Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Sunday, October 18, 2015

Rezeki Mak Nandung - Tudung AJ Free

Alhamdulillah tulah orang kata rezeki. Memang duk berkenan la design tapak kaki kucing a.k.a cat safari tu. Tapi rata-rata orang jual mahal even preloved je pun. Haish.

Tapi rabu lepas datang keje kikin kata kakak dia ada kirim tudung. Mak nandung rasa nak lompat bintang je. Terima kasih banyak-banyak AIN. Girang tak terkata.





posted from Bloggeroid

Sunday, August 02, 2015

Majlis Raya IT 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Majlis Hari Raya 2015 Jab. IT berjalan lancar. Alhamdulillah jemputan dapat dipanjangkan ke semua Jabatan termasuk Cleaner & Security. Makanan mencukupi malah berlebih. Bak kata orang rasa sorang sikit.

Majlis meriah. Silih berganti tetamu jabatan lain datang. Cuma yang datang waktu peak pukul 12pm tu mungkin rasa x selesa sebab tempat makan terhad. Apa pun terima kasih sudi datang memeriahkan majlis.

Rasa best bila ramai tetamu mai.

Persiapan raya. Tahun ni 'rare' sebab xpenah2 lah deco raya ktorg buat lepas raya. Huhu~ mmg bulan puasa semua mandom.



Punya gigih siap buat props untuk photo booth



Geng IT bila bergambar. Macam2 ragam baq ang



Pelbagai jenis juadah. Ada yang order katering dan ramai jugak yang bawak pot luck. Aku bawak nasi lemak Terengganu. (Nasi lemak lauk ikan tongkol). Bukan acik buat, nekma buat. Huhu~ TQ nekma



Sesi ucapan aluan daripada Ketua Jabatan. Sesi bergambar satu jabatan. Sesi bersalam dan sesi bagi duit raya. Yeaaaa!!



Makan time!!!


Hasil kerja tangan Geng IT: kartun- abg shuk, deko2 lain adalah hasil kerjasama semua gengIT dan JPTm. Terima kasih semua!!




posted from Bloggeroid

Friday, March 13, 2015

Sahabat Jauh

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya dapat bersua muka. Mula kenal hanya daripada komen di blog. Sejak tu start berbalas2 komen di blog masing2.

Bila masing-masing dah slow blogging, kita berpindah ke facebook plak pastu ke instagram dan hari ni dapat jugak jumpa. Rasa sangat selesa dan macam dah lama kenal. Tak puas bersembang sebab terkejar2 masa. Insha allah ada rezeki di masa hadapan bole lah jumpa lagi hendaknya.

Orangnya kecil-kecil dan ramah. Buat kita tak rasa janggal langsung. Sangat fasih berbahasa Melayu Singapore walaupun dah bertahun-tahun tinggal di German. Idak le acik tergeliat lidah nak bercakap omputih kan.

Sempat mintak travel mate aka jiran sebelah rumah dia di German sinun snap kan gambar kitaorang. First time travelmate dia tu datang Asia. Orang German yang hanya boleh berbahasa German. Acik salam dan senyum-senyum jela. Manis yang jadi tukang translatenya. Terpaksa la dia melayan diri sndiri je masa ktorg rancak berbual tadi. Huhu~

TQ Manis. Till we meet again 😉








posted from Bloggeroid

Saturday, March 07, 2015

Rezeki Allah Untuk Sahabat

Assalamualaikum.

2 hari lepas aku terima whatsapp daripada sahabat. Kami memang sering berhubung di wasap group. Tapi kali ni wasap personal.

Katanya stray cat yang selalu makan di luar rumah dia dah tak bole berjalan. Dia send gambar dan dari gambar tu bole di agak samada dilanggar atau dipukul. Sahabt bertanya di mana vets yang ada sebab di perumahan dia memang xde klinik haiwan. Malang skali kedua2 klinik di Sg Buloh tutup pada hari tersebut. Hajat dia nak bawak ke TTDI Jaya pulak tapi dengan hujan lebat dan dengan nak handle anak 4 orang dan masih ada yang baby beserta nak bawa kucing lagi. Sahabat aku tu tangguhkan niat dan berharap kucing tersebut bertahan.

Stray Cat lumpuh


Alhamdulillah kucing bertuah tu masih bertahan dan dapat di bawa ke klinik haiwan semalam. Doc suntik ubat saraf dan bagi ubat dan doc nasihatkan supaya dikurung selama 2 minggu supaya pergerakan terhad dan cepat sihat.

On the way ke Vets


Petang semalam sahabat wasap lagi katanya kesian dia tengok kucing tu habis basah badan dengan najis dan kencing sebab bila saraf lumpuh dia xleh kawal kencing berak. Dia tanya ada ke pampers kucing. Allahurabbi, mulia sungguh hatimu sahabat sebab sanggup treat kucing tu macam anak sendiri. Terus la aku teringat pada Iz Yahya yang turut ada kucing bernama 'kakak' yang mengalami nasib yang sama. Aku bgtau sahabat yang Iz guna pampers baby size paling kecil dan Iz potong sikit bahagian punggung supaya bole keluarkan ekor kucing tu. Sahabat kata nanti dia akan cuba.

Macam tajuk yg aku tulis tu Rezeki Allah untuk sahabat. Aku sebenarnya sangat2 terharu untuk orang macam sahabat aku tu yang tak bela kucing tapi sangat susah hati dan concern dengan keadaan kucing lumpuh tu. Sanggup bawa ke Vets dan beli sangkar semata2 doc suruh kurungkan dulu untuk tempoh sihat ni.

Perlu cage dulu


Percayalah bahawa setiap yang Allah hantar pada kita pasti ada hikmahnya. Semoga kalian sekeluarga dimurahkan rezeki dan mendapat rahmatNya.

P/s: Ramai lagi sebenarnya sahabat2 yang aku kenal di media sosial yg turut berhati mulia macam ni. Menyelamatkan stray cats, bottle feeding baby cat setiap 2 jam sbb masa jumpa kucing tu xde mak dah. Tapi bila berlaku dkt org yang 'dekat' dengan kita, perasaan tu lain dan sangat special sebab tu aku kongsikan di entry kali ni.

posted from Bloggeroid

Sunday, February 15, 2015

Gugirl IT @ Espresso Bar

Lunch date setelah 3 bulan Syera cuti bersalin. Btw TQ syera bela ja kitaorang. Murah rezeki mama Taufeek 😉

Lama x dating kan. Cakap x berenti kekdahnya. Huhu~





















posted from Bloggeroid

Monday, January 26, 2015

#TripJiran Aktiviti Memancing di Kolam Pancing Berbayar Perpat Resort

Lokasi :
Kolam Pancing Berbayar Perpat Resort, Kapar, Klang

Yuran :
RM 20 / Joran
*Ikan boleh bawa balik


Alhamdulillah trip memancing semalam best.  Dah jadi trip ala-ala berkhelah sambil mancing.  Best! Sangat sesuai untuk aktiviti keluarga.

H dapat ikan sikit aje.  huhuhu~ novice lah katakan.  Tapi Jeri & Adik (anak Jeri) dapat banyak. Besar-besar plak tu.  Target memang nak talapia.  Sebab last time Jeri pergi, ikan yang diorang dapat tu sedap dan tak rasa tanah langsung.

Jom layan gambar jela.  Mungkin nak repeat lagi kut.  Insha Allah.


Lokasi dia luas, ada yang ada bumbung dan ada yang pokok²


Sementara bapa² duk setting si Izz Fahim buat hal sendiri


Para ibu berkhelah sambil tengok bapa² mancing


Alhamdulillah anak mommy ok.  Our 1st outdoor session with Izz Fahim


Next time bole repeat lagi nih!


Hasil tangkapan Jeri, Adik & H tapi H dapat 4 ekoq ja.  heheheh~


Hala balik Kak Shida jemput mai minum petang rumah dia.  Alhamdulillah rezeki

Tuesday, December 23, 2014

13122014 Selamat Pengantin Baru Hazri & Azhana

Alhamdulillah dengan sekali lafaz kawan baik aku si Jeri dah menjadi suami orang. Terasa macam tengok adik sendiri menikah. Aku pulak yg seronok semacam.

Jeri dan isteri kedua²nya adalah sahabat aku. Alhamdulillah hubungan yang dah lama terjalin berakhir di jinjang pelamin. Ramai jugak yang xtahu diorang bercinta dan ramai jugak yang muskil bila ada terserempak diorang di luar. Apa pun diorang mmg low profile dan hny rakan terdekat yang tahu ;)

Semoga korang bahagia hingga ke akhir hayat!! 

#weddingjeriana



Thursday, August 28, 2014

Potluck Geng IT

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Potluck anjuran #GengIT mendapat sambutan.  Memang dari awal kitaorg dah berniat kalau boleh nak panggil satu LTAT datang makan. Syukur makanan pun banyak dan tetamu pun boleh tahan ramai walaupun masih ramai lagi yang x dapat datang.  Insha allah kalau ada rezeki lebih lagi di masa akan datang bolehlah gengIT buat makan² lagi.
Credit gambar : Ali & Fakri


Food preparation 









Antara juadah yang disediakan









Sepanjang Majlis Berlangsung ;)
*aku tertinggal monopod so tak berapa nak happening bergambar.  huhu