Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Friday, August 25, 2017

Our 10th Wedding Anniversary and Premium Coffee at Code Black Espresso Selayang

Alhamdulillah sedar tak sedar dah masuk 10 tahun usia perkahwinan kami.  Anak-anak kecik lagi. Syukur sampai jugak rezeki anak walaupun tahun ke 7 baru dapat.  Allah tu maha mengetahui. Semoga dimudahkan urusan dan perjalanan kami seterusnya.

Memandangkan takde nak celebrate sangat tapi si isteri ni nak jugak ada moment maklumlah 10 tahun kan.  So lepas bawa anak-anak naik MRT maka kitaorang pun pi carik tempat mengopi lah. 


Adhoc plan so kita google jelah cofee shop di Selayang.  Tadaa result keluar Code Black Espresso. Jom lah kita pi cuba.



CODE BLACK ESPRESSO

B-G-9, Emerald Avenue, Jln PS11, Prima Selayang, Lebuhraya Selayang Kepong
68100 Batu Caves (town)
03-61281294, 016-6929019.


Owner kedai ni En. Taufique sangat peramah.  Tak lokek dengan ilmu.  Banyak info pasal kopi dia bagitau terutamanya info pasal premium coffee. So coffee kitaorang masa hari tu.  Latte daripada El Salvador dan Black Coffee daripada Kenya.  Premium coffee ni akan ada rasa masam-masam sket. Memang sedap lah.  Insha allah gonna come back again.

Masa minum black coffee ni teringat dekat si Syera.  Dia memang hantu kopi. Tu aku ada cakap dekat H, Syera kena mai lah kedai ni yang :p

Jom layan gambar jelah.



Izz Fahim memang gemar kek


Ruang kedai yang selesa.  Feels like home gitu.
Abai budak melalak sebab mommy nak snap gambar. Hahaha~


Customer takde time tu, wah senang hati anak-anak buat macam kedai sendiri

My coffee latte from El Salvador.
Baby Cino tu compliment daripada owner untuk Ayden


Black Coffee from Kenya


Matcha cake.  sedap. Less sweet


Last but not lease.  Pengantin lama :D

Friday, February 10, 2017

Sepetang di Taman & Birthday Hadif

Assalamualaikum.

Alhamdulillah cuaca petang semalam cantik je.  Dapatlah Izz Ayden pi main kat taman jap.  Sebelum balik rumah kitaorang singgah rumah BS jap.  Nak spend time sesama.  Kebetulan plak birthday si Hadif.  Ada lebih kurang seminggu je lagi  bebudak ni dengan BS.  

Semoga dipermudahkanlah urusan kami berdua. Ameeen

#babysittertakdapatlagini
#macamtaksempatsampaiofis

Stress!!











Tuesday, February 07, 2017

Burger Sedap Rawang - Bandar Tasik Puteri (Kena Cakap Nak Mayo Lebih)

Assalamualaikum.

Kat BTP (Bandar Tasik Puteri) ni ramai sangat orang jual burger.  Boleh kata bersepah.  Tinggal lagi ikut selera memasing je lah.  Tapi kitaorang baru discover kedai burger ni.  Agak baru jugak dibukak mungkin dah beberapa bulan tapi serius sedap!

Harga rasanya standard je.  Tapi aku paling suka sebab dia akan ikut apa yang kita nak.  Dah banyak kali aku kena dekat gerai lain, nak mayo lebih.  Depa angguk tapi seolahnya buat bodoh je.  Takde lebih pun.  Nak buh mayo sesudu pun macam takut-takut.  Tapi gerai ni.  Terbaik!

Kitaorang order simple je kot.  Tak nak sos dan mayo lebih! Nah hambik! puas hati ko makan.  Siap repeat lagi.  Dan lepas tengok gambar ni rasa nak repeat lagi.  LOL


Lokasi - Berhadapan 99 Speedmart M Residence
(Kawasan perumahan baru Mah Sing)



Abang burger ni orang Kedah.  


Happy faces =)



Ni repeat dengan nono plak.  Hoho~

Ni Burger Ayam Tanpa Sos


Yummy!


Standard size compare to smartphone


Nama Burger ni Frust Burger.  Patty abang tu buat sendiri.
Katanya masa buat patty tu dia tengah frust.


Frust Burger ni besaq wei!


Close up Frust Burger



Ni Burger Ayam Tak Nak Sayur Tak Nak Sos Mayo Lebih :p


Ni Jumbo Hot Dog with Cheese rasanya.  Lupa dah




Overall, kitaorang sangat² berpuas hati.  Mungkin akan repeat lagi.  Orang kata kalau dah sedap dan bagus, orang akan sampai-sampaikan.  Mudah²an bisnes abang burger ni terus maju dan maju!

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 15, 2016

Cheese Puff Paling Sedap

Assalamualaikum.

Dah lama makan cheese puff kak Tamara ni tapi baru sekarang sempat snap sebelum ngap. Serius. Sedap sangat-sangat. Dari awal sampai sekarang kualiti terjaga. Rasanya aku dah jadi customer diorang dah 2 tahun kot. Cheese cream tak pernah diletak kurang atau rasa jadi lain. Melainkan rasa sedap aje.

Kalau korang nak rasa sendiri Cheese Puff tersedap ni boleh lah singgah di

Bomkies Cafe
No.8, 2, Jalan Panchang Bedena, Taman Bedena, 45300 Sungai Besar, Selangor

Buka setiap hari jam 4pm-12am.
Tutup setiap hari Isnin.


1 pek 3 ketoi RM5


Tengok.  Full of cheese cream


Apa? korang x percaya.  Tu aku koyak bagi nampak.  tu diaaa penuh baq ang


Size puff compare to Apollo


Habuan kawan2 ofis

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 26, 2016

Makan Best Kuala Lumpur - The Garage KL

Alamat:
Jalan Hillview, Taman Sri Ukay, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia

Category : Boutique Cafe & Western Food

Alhamdulillah lepas beberapa hari H busy dengan kerja parlimen minggu lepas maka ahad hari tu dapatlah singgah minum.

Memang kitaorang suke la singgah kedai2 baru macam ni. Bila lagi nak merasa kopi kan.

Makanan situ sedap dan ada rasa. Nk lepak minum petang memang selesa. Dia ada open air smoking area dan aircond area. Of course dengan anak2 ada ni kita pilih aircond area tapi berbau sikit lah baju sebab kitchen pun dalam tu. Insha allah ada rezeki nak repeat lagi











posted from Bloggeroid

Wednesday, October 19, 2016

Makan Best Tanjung Malim - California Steak House & Steamboat

Nama Kedai:Restoren California Steak House & Steamboat

Lokasi:Tanjung Malim

Menu:
Western & Steamboat

Alamat:
Jalan U1, Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
Telefon:

6012-4797584
Business hours:
12 noon – 11pm daily (closed on Fridays)

Kemudahan Tambahan:
Surau di Tingkat 1

Alhamdulillah balik daripada wedding di Tapah hari tu singgah makan di Tanjung Malim. Setelah google dan review beberapa pilihan tempat makan akhirnya kami memilih restoren ni.

Tempatnya selesa. Tapi agak kesian orang tak ramai datang. Masa kitaorg sampai hanya kami yang ada dalam kedai tu. Mujur sebelum kami nak balik ada beberapa keluarga dan pelanggan datang. Lega rasa hati.

Steak dia sedap la jugak. Daging dia ok boleh tahan lembut. Tempat masak di bahagian belakang kedai dan boleh nampak chef memasak.

Jom layan gambar kat sana


Bersebelahan Tupperware


Dengan Chef Shuid



Fahim busy nak melukis


Mommy & Ayden



Abah rasa Cabonara - menu untuk Fahim



Menu H order







Menu aku order




Makan dengan tangan baru puas kan Fahim



Meatball - Ok Sedap walaupun takleh nak lawan meatball IKEA but still ok



Deco dalam kedai



Staff tolong jaga Fahim & Ayden while mommy abah makan



Aku lagi prefer kalau diorang serve dalam pinggan instead atas chop ni



Happy mommy with good food



Ayden Abah menikmati deco


posted from Bloggeroid