak nak kopi.



Lepas dah siap mengopi jom lah kita balik.  Kami solat asar dulu di surau MRT. Sambil bergilir jaga anak untuk solat, ruang dalam stesen yang luas tu bole la anak ke hulu ke hilir melawat kawasan.


Ok dah sampai semula ke MRT Sg Buloh.  Izz Fah kata jangan balik dulu.  Dia nak tengok train lagi.  Duhh~ bertuah lah haih anak.


Wednesday, April 05, 2017

Happy 3rd Birthday Izz Fahim

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 4/4/2017 genaplah Izz Fahim 3 tahun.  
Semoga terus diberi kesihatan yang baik-baik.

Dah banyak perkataan bercakap dan dah banyak akai jugak.

Terima kasih maklang belanja Aim KFC :D








Monday, April 06, 2015

04042015 Selamat Ulangtahun Yang Pertama Muhammad Izz Fahim Rizqi

Alhamdulillah sabtu lepas genaplah usia Izz setahun.  Masih banyak yang perlu kami pelajari dalam mendidik anak.  Semoga dipermudahkan semuanya.

Takde majlis harijadi pun tapi kebetulan ada wedding di Putrajaya, terus la pasang niat nak singgah rumah Amy di Kajang.  Duk fikir dapat la si Izz memain dengan anak-anak amy tu nanti.  Sape sangka rupanya Aunty Amy beli kek buat suprise.  Dah la mommy pun beli jugak.  Sudahnya Izz Fahim dapat dua kek =) Alhamdulillah.  Rezeki!



 Dah la tu mommy, penat dah posing
sambil tepuk bahu mommy 3x :p

Stereng kereta mmg fav saya!


Our Wefie, tp mcm biasa Izz buat muka macho konon


Panas la daddy, cepat ler


Phew, empuk betul sofa umah acik amy ni. Legaaa


Abang Acap ni buat sign 1 malaysia ker?


Acap: Best Izz, jom la buat sign sama²
Kak Ika : Akak dah penat senyum simpul ni korang!


Izz : Acik amy, Izz bz la pulas minyak ni


Acap : Peace, Ika : Love
Izz : Masih pulas minyak lol


Mommy best wooo pusing² umah acik amy ni


Acik Amy tengah prepare kek sambil dibantu oleh kak Ika dan abg acap
Izz : Bz main ambulans.  huhuhu~


Terima kasih acik amy, pakcik amin, kak ika, abang acap dan adik bal
Best lah.  Mommy Daddy Izz nak mai lagi bole dak?


Best, sini Izz ramai geng lah mommy


Malam tu dia tidoq lena sebab syiok sgt kot! Mangkit² teruih lipat selimut :D


Wednesday, February 04, 2015

04102015 Selamat 10 Bulan Muhammad Izz Fahim Rizqi Mohammad Hairul

Alhamdulillah syukur dah 10 bulan Izz sekarang.

Progress setakat ini;

1. Masih belum boleh berjalan. 

Tapi sejak 9 bulan dah ada yang menanya dah bole jalan ke? Pastu sendiri jawap Oo mgkn sebab lelaki, berat so lambat sikit lah berjalan.  Ermm padahal hasil survey rata2 anak kawan2 aku paling cepat pun berjalan masa umur 11 bulan.  Mungkin anak dia berjalan masa umur 9 bulan kut.


2.  Memilih
Mommy adalah pilihan pertama kemudian baru orang lain.  Kalau dia xnampak mommy elok je x meraung pong!! Haiya


3.  Kerap demam
Lately sejak masuk 8 bulan macam kerap pulak demamnya.  Almost every month.  Harapnya demam tu dapat bina antibodi yang kuat dalam badan dia

4.  Belum bole memanggil nama
Macam dulu jugak.  Perkataan yang bole dia sebut.  A-bah, ma-ma.  Atau kalau dia nk panggil dia akan ala2 mendengus tu dengan bunyi huh! Huh! Gitu la lebih kurang.

Semoga terus membesar dengan sihat ye anak mommy daddy!!


Wednesday, January 28, 2015

Wednesday, December 10, 2014

4/12/2014 Selamat 8 Bulan Muhammad Izz Fahim Rizqi Mohammad Hairul

Alhamdulillah Izz dah masuk 8 bulan.  Duk rasa macam baru lagi bersalinkan dia.  Typical ayat mak mak.  Huhu~

10 Progress Izz setakat hari ini:-


1. Dah tumbuh gigi.  Baru terasa atas dan bawah.



2. Dah bole merangkak dan meniarap dengan begitu tangkas.  Pantang lepa dah hilang berdesup.



3. Dah pandai menjerit aka mengamuk klu lambat suap dia makan, lambat buat susu & lambat bagi apa dia nak.  Haiyaaa!!


4. Demam 3 serangkai.  Demam+Batuk+Selsema sampai tekak kena infection =( Apapun syukur setakat ni Izz baru demam 3x






5.  Jadi mangsa buli pakcik makcik


6.  Obses dengan kotak.  Obses nk memunggah barang kekdahnya.






7. Bole duduk bersila.  Baby mgkn biasa duk mcm ni tp ktorg rasa itu cute sgt!






8.  Perkataan pertama adalah Buah.  Sebab dr lahir H duk menyebut ke dia boowaah boowaah.  Motip laki aku? Dia kata saje!! Huh

9.  Bole sebut mama, dada.  Malangnya ktorg nak dia sebut Mommy Daddy =D 

10.  Dah pandai pilih orang.  1st priority Mommy, Nekma, Daddy and the list goes on.  Kalau mommy ada mmg kim salam jela org lain sbb dia mmg menangis klu kena pass.  Xtau nak bangga ke x.  Mommy nk pi toilet pun susah Izz oiii



Wednesday, September 03, 2014

Wordless Wednesday - Izz and Notebook



** BTW lawak sempoa tu sebab ni.
Gelang maklang besar sgt sampai orang mengata tu sempoa :D Hahahaha