Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, January 04, 2016

Tips Tidak Stress Semasa Berpantang

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah berlalu lebih kurang sebulan aku berpantang.  Boleh dikatakan berpantang kali ni emosi lebih stabil berbanding masa berpantang anak pertama dulu.  Walaupun adalah jugak ups and downs yang jenuh laki aku nak melayan tapi aku simpulkan berpantang kali ni agak kurang stress.

Antara tips nya;

1. Terima keadaan diri yang tengah lemah.  Teran beranak tu penat hokey!!  Jangan nak gedik ingat ko gagah perkasa sangat.  Takde lah suh terbaring 24 jam, tapi bila rasa mcm tak larat tu bawa-bawa la duduk atau berbaring.

Contohnya nk mandi/buang air ke.  Masa dalam bilik air tu kalau rasa xlarat.  Ko lex lex je dulu. Duduk dulu ke atas tandas duduk tu. Xpayah nak kejar apa sangat tapi pastikan lah ada org lain tengokkan anak ye.  Jangan lah siap mandi wap bagai pastu anak kat luar melalak kelaparan sampai biru.  Duhh~

2.  Bawa-bawa pejam mata kalau rumah bersepah atau baju yang dilipat tak memenuhi spesifikasi jiwa kau atau barang disusun bukan ikut lokasi yang ko tetapkan. 

Bersyukur dan berterima kasih lah dekat orang yang sudi mengemas rumah/lipat kain/susun barang tu.  Macam aku mostly en. Suami lah dan sudah pasti xmemenuhi spek aku.  Huhu~ sebab kita orang pompuan ni mmg camni, drawer tu khas lampin je ye.  Mittens booties lain2 tempat ye.  Bla bla bla so on dan so forth.  Kesian laki achik.  Bertabah ye sayang. 


3.  Jangan bersedih kalau susu badan tidak memberangsangkan.  Ingat lagi masa Izz Fahim dulu konon dah terer sgt, mengaji dgn google dan FB je.  Kekonon nak tegar EBF (exclusive Breast Feed) sampai anak dehydrate.  Kencing izz macam keluar darah ok sebab ko xbagi susu cukup dekat dia!! Nasib la Izz Fahim tu bertahan dan kuat.  Kalau jadi apa2 camne? Sampai mati lah aku xmaafkan diri sendiri.

Makanya untuk anak kali ni.  Susu xcukup, dia melalak.  No worries campur jela dengan susu formula.  Abaikan cakap2 orang luar.  Depa apa tau.  Yang nak hadap anak kita tu kita bukan dia!!  Walaupun aku kekadang weng jgk sbb kali ni susu tak banyak tapi cuba jadi positif.  Allah susun tu dah terbaik kita usaha jelah

KESIMPULAN 

Kesimpulannya untuk tak nak stress kita kena belajar menerima.  Terima badan xkuat, terima keadaan rumah bersepah,  terima susu kurang. 

Dan aku sendiri ni pun masih dalam proses menerima walaupun boleh kata sepanjang masa menjerit aje sebab Izz Fahim punggah bakul mainan, minum air milo tuang ke lantai, makan sepah sepah. 

Tu belum lagi campur baju berbakul-bakul tak berlipat.  Habis lipat sebakul datang lagi dua bakul.  Pakai baju ke buat show baju ktorg ni.  Pastu habuk sana habuk sini, huwaaaaaa~~  

Fuuh fuuh bertenang bertenang.  Jangan stress.  Hehehe (^_^)V


Thursday, June 18, 2015

Tips Cari Pengasuh / Babysitter

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah nak masuk 2 bulan lebih hantar Izz ke pengasuh.  Tapi jangan tak tau, baru 2 bulan lebih je hantar tapi dah 2 pengasuh nih.  Memang nak cari pengasuh yang ok tu susah, tapi kita cuba la cari yang sehabis baik sebab kita seolah menggadai keselamatan dan nyawa anak sendiri nih :(  

Kebiasaannya parents akan ada instinct yang kurang enak, tapi siapa lah kita untuk percaya kepada instinct kita semata.  So kena la disusul dengan bukti² lain jugak baru kita boleh kata pengasuh tu bukan lah yang sesuai untuk anak kita.

Ni antara tips mudah yang mungkin boleh diguna pakai untuk para ibu bapa yang baru nak start hantar anak ke pengasuh macam aku.  Aku cuba compare situasi anak aku dengan pengasuh 1 & pengasuh 2.


  1. Bagi tempoh kepada anak serasi dengan pengasuh
    Pengasuh 1 - Dah hantar masuk minggu ke-2 tapi Izz nampak sangat sedih dan terpaksa.
    Pengasuh 2 - Masuk hari ke-3 Izz bunyi "ek" sekali je, tapi gerak tubuh rela je diambil pengasuh.
  2. Reaksi anak masa kita ambil selepas waktu kerja
    Pengasuh 1 - Meronta dan menangis bila nampak kita.
    Pengasuh 2 - Meronta excited je nak balik, tak menangis langsung tapi sengih ada lah.
  3. Keadaan Fizikal anak
    Pengasuh 1 - Lepas seminggu, celah bontot Izz merah.  Kebetulan Izz demam so almost 2 weeks aku tak hantar.  Tapi bila hantar semula, ambik masa 2 hari je bontot Izz merah semula
    Pengasuh 2 - Baru hari ke-4 dan semuanya nampak masih ok.  Mudah-mudahan ok berterusan hendaknya.
  4. Anak diambil dalam keadaan bersih
    Pengasuh 1 - Mungkin sebab dia jaga ramai, dan Izz dimandikan agak awal.  Tapi tiap kali ambil Izz memang tak pernah wangi.  Selalunya hanyir
    Pengasuh 2 - Alhamdulillah nampak bersih, rapi dan wangi
  5. Komunikasi dengan pengasuh
    Pengasuh 1 - Kita rasa macam susah untuk bertanya tentang keadaan anak kita.  Dan biasanya kalau tanya, jawapan yang diterima hanya OK.
    Pengasuh 2 - Kita bertanya, dia dengan senang hati bercerita keadaan anak kita.

Tu antara tips-tips penting yang aku praktik kan sekarang.  Semoga pengasuh 2 ni dapat jaga Izz dengan baik dan berpanjangan.  Nak cari pengasuh memang sangat-sangat susah sampai rasa macam nak berhenti kerja je jaga anak.



memunggah memang kegemarah dia lah -..-


Semoga anak mommy terus membesar dengan sihat

Monday, November 26, 2012

Awning & Grill

Salam,

Alhamdulillah dpt jgk pasang grill kat belakang rumah & tambah awning sikit depan rumah

Survey punya survey, dapatlah harga RM8 sekaki..sblm ni survey harga dgn cina & melayu semua caj RM12.50 sekaki..mahai betui..awning biasa je kut

Weekend lepas selesailah pemasangan awning..at least adalah jgk benda happy yg berlaku selain masalah plumbing yg menyakitkan jiwa tu

Alhamdulillah semua ok..sesapa yg berminat bole hubungi HERRY 016-9467065 orangnya soft spoken je dan mmg dia sendiri involve dlm pemasangan awning ni

Grill & awning belakang


Awning depan



Posted via Blogit!

Dugaan Beli Rumah Second

Salam,

Dari awal beli biasalah kalau ada prob itu, prob ini..tapi bila dah dpt kunci, prob lain pulak timbul

Api & air kita akan daftar/tukar once dpt kunci..by the time dpt kunci, agent yg jual tu dh lepas tgn dah


Memula air serap dinding, pastu syiling tetiba ada kesan air bocor plak..bila dh betulkan syiling..sehari je bertahan pastu dh bocor balik..nak x nak terpaksa jugak carik plumber

Sabtu lepas plumber dh buat yg pasal air serap dinding, paip tersumbat & tukar pelampung tangki..tapi hari ahad air bilik atas x keluar jgk..rupanya dah bocor dkt pnyambung tangki tu pulak, abis bocor dkt bilik atas tu..sabar jelah

End of week baru plumber tu nk betulkan sbb smlm pun dh petang :(

abis dah berkulat dinding..sob sob

Thursday, October 11, 2012

Cara Daftar Api & Air Untuk Rumah Second

Salam,

Alhamdulillah semalam ktorg dah selesai tukar nama untuk api dan air rumah..syukur semua berjalan lancar..

So saje nk share, mana tau bole bagi manfaat pd org lain pulak ;)


1. TNB
- Pergi kedai tenaga yg berhampiran dengan rumah yg hendak ditukarnama tersebut. Kitaorg rumah di tasik puteri kena daftar di kedai tenaga Rawang
- Isi borang tukar nama
- Sediakan perkara2 berikut; 1 copy s&p, 1 copy ic, setem hasil rm20 bole dibeli di pejabat pos (sila buat siap2 semua perkara ni)
- Bayar baki tunggakan penama lama sekiranya ada
- Bayar deposit baru. Jumlah deposit bergantung kpd jenis rumah. RM200 untuk teres dua tingkat
- Selesai -_-


2. Syabas
- Pergi ke kaunter syabas yg menguruskan region rumah anda. Mcm ktorg kena ke kaunter syabas Kuala Kubu Bharu dan bukan di Gombak
- Sediakan 1 copy s& p, 1 copy ic
- Bayar tunggakan penama lama sekiranya ada
- Bayar deposit baru RM100
- Bayar untuk masukkan meter RM200
- Selesai

Alhamdulillah semua selesai..byk jgk perlu duit utk tukar nama ni rupanya..pheww *berpeluh dahi

Monday, April 16, 2012

Tips - Langkah Asas Membeli Rumah 'Second" Bagi Staff Loan

1- Tengok rumah yang ingin dibeli, lagi banyak tengok lagi bagus sebab dapat buat pilihan yg memenuhi citarasa *Kitaorg tengok lebih dari 10 buah rumah, lucky us sbb agen mmg sgt rajin melayan tanpa jemu
2- Bila dah berkenan cepat2 lah bayar duit booking RM500 supaya x melepas rumah yang diidamkan.
3- Upah lawyer utk siapkan Sales & Purchase Agreement *SPA kami ditanggung developer sepenuhnya
4- Sediakan dokumen utk pinjaman perumahan.
5- Memohon penilaian rumah daripada Pejabat Penilai.
6- Laporan penilaian siap dalam tempoh 2 minggu dan caj bayaran laporan adalah 1% drpd harga rumah.
7- Jumlah pinjaman akan bergantung sepenuhnya pada harga penilaian tadi.
8- Pinjaman lulus
9- Upah lawyer untuk urusan loan
10- Tempoh bertenang = komunikasi di antara lawyer loan dan lawyer SPA
11- Terima kunci
Keseluruhan proses mengambil masa lebih kurang 8 bulan.

Wednesday, April 04, 2012

Apa itu Feature Wall?

Source: Majalah EH



Feature wall adalah dinding pertama yang anda terlihat sebaik melangkah masuk ke ruang tamu. Memandangkan terdapat empat dinding bagi setiap ruang kediaman, anda pasti dapat menentukan feature wall yang dimaksudkan.
Kata Eric, tukarkan warna cat dinding utama atau feature wall kepada kuning sitrusSementara tiga lagi ruangan dinding dicatkan warna yang lebih cerah seperti putih barli (barley white), beige ataupun putih. Satu lagi tip Eric, cat dinding bagi sesebuah ruang tidak sepatutnya melebihi dua jenis warna.


Tuesday, March 09, 2010

Tips Temuduga Berkesan

Masa blog walk, aku terjumpa lah satu blog ni, antara entry dia yg menangkap mata aku adalah pasal tips temuduga..dulu2 ms aku tgh kalut duk carik keje tetap mmg tak terjumpa la pulak blog yg bg tips gini, skrg ni ada lah pulak..so aku igt nak share lah sini, kut2 lah sesapa yg rasa boleh diguna pakai, sila lah guna pakai..all the best to you guys

Credits : http://namakuhafiz.blogspot.com


1. Pakaian seperti anda ingin bekerja
Ada sesetengah syarikat yang tidak mengkehendaki pemohon untuk berpakaian terlalu formal ketika sesi temu duga dijalankan. Memadai sahaja dengan berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. Jangan sesekali memakai seluar jean, memakai baju T yang terlalu buruk dan tidak bersikat rapi.
Kebanyakan penemu duga lebih senang melihat pemohon memakai pakaian kemas seperti kemeja dan berseluar slack. Bagi wanita pula, anda disarankan tidak mengenakan pakaian yang terlalu nipis atau seksi, memakai terlalu banyak aksesori dan bersolek terlalu tebal.
2. Buat kajian
Pastikan sebelum menghadiri temu duga anda meluangkan sedikit masa membuat kajian mengenai syarikat tersebut. Selain itu, pastikan anda tahu tugas-tugas yang diperlukan bagi jawatan yang dipohon. Ia memberi bonus kepada anda kerana mempunyai sikap ingin tahu yang begitu mendalam terhadap syarikat dan pekerjaan yang ingin dipohon.
3. Jangan lambat
Jangan lambat menghadiri sesi temu duga. Ia adalah antara perkara paling dilarang berlaku semasa sesi temu duga. Kejadian itu akan memberi kesan terhadap pandangan majikan terhadap anda walaupun anda memberi alasan tersesat atau kesesakan lalu lintas. Jika majikan mula merasa benci, kebarangkalian untuk anda memperoleh pekerjaan tersebut adalah tipis.
4. Tanya soalan
Tidak semestinya majikan sahaja yang mengutarakan soalan. Anda juga boleh bersiap sedia dengan soalan-soalan anda. Ia merupakan idea yang bagus jika anda juga bertanyakan soalan. Kenapa begitu? Ini kerana, ia menunjukkan yang anda bersungguh-sungguh menginginkan jawatan tersebut. Namun apakah soalan-soalan yang sesuai untuk ditanya kepada majikan?
*Adakah syarikat ini memberi peluang kepada saya untuk belajar kemahiran-kemahiran baru lain daripada jawatan yang dipohon?
*Adakah sebarang persoalan yang bermain di fikiran tuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri saya?
*Adakah saya akan dilatih terlebih dahulu untuk memahirkan diri dalam jawatan tersebut?
*Apakah perkara yang paling penting perlu saya tahu mengenai jawatan ini?
5. Ucap terima kasih
Jangan kedekut untuk mengucapkan terima kasih kepada majikan sebelum dan selepas temu duga. Apabila anda melangkah masuk ke pintu majikan, ucapkan terima kasih apabila disuruh duduk.
Sebelum anda melangkah keluar pula, ucapkan sekali lagi terima kasih kerana kerjasama yang mereka berikan.
Namun ingat, jangan terlalu banyak mengucapkan perkataan terima kasih kerana ia boleh disalahtafsir oleh majikan sebagai terlalu mengampu atau hipokrit.

Monday, February 22, 2010

Site Terbaekkkk!! Bergaya Cara Muslimah

Blog Naff a.k.a Kak Nara ni mmg terbaek lah..aku suke baca blog dia..lagipun bukan sekadar tutorial selendang..gaya mix & match Kak Nara pun mmg meletopss lah..yang pasti, aku mmg inspired daripada dia..

Bukan apa, aku ni konfiden level tak tinggi mana, knowledge aku tentang fashion mmg out lsg..so aku mmg tak berani nak stylo mylo ni..tp Kak Nara pandai menggayakannya..nampak sgt cantek

korang tak caya..tgk nih

 Kemas & Cantek
gambar pinjam dari blog K. Nara

Wednesday, January 27, 2010

21 Langkah Bijak Menjadi Orang Baru

Hari ni kitaorg semua kena attend kursus wajib..dari 8.30am - 4.30pm..Intipati utk kursus tu, nnt yg best2 aku list out kasi share kat sini..

Tapi utk entry ni..aku up gambar je lah dulu..lagipun jap lagi 5.15pm dah abis waktu keje, pastu kitaorg (aku, kikin & sharyn) nak gi gym lak..so sok baru aku letak yer intipati tu.

Apa pun, the whole session sangat3 best!! Jom layan gambar jelah..


 
 
 
 
 
 sukenya aku dpt jumpa tuan haji for the 1st time :D ngee~

Tuesday, November 24, 2009

Free Blogger Templates

aku ni agak cerewet, pastu nk buat template sendiri tak reti (sungguh mengada! klu dah cerewet sgt buat la template sendiri je kan)

klu datang mood nk tukar template, puas la aku jelajah merata tempat nk mencarik, pastu selagi hati ni rasa tak puas hati, sat sat tukar template..once dah ok, berbulan la template tu bertempek kat blog aku tu

so, ni aku nak share dgn korang site yg aku baru discover 3,4 bulan lepas, dan sejak tu terus jadi fav site utk aku buat upacara sedut menyedut template..



(klik link atas ni untuk SEDUT templates)

mmg best gile site nih..design cun..loading tak berat..template aku skrg ni pun sedut dari situ..aku siap follow lagi site tu supaya aku sentiasa updated dengan design terbaru yg diupload kat situ..

ni antara design yg aku suke tp aku sayang/malas nk tukar dengan design aku skrg ni sbb nnt renyah nak kena setting code bagai


(ni baru sket, klu ikut hati semuaaaa aku sukee)








Thursday, October 29, 2009

100 Cara Promosi & Tingkatkan Traffic Web Anda

aku dah download file ni sejak bulan 5 hari tu, tapi baru hari ni teringat nak update dkt blog aku ni..sharing is caring org kata

File ni bentuk PDF, dalam tu ada 100 cara..korang baca lah sampai lebam :D




credit : http://www.rahsiaebiz.com/

Sunday, October 04, 2009

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Angah dulu..




Angah Kini (Selepas 5 Bulan)
Bermula masa birthday dia 110509

Scroll ke bawah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

kecik dah dia..aku lak yg menjadi2 nih :( huwaaa~

apa rahsianya? nak tau?

1. Kehendak (utk kurus) biar datang dari hati, mesti kuat semangat
2. Tak makan nasi - ok la tipu lah, dia sbnrnya jaaaranng makan nasi..mungkin sebulan 1x je, tp dia makan lauk pauk lah..ubat2 mmg tarak amik yer, harap maklum!
3. Banyak minum air masak - skrg ni dia gi keje bawak air kosong sebotol 1.5L mcm budak2 cine bawak gi skolah tu
4. Sabar

Ni lah hasilnya berkat kesabaran angah =) aku kagum..

*muka dah la takde jerawat, ni dah selim melim pulak..haku jelessss..aku ni cuma takde yg No.1 tu..tu yg payah tu