Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Showing posts with label Parenthood. Show all posts
Showing posts with label Parenthood. Show all posts

Thursday, October 08, 2015

Izz Fahim Tantrum

Kalau ikut definisi daripada Baby Center


A temper tantrum is the emotional equivalent of a summer storm – sudden and sometimes fierce. One minute you and your child are in a restaurant enjoying your dinner, the next minute she's whimpering, whining, and then screaming at the top of her lungs because her straw is bent. Children between the ages of 1 and 3 are especially prone to tantrums.

Izz Fahim sejak akhir² ni semakin membesar semakin lah banyak akal dan banyak perangainya. Tambah plak dah nak dapat adik ni pulak kan.

Tapi aku beranggapan dia mungkin penat seharian behave di rumah pengasuh. Harapnya takde la anak aku tu kena pukul ke apa. Kalau takat kena marah nak mengajar tu biasalah. Takkan la kita xnak anak kita diajarkan kan. Cuma harapnya tidak lah kena lebih daripada itu.

Pasaipa aku kata dia behave, sebab beberapa kali masa nak ambik dari rumah pengasuh ada lah pengasuh lepak luar rumah. Dan Izz Fahim dengan sopan santun muka suci murni duk je atas riba pengasuh. Vah vah vah aku rasa dengan kitaorang memang tak hingin kot dia duduk atas riba diam-diam camtu. uhuhu~ Tapi elok la jugak kan. Kitaorang selalu je pesan, jangan buat perangai rumah pengasuh, kalau nak nangis ke apa ke biar di rumah masa dengan mommy dan abah je. Hambek ko sekarang. Tantrum sepanjang masa. 

Budak tengah nak membesar, gile nak bermain je tak kira masa. Speshly waktu nak tido malam. Mommy Abah dah macam zombie siap bergilir2 terlelap sambil dengkur yang dia boleh gelak mengilai siap cepuk muka kitaorg suruh melayan dia. Huwaaaaa~ anak oh anak. Ni baru sorang, membayangkan adik dia akan datang nanti, tak mo lah bayang dulu.

Nampak gayanya kena la korek ilmu daripada orang-orang lama/berpengalaman atau melalui pembacaan macam mana nak handle tantrum anak ni. Bagaimana sabarnya mak ayah kita dulu melayan perangai kita yang mungkin sebijik perangai anak sekarang, camtu lah kita kena sabar dengan perangai anak-anak kita.




Main tuang-tuang air. Kalau ditegur mengamuk lah dia



Menangis xbersebab

posted from Bloggeroid

Sunday, April 20, 2014

Dugaan Ibu Baru

Biasanya artikel untuk ibu muda, tapi sebab ibu ni x muda, so ibu baru jelah kan =)  ecececeh

Daripada pengalaman kawan2 rasanya benda2 ni sering terjadi, tapi sebab aku ni selalu ambik mudah sebelum ni (honeymoon 6 tahun kot!) makanya bila jadi benda kecik je pun macam panik melampau dah.  Pastu sesikit nak stress #lempang44kalibaruberakal

- Hari ke6 baby Izz demam & jahitan ku terbukak (misi klinik kesihatan cek dan mintak aku follow up KK tapi aku refuse dan aku follow up ke GMC) Doc Hamiza kata sikit je, xde pape lah. Legaaa!

*kisahnya awal2 tu Izz asyik menangis, rupanya tak kenyang sbb susu badan time tu x byk.  Ntah2 dia sedut dpt 3-4 titis je.  Sian anak aku.  Konon xnak susahkan mama, menggendong la Izz tu nak bagi diam.  Gerak byk sgt tu yg terbukak jahitan.  Seminggu pertama, memang menguji mental dan fizikal.

- Hari ke10 Izz dah start jeluak.  Oh my!! Paniknya rasa.  Anak aku ni dah la kelaparan macam anak burung. Menganga 24 jam.  Tak bagi susu meraung setaman perumahan bole dengar.  Dah bagi susu jeluak pulak.  Even dah proper burp pun jeluak jugak baq ang!!

- Izz dah start praktik lirik nenek-nenek si bongkok 3 pulak.  Nenek nenek si bongkok 3, siang mengantuk malam berjaga.  Kekdahnya Izz siang tido malam berjaga.  Huwaaa~

Disebabkan mental ni belum properly tune, dengar si Oyen mengiau panggil anak pun aku dah bole tensen. Belum lagi time nak nyusu si Izz tak berapa nak reti latch susu badan.  Kena try beberapa kali baru menjadi. Astagfirullah.  Waktu ni lah baru tau ko ni iman nipis ke iman tebal.

Harapnya mommy ada perubahan drastik lah dalam tempoh terdekat ni.  Macam H & kekawan selalu pesan, kalau baby tido siang, silalah tido bersama2 baby.  Benda ni mmg sgt susah nak buat sebab masa Izz tido siang otak aku ligat la nk buat itu nak buat ini padahal 100% mama dah setelkan.  Camne nih! Mommy kena sign up terapi lah cam gini.  Dah gaya mcm sakit mental. Baru anak sorang dah huru hara.  Huhu~

Tuesday, April 15, 2014

Happy/Unhappy Dunia Baru

Sejujurnya aku tak prepare diri untuk kehidupan selepas bersalin.  Kononnya nak Go with the flow.  Tapi sebenarnya aku silap.  Ilmu memang perlu dicari seperti mana aku ready kan mental untuk hadapi episiotomi.  Episiotomi tu procedure 2-3 saat je.  Sedangkan kehidupan slps ada anak ni penuh pancaroba dan memakan masa yang lama.  Nape lah benda mudah camtu pun takleh fikir. Tsk tsk

Kesan yang paling ketara selepas bersalin;

1. Handphone aku berada dalam silent mode selama seminggu

2. Komen fb/wasap/fb chat semua xterbalas (sempat baca aje)

3. Anak menangis tak tau nak buat apa

4. Pengurusan masa kacau bilau.  Tak tau bila nak urus anak, bila nak urus suami, bila nak urus diri sendiri.  Takde la urus mana pun tapi ko akan rasa hidup ko terlalu hectic

5. Makan xlalu & diri penat serta stress

6. Over sensitive & semua benda nak rasa down

Bak kata mader qiah, ni semua Postpartum blues org panggil.  Kalau dah ready mental dan fizikal dari awal mungkin tak kena kut.  Insha allah.

Sekarang ni aku dalam proses belajar benda2 baru.  Terima cabaran2 baru.  Menyusun masa sebaiknya dan yang paling utama aku kena banyak3 belajar untuk sabar dan tak cepat give up!

*tetiba menyesal pulak tak fight untuk 3 bulan cuti.  Blues aku ni dah membuang masa cuti bersalin. Sigh!

*Tq pada kekawan yang byk membantu mengenai bf terutama pd mader qiah & lin

Monday, April 14, 2014

04-04-2014 Selamat Melahirkan

Alhamdulillah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 9.25am dengan berat 3.6kg.  Syukur alhamdulillah.
Soalan klu orang tanya sakit tak beranak? Jawapan aku 'tersangat3 lah sakit' rasanya.  Syukur dapat hadapinya dan H kata dia tak expect aku langsung tak menangis atau mengeluarkan air mata sepanjang contraction dan proses bersalin tu.  Tapi sakitnya memang tak terluah dek kata2.  Hatta tersentuh bulu roma tangan H yang duduk di sebelah katil aku pun aku cakap 'sakit, jangan pegang'. 
Bayangkanlah perasaan suami yang xtau mcm mana nak bantu isteri dia yg tengah sakit.  Konfem waktu tu difikirnya 'cukup lah yang ni sorang' . Kalau tanya aku waktu tu pun aku akan cakap 'tengok lah dulu' =)
Sangat bersyukur semuanya dipermudahkan.  Kawan2 yang memang dah ada pengalaman bersalin banyak membantu bagi info tentang turun tanda, cara2 nak meneran, teknik memegang kaki masa meneran dan aku pun memang ada buat review pasal episiotomi (gunting) siap tengok youtube sambil pejam2 mata stress!!
Even masa turun tanda masa pukul 3am tu, sempat lagi call Amy mintak pandangan.  Syukur dapat kawan2 yang x lokek.
Once sampai ke GMC (Gombak Medical Center) dalam pukul 5am bukaan dah 6cm.  Kebanyakannya kata bukaan yg agak cepat untuk anak pertama.  Bertarung lebih kurang 2 jam dalam labour room dan ambik induce & ubat bius jugak sebab bukaan jadi lambat bila cecah 8cm. 
Doc kata u can go for natural tapi mungkin ambik masa 1-2 jam untuk fully dilated.  Tengah sakit tu terbayang mama yang beranak 5, terbayang epidural yang kos RM800 yg bole pitam dibuatnya.  Hehe sempat lagi otak ligat fikir pasal duit.  Apa pun induce dan ubat bius tu memang pilihan terbaik.  Tak sampai stgh jam terus selesai semuanya.  Alhamdulillah.
Servis di GMC oleh doktor & nurses pun sangat2 berpuas hati. Lebih kepada islamic dan kita rasa selesa.  Walaupun bilik tidak lah segah hospital swasta lain tapi bagi kami semua berjalan lancar sangat memadai.  Dan yang paling penting bil rawatan dia murah.  So xpayah bayar balik ke LTAT..yeaaa =)
WELCOME TO PARENTHOOD LIFE
JUJU & HAIRUL
#panjangpulakmembebel
*TQ pada Amy, Kikin, Syera & Bum yang datang visit ktorg di GMC tempohari
*TQ pada Rat yg bw datang sup ikan merah untuk aku mlm tu.  Sedap bila sesejuk ekon & lemah badan dapat plak sup!