Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

Monday, November 26, 2012

Awning & Grill

Salam,

Alhamdulillah dpt jgk pasang grill kat belakang rumah & tambah awning sikit depan rumah

Survey punya survey, dapatlah harga RM8 sekaki..sblm ni survey harga dgn cina & melayu semua caj RM12.50 sekaki..mahai betui..awning biasa je kut

Weekend lepas selesailah pemasangan awning..at least adalah jgk benda happy yg berlaku selain masalah plumbing yg menyakitkan jiwa tu

Alhamdulillah semua ok..sesapa yg berminat bole hubungi HERRY 016-9467065 orangnya soft spoken je dan mmg dia sendiri involve dlm pemasangan awning ni

Grill & awning belakang


Awning depan



Posted via Blogit!

Dugaan Beli Rumah Second

Salam,

Dari awal beli biasalah kalau ada prob itu, prob ini..tapi bila dah dpt kunci, prob lain pulak timbul

Api & air kita akan daftar/tukar once dpt kunci..by the time dpt kunci, agent yg jual tu dh lepas tgn dah


Memula air serap dinding, pastu syiling tetiba ada kesan air bocor plak..bila dh betulkan syiling..sehari je bertahan pastu dh bocor balik..nak x nak terpaksa jugak carik plumber

Sabtu lepas plumber dh buat yg pasal air serap dinding, paip tersumbat & tukar pelampung tangki..tapi hari ahad air bilik atas x keluar jgk..rupanya dah bocor dkt pnyambung tangki tu pulak, abis bocor dkt bilik atas tu..sabar jelah

End of week baru plumber tu nk betulkan sbb smlm pun dh petang :(

abis dah berkulat dinding..sob sob

Monday, November 19, 2012

Kitchen Cabinet - Carola Kitchen

Salam,

Alhamdulillah dah selesai pemasangan kitchen cabinet. Ktorg ambik drpd Carola Kitchen cawangan rawang. So far situ layanan dia best berbanding HQ di country homes..harga di rawang pun murah sket (kami pergi dua2 kedai sbb kebetulan masa pegi tu, dkt rawang ramai customer, kekonon nk cepat pegi lah cwgn lain)

Disebabkan budget terhad, makanya kami tukar material dan ubah design jadi plg basic

Top material - formica
Door material - melamine ABS
Size - 10x5
Elba Hood & Hob
Free sink
Tempoh pemasangan - lbh kurg 5 jam

Alhamdulillah, hasil pemasangan memuaskan

Wednesday, November 14, 2012

Wiring & Pemasangan Lampu Kipas

Wiring conseal




Pemasangan lampu, kipas, rail langsir & plumbing

Salam,

Alhamdulillah sangat puas hati dengan hasil kerja wireman ni..Jadinya, benda yang baik elok dihebah2  kan gitu :)

Boleh email En Aza untuk quotation - maizanaza@gmail.com

017-256-6302 (sms/whats app/call)

Thursday, October 11, 2012

Cara Daftar Api & Air Untuk Rumah Second

Salam,

Alhamdulillah semalam ktorg dah selesai tukar nama untuk api dan air rumah..syukur semua berjalan lancar..

So saje nk share, mana tau bole bagi manfaat pd org lain pulak ;)


1. TNB
- Pergi kedai tenaga yg berhampiran dengan rumah yg hendak ditukarnama tersebut. Kitaorg rumah di tasik puteri kena daftar di kedai tenaga Rawang
- Isi borang tukar nama
- Sediakan perkara2 berikut; 1 copy s&p, 1 copy ic, setem hasil rm20 bole dibeli di pejabat pos (sila buat siap2 semua perkara ni)
- Bayar baki tunggakan penama lama sekiranya ada
- Bayar deposit baru. Jumlah deposit bergantung kpd jenis rumah. RM200 untuk teres dua tingkat
- Selesai -_-


2. Syabas
- Pergi ke kaunter syabas yg menguruskan region rumah anda. Mcm ktorg kena ke kaunter syabas Kuala Kubu Bharu dan bukan di Gombak
- Sediakan 1 copy s& p, 1 copy ic
- Bayar tunggakan penama lama sekiranya ada
- Bayar deposit baru RM100
- Bayar untuk masukkan meter RM200
- Selesai

Alhamdulillah semua selesai..byk jgk perlu duit utk tukar nama ni rupanya..pheww *berpeluh dahi

Monday, April 16, 2012

Tips - Langkah Asas Membeli Rumah 'Second" Bagi Staff Loan

1- Tengok rumah yang ingin dibeli, lagi banyak tengok lagi bagus sebab dapat buat pilihan yg memenuhi citarasa *Kitaorg tengok lebih dari 10 buah rumah, lucky us sbb agen mmg sgt rajin melayan tanpa jemu
2- Bila dah berkenan cepat2 lah bayar duit booking RM500 supaya x melepas rumah yang diidamkan.
3- Upah lawyer utk siapkan Sales & Purchase Agreement *SPA kami ditanggung developer sepenuhnya
4- Sediakan dokumen utk pinjaman perumahan.
5- Memohon penilaian rumah daripada Pejabat Penilai.
6- Laporan penilaian siap dalam tempoh 2 minggu dan caj bayaran laporan adalah 1% drpd harga rumah.
7- Jumlah pinjaman akan bergantung sepenuhnya pada harga penilaian tadi.
8- Pinjaman lulus
9- Upah lawyer untuk urusan loan
10- Tempoh bertenang = komunikasi di antara lawyer loan dan lawyer SPA
11- Terima kunci
Keseluruhan proses mengambil masa lebih kurang 8 bulan.

Wednesday, April 04, 2012

Apa itu Feature Wall?

Source: Majalah EH



Feature wall adalah dinding pertama yang anda terlihat sebaik melangkah masuk ke ruang tamu. Memandangkan terdapat empat dinding bagi setiap ruang kediaman, anda pasti dapat menentukan feature wall yang dimaksudkan.
Kata Eric, tukarkan warna cat dinding utama atau feature wall kepada kuning sitrusSementara tiga lagi ruangan dinding dicatkan warna yang lebih cerah seperti putih barli (barley white), beige ataupun putih. Satu lagi tip Eric, cat dinding bagi sesebuah ruang tidak sepatutnya melebihi dua jenis warna.