Tuesday, January 02, 2018
Terkenang Zaman Sekolah Dulu
Hari ni ramai yang bercuti menguruskan anak-anak masuk sekolah. Aku belum sibuk lagi sebab belum masukkan Izz Fahim ke sekolah. Inshaallah next year Fahim 5 tahun start kalut macam orang lain la kot. Terkenang zaman sekolah menengah dulu. Duk di asrama Sekolah Menengah Ibrahim Sg Petani. Kalau jadi budak asrama ni kitaorang kena balik awal sehari. Selalunya memang tak sabar lah sebab nak jumpa geng =) Maklumlah dah lama bercuti. Jangan sekarang ni rasa macam bestnya cuti sekolah sebab jalan tak jammed nak pi kerja. Huhu~
Dulu 1st day school tu tak pakai lagi baju baru. Segan baq ang. So simpan. Pakai dulu baju tahun lepas. Hari kedua ketiga sekolah baru pakai baju baru. Bajet cool la gamaknya gitu. Haha.
Selamat bercuti pada parents dan selamat memulakan persekolah pada pelajar semua!
Monday, January 01, 2018
Selamat Tahun Baru 2018
Alhamdulillah syukur untuk semua perkara yang berlaku sepanjang tahun 2017. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Pesanan untuk diri sendiri tahun ni keywordnya 'RAJIN'. Semoga terus istiqomah untuk rajin. Simpan untuk diri sendiri jela nak rajin apa. Tapi kena rajin lah =)
Saturday, February 11, 2017
Syukur Alhamdulillah Pengasuh Dah Dapat
Alhamdulillah syukur. Dah dapat Babysitter. Semoga urusan anak-anak dengan BS baru dipermudahkan. Seperti mana Allah permudahkan urusan anak2 dengan BS sebelum ni.
Sampai saat ni Fahim belum boleh terima yang mama iza dia nak pindah. Aku cuba juga slow talk bagitau kata lepas ni Fahim tak pi rumah mama lagi dah. Tapi dia buat cakap kuat2 dan xnak dengar apa yg aku cakap 😔 Belum lagi Ayden yang bukan main melekap dengan ayah (suami Iza). Over ok mengalahkan si Hadif plak mu deng!
Kira selesai lah satu bab sebab dah dapat pengasuh. Tinggal 1 bab lagi pasal haluan kerja aku dan H dah x sama. Makanya next week aku kena reschedule travel time aku supaya dapat sampai office sebelum 8.15am. Otak tak berapa nak hadam sangat lagi ni. Nak kena naik komuter then ambik monorel then kena berjalan ke office. Oh my. Penatnya. Ingat hala ke tua dah xde kena macam ni. Dugaan tu nak datang sekelip mata je.
Tolong doakan acik kuat nak hadap segala benda ni. Eee fikir pun stress. Tak suke lah!! 🙁
Friday, February 10, 2017
Sepetang di Taman & Birthday Hadif
Thursday, February 09, 2017
Serabutnya Nak Cari Pengasuh
Bukan senang nak dapat BS yang baik, jaga macam anak sendiri, tak berkira macam BS sekarang tapi 'jodoh' tak panjang pulak.
Baru nak rasa lega selepas bermacam2 yang anak2 terpaksa hadapi dengan previous BS, dah BS ni kena balik kampung pulak. Owner rumah bagi short notice dan kena kosongkan sebelum habis Februari ni. Serious stress bila kenang anak2. Kalau tak fikir panjang memang baik berenti je jaga anak sendiri. Sakit jiwa pun xpe sebab anak depan mata. The point is tak boleh berenti kerja!! Dah la nak dapat kerja susah. Interview SPA bagai semua gagal. Dah tua bangka baru dapat masuk LTAT tu. Urghh stress.
Skrg ni mana nak cari BS. BS memang ramai. Tapi nak 'memperjudikan' nasib anak tu sekali lagi. Kesan pada perasaan Izz Fahim. Pastu dengan ayden yang xde gigi lepas tu nk makan kena suap sikit-sikit. Urghh stress lah haih.
Eeee memang stress lah. Rasa tak leh nak bernafas dah ni.
Wednesday, February 08, 2017
Maka Dugaan 2017 Pun Bermula
Macam tahun lepas jugak bulan Februari lah bermulanya segala dugaan dan cabaran. Tahun ni pun sama. Semoga dugaan tahun ni tak berpanjangan. Harap dipermudahkanlah urusan kami walaupun hati ni sampai macam takleh nak fikir apa lagi dah.
Pagi ni dapat berita H kena transfer ke site lain. Yang pasti bukan satu hala dengan ofis aku. Sedangkan aku ni bergantung penuh dengan dia nak ke ofis :(
Pastu petang semalam pulak dapat berita pengasuh terpaksa pulang ke kampung halaman. Sebelum hujung bulan Februari ni kena kosongkan rumah. Time tu rasa macam batu timpa kepala je. Terus teringat Fahim. Betapa dia sayangkan BS baru ni sampaikan setiap masa dia akan tanya 'esok pergi rumah mama tak'. Macam mana lah kesannya pada Fahim lepas ni. Memang time heals tapi ntahlah. Kesian Fahim =(
Apapun dalam tempoh terdekat ni terpaksalah jugak cari pengasuh. BS memang ramai tapi nak cari yg boleh jaga macam anak sendiri tu yang susah. Dugaannya lah.
Rabbi Yasir Wala Tu'assir
Friday, February 03, 2017
Tips Hadapi Telinga Berdengung Sebab Selsema
Baru-baru ni sejarah dalam hidup kena telinga berdengung. Asalnya batuk teruk (jenis kong kong tu) pastu kena pulak selsema then end up telinga sebelah berdengung dan kurang pendengaran. Bayangkanlah time telinga tak berapa nak dengar pastu selsema pastu kena attend beberapa meeting. Duh.
Baru sikit Allah 'usik' dah rasa susah :( Serius susah hati tapi Jeri kata kau chill je dulu. Tapi kalau selsema kau dah baik tapi ko still tak dengar haa time tu baru kau kena risau. Okey lah kita guna pakai la prinsip dia tu.
Selepas 12 hari hilang pendengaran pastu siap mimpi ngeri aku dah tak boleh dengar bagai Alhamdulillah pendengaran pulih.
Untuk first timer kena telinga berdengung macam aku. Nah korang ikut step ni.
1. WAJIB pergi klinik dan jumpa doktor. Hari ke-3 aku kena telinga berdengung aku pi Pusrawi dan memula doc tu kata earwax aku banyak. Ok fine. Ke bilik procedure dan nurse cuci (sembur air masuk dalam telinga) tapi nurse cakap "telinga akak ni bersih je, takde apa-apa pun keluar" tapi dia kata macam ada bulging. Doc pun bagi ubat selsema dan antibiotik untuk 3 hari. Tak lut pun ubat tu. still tak dengar jugak. huwaaa~
2. Jangan panik. Ikut lah saranan doktor anda. Dalam kes aku, telinga aku tak sakit sebab bulging tu di luar gegendang tapi stress telinga berdengung je la. Bila laki dengan anak bercakap kau tak berapa clear. Belum lagi ko kena jalani kehidupan seharian macam biasa tapi tak dengar sangat :(
3. Makan ubat jangan culas
4. Kalau antibiotik dah habis dan telinga masih tak ok. Sila buat follow up. Sebab aku tak sakit telinga, aku berpegang pada pendekatan tunggu selsema reda.
5. Cuba buat hembusan (kepit hidung, dan hembus biar angin keluar kot telinga). Tapi jangan paksa. Kalau tak boleh. Its ok. Bertabah
Dalam kes aku. Hembusan hanya berjaya 3x je kut. 2 kali tu still berdegung kuat. Dan hembusan hari ke-12 baru aku dapat dengar. Teknik hembusan ni aku rasa tidak disarankan sebab takut lain jadinya. Tapi aku tawakkal. Sebab tu kata jangan paksa dan hembus kuat-kuat.
Ni pun kadang berdengung sesikit. Nanti kalau pi klinik aku follow up lah balik telinga ni. Tapi syukur alhamdulillah dah dapat balik pendengaran. Nikmat yang tak terhingga
Wednesday, September 14, 2016
Sambungan Suku Pertama 2016
Tahun 2016 ni memang agak mencabar.
23-24 Mei Izz dah start demam panas. Every time demam memang high fever manjang
25-27 Mei Izz warded untuk pertama kali dalam hidup di Pusrawi. Ulser penuh di tekak dia. 4 hari tak boleh makan minum. Memang kesian sangat-sangat
28-31 Julai Izz demam lagi. Izz memang selalu demam tinggi dan balik2 klinik akan cakap tonsil.
2-5 Ogos Izz warded di KPJ Tawakkal. Kali ni aku memang tekad tak nak ke Pusrawi dah sebab doc kat sana bukan jenis bercakap. Kita ni dah la tak faham medical stuff ni. KPJ buat full blood test dan Izz positif kena virus RSV. Kurus kering Izz waktu ni
13-16 Ogos Ayden pulak start demam tinggi. Pagi sebelum ke hospital tu suhu dia 39.7. Hanya Allah yang tau perasaan aku waktu tum. Terus masukkan sub voren dan mandikan dia. Full blood result Ayden dia kena virus Adeno Virus & Rhino Virus
23-27 Ogos Ayden warded lagi. Kali ni dia dah start batuk dan selsema dan ada wheezing di dada. Kebetulan memang ktorg tunggu sampai tarikh follow up dia. Tiap kali lepas discharged KPJ akan schedule follow up. Memang susah Ayden nk bernafas waktu tu. Doc admitkan Ayden. Full blood test ayden positive virus RSV. Ayden kena neb every 4 hours. Physio dan nasal suction
13 Sept Tokwan start demam tak boleh bangun. Macam demam sakit urat. Lepas berbincang kitaorg decide adalah lebih baik kitaorg ambik Ayden dan hantar ke pengasuh supaya mama dapat jaga tokwan sepenuhnya. Lagipun Ayden menangis mungkin sebab rindukan kitaorg. Bulan lepas sebulan mama dan Ayden duduk dengan kitaorg dan aku dapat jaga Ayden malam-malam
14 Sept Insha allah hari ni ktorg akan jumpa dengan bakal pengasuh Ayden. Semuanya berlaku dengan pantas. Semuanya adhoc. Harap sangat dipermudahkan urusan.
Pada yang baca entry ni. Mohon doa agar dipermudahkan urusan kami semua. Dilemma mak mak bila nak hantar baby ke pengasuh. Susahnya lah hati =(
Thursday, September 08, 2016
Blog Bersawang
Lunch tadi makan lauk bekal ;)

posted from Bloggeroid
Monday, April 18, 2016
Dari Pusrawi Jalan Tun Razak Ke Hospital Sg. Buloh
Allah 'cuit' sikit pagi tadi. Hairul tiba2 tak sihat, loya melampau dan rasa pening dan peluh mencurah-curah toksah cakap lah. Dia dah drop aku di bawah bangunan LTAT tu dan bermula sessi diskusi 4 mata yang serius. Dia tak nak ke klinik dengan alasan dia sihat. Ya ampun!! Sihat mende gitu. Lepas selesai diskusi beberapa ketika (agak lama jugak lah sebenarnya) akhirnya si isteri menang.
Alhamdulillah dia nak ke klinik. Maka ke Pusrawi Jalan Tun Razak lah yang paling dekat. Tu pun dia dah pening sesangat dan result BP punya lah tinggi 187/123. Aduhai lah suami. Andai kau masih berdegil macam2 boleh jadi. Dapat bed rest di katil ED pusrawi. Masuk air + vitamin 1 botol dan diberi ubat darah tinggi dan tahan muntah. Part paling dia benci adalah ambik darah. Apa nak buat, bertabah jelah. Result darah clear denggi tapi result ECG jantung doc kata reading x clear. Wallahualam lah apa benda yang doc tu cakap tapi doc suruh refer pakar jantung. Rasa macam xde darah dekat muka ni time tu. Memandangkan LTAT xcover pakar jantung Pusrawi maka kitaorang pilih untuk refer ke Hospital Sg. Buloh.
Selepas habis sepagi di Pusrawi, dalam tengahari kitaorang sampai ke Hospital Sg. Buloh. Masa menunggu kat sana dalam 1-3 jam jugak lah sebelum dapat jumpa doktor. Ujian ECG dibuat sekali lagi dan result jantung normal doc kata. Syukur alhamdulillah. Cumanya Hairul perlu ambik ubat darah tinggi setiap hari dan perlu follow up untuk tengok progress darah tinggi tu.
Semoga hari esok adalah lebih baik daripada hari ni dan kitaorang dapat mula bekerja semula setelah hampir 2 minggu 'bercuti' sebab anak tak sihat dan Hairul tak sihat.
posted from Bloggeroid
Saturday, April 16, 2016
Suku Pertama 2016
Diam tak diam dah pertengahan bulan April 2016 dah. Banyak liku-liku kehidupan sikit tahun ni. Semoga dengan sedikit ujian yang Engkau berikan dapat mendekatkan lagi kami padaMu.
8 Feb 2016 - Suami Kak Ngah meninggal
14 Feb 2016 - Nazreen accident terlanggar babi depan Mah Sing BTP
3 Mac 2016 - Tokwan Teh meninggal (adik tokwan)
26 Mac 2016 - Izz Fahim jatuh bilik air. Luka belakang kepala sikit
4 - 14 April 2016 - Izz Fahim start demam on off almost 2 weeks. Suhu memang tinggi. Ujian hingus mengesahkan Positive Influenza B. Sebab tu demam dia panjang dan tinggi.
12 April 2016 - Hairul plak start demam tinggi
Sesungguhnya Allah tu dah susun yang terbaik. Mujur Ayden dalam jagaan nekma makanya dapatlah aku tumpu jaga Izz dan H yang tengah demam.
Alhamdulillah yang demam masing2 dah beransur pulih. Semoga dipermudahkan urusan di masa hadapan.
Ameen.
Monday, January 18, 2016
Jangan Over Protected
Aku: Abang!! Tengok anak tu tengah buat apa?
*selang beberapa minit kemudian
Aku: Abang!! Jangan la bagi dia main tu.
*scene ni berlarutan byk kali dan akhirnya
H: Jangan over protected sangat boleh tak!!
Aku: *Terdiam sebab sentap. Huhu~
*************************************************
Bila fikir-fikir balik betul la apa laki aku cakap tu. Kadang-kadang tahap kerisauan tu melampau benar. Aku cuma tak nak anak dapat sakit/luka/bengkak atau sebagainya.
Izz memang tengah melasak sekarang. Kadang tu xde la bahaya sangat cuma kena pantau je la macam dia panjat kerusi meja makan atau berdiri atas sofa tapi mak dia dah menjerit mcm orang kena histeria. Aku risau sebab Izz tak reti serik. Orang kata budak dah jatuh dia sakit dia xbuat lagi dah tapi Izz bukan macam tu. Umur 1y10m ni umur dia tgh syiok dan xkenal erti sakit gamaknya.
Tapi betul lah. Aku jangan terlampau sebab nanti dia langsung xtau itu xtau ini dan akan banyak bergantung pada orang. Nampaknya mommy kena berubah.
Teringat balik kisah #kucingkami yang 12 ekor ni. Bayangkan setelah 3 tahun bela dan hanya baru-baru ni aku berani bagi depa ni keluar rumah. Walaupun bukan semua yang keluar tapi sebelum ni aku memang xbagi. Dulu Mikki terlepas aku sampai nangis2 dalam bilik air sebab H kata malas nak cari. Tapi laki mana xkesian bini kan dia ajak la pi cari. Lepas jumpa tu bole plak aku menangis sambil bawa masuk mikki dalam kereta. Mikki terpisat3 baru bangun tidoq. Hampeh betul!!
Kali ni aku bagi H lepaskan keluar sebab Dean pernah keluar dan dia balik semula. Sejak tu baru lah aku bukak hati. So Dean dengan bangganya jadi pioneer yang keluar rumah. Yang kelakar tu keluar ikut pintu belakang pastu pusing blok mai lepak depan porch ni ha. Duk la situ sampai malam. Serupa je macam hang tak keluar Dean oi 😂😂
Ok kesimpulannya memang aku over protected!! Haish
Saturday, October 17, 2015
Bestnya Kalau Dapat Bercuti
Tapi nampak gaya memang xdapat la. Dengan ekonomi diri sendiri yang agak merudum tahun ni so memang xmerasa lah jawapnya.
Bestnya tengok orang jalan-jalan bercuti. Haish!!
Mode: Hormon mengandung yang tak stabil
posted from Bloggeroid
Tuesday, October 13, 2015
Rasa Tak Best Bila
2,3 hari ni xpe lah kebetulan mama ada di rumah. Bole tolong jagakan Fahim. Adoi bayangkan lepas mama balik rumah dia hujung minggu ni.
Dah la kerja en suami ni akan berterusan sampai bulan Disember. Mampuih lah acik sorang. Dengan saratnya dengan nak menjaga Izz Fahimnya..
Huwaaaaa~ xsanggup nak bayang. Sekarang ni pun dah xlarat gile2 kot kalau suami xbantu.
Haish lah. Sila lah bertabah mommy!! (Kata-kata semangat untuk diri sendiri)
posted from Bloggeroid
Thursday, July 23, 2015
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015
- Xde gambar raya yang semenggah
- Xde gambar raya dengan family sendiri
- Xdapat beraya lengkap dengan mak abah & adik beradik sebab ada separuh raya sana, separuh raya sini. Haish xbest sungguh
- Xde gambar raya dengan family mertua
- Cuti raya yang pendek sebab suami 'offer diri' bila xde orang nak keje lepas raya di unit dia
- Xde sempat berjalan raya memana pun
Kesimpulannya keriangan syawal yang diidamkan tak menjelma pun. Best je tengok timeline kekawan di fb penuh dengan gambar2 sefamily, gambar2 bercuti, gambar2 kegembiraan. Xde rezeki kami untuk beraya sakan tahun ni nampaknya. Tapi xpe. Syawal kan sebulan. Nanti kita qada 😅
Apapun Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin semua!



Monday, June 22, 2015
Alahan Mengandung
Betul lah apa yang sering sahabat² selalu perkatakan.
"Lain anak lain alahnya jue"
Hurm betul lah tu. Kadang tu ada jugak aku cakap dkt Jeri takut la nak beranak. Motip habaq dkt jeri? Sebab bini dia pun mengandung jugak. Lagipun dah Jeri tu duk sebelah meja aku je, pusing² muka dia, huhuhu~ Bini dia alah lagi dasyat pada aku, makanya aku patut bersyukur dengan ujian yang baru ciput ni ha.
Tapi kalau nak dibandingkan dengan masa mengandung Izz Fahim dulu. Memang kali ni agak kuat alahnya.
- Muntah bukan pagi je, tapi bila² masa sekiranya perlu =)
- Perangai masya allah. Banyak nak kena ubah. Asyik bad temper aje. Hanya melibatkan orang-orang tertentu sahaja pulak tu. Asal tengok muka rasa hangin, asal dengar suara je rasa hangin. Astagfirullah
- Buat masa sekarang, agak memilih makanan. Selalunya tak kena dengan tekak. Ikan masin dengan nasi putih panas tu kira dah paling best.
Ada jugak aku cakap dengan Hairul semoga lil baby ni senang macam Izz. Tapi betullah apa yang Hairul cakap. Lain anak lain bahagiannya untuk kita. Semoga aku beringat untuk tidak membeza-beza kan mereka. Setiap apa yang Allah bagi tu adalah ujian. Senang jaga pun ujian, susah nak jaga pun ujian.
Friday, May 15, 2015
Rezeki Tahun 2015
Sesungguhnya rahmat Allah itu luas. Dia Maha Mengetahui ke atas segala-galanya. Dikala hambaNya rasa terikat dengan pelbagai masalah kehidupan Dia 'cuit' kita untuk dekat padaNya. Dikala hamba alpa dengan kegembiraan Dia 'cuit' kita untuk jangan melupaiNya.
Allah Maha Besar. Terasa sangat kerdil dengan amalan yang terlalu sedikit untuk dihitung ini berbanding dengan hadiah yang Engkau sering beri Ya Allah.
Semoga akan sampai hajat dan rezeki pasangan-pasangan lain Ya Allah. Yakinlah bahawa rencana Allah itu tersangatlah sempurna.


Wednesday, April 01, 2015
Saturday, March 07, 2015
Rezeki Allah Untuk Sahabat
2 hari lepas aku terima whatsapp daripada sahabat. Kami memang sering berhubung di wasap group. Tapi kali ni wasap personal.
Katanya stray cat yang selalu makan di luar rumah dia dah tak bole berjalan. Dia send gambar dan dari gambar tu bole di agak samada dilanggar atau dipukul. Sahabt bertanya di mana vets yang ada sebab di perumahan dia memang xde klinik haiwan. Malang skali kedua2 klinik di Sg Buloh tutup pada hari tersebut. Hajat dia nak bawak ke TTDI Jaya pulak tapi dengan hujan lebat dan dengan nak handle anak 4 orang dan masih ada yang baby beserta nak bawa kucing lagi. Sahabat aku tu tangguhkan niat dan berharap kucing tersebut bertahan.

Alhamdulillah kucing bertuah tu masih bertahan dan dapat di bawa ke klinik haiwan semalam. Doc suntik ubat saraf dan bagi ubat dan doc nasihatkan supaya dikurung selama 2 minggu supaya pergerakan terhad dan cepat sihat.

Petang semalam sahabat wasap lagi katanya kesian dia tengok kucing tu habis basah badan dengan najis dan kencing sebab bila saraf lumpuh dia xleh kawal kencing berak. Dia tanya ada ke pampers kucing. Allahurabbi, mulia sungguh hatimu sahabat sebab sanggup treat kucing tu macam anak sendiri. Terus la aku teringat pada Iz Yahya yang turut ada kucing bernama 'kakak' yang mengalami nasib yang sama. Aku bgtau sahabat yang Iz guna pampers baby size paling kecil dan Iz potong sikit bahagian punggung supaya bole keluarkan ekor kucing tu. Sahabat kata nanti dia akan cuba.
Macam tajuk yg aku tulis tu Rezeki Allah untuk sahabat. Aku sebenarnya sangat2 terharu untuk orang macam sahabat aku tu yang tak bela kucing tapi sangat susah hati dan concern dengan keadaan kucing lumpuh tu. Sanggup bawa ke Vets dan beli sangkar semata2 doc suruh kurungkan dulu untuk tempoh sihat ni.
Percayalah bahawa setiap yang Allah hantar pada kita pasti ada hikmahnya. Semoga kalian sekeluarga dimurahkan rezeki dan mendapat rahmatNya.
P/s: Ramai lagi sebenarnya sahabat2 yang aku kenal di media sosial yg turut berhati mulia macam ni. Menyelamatkan stray cats, bottle feeding baby cat setiap 2 jam sbb masa jumpa kucing tu xde mak dah. Tapi bila berlaku dkt org yang 'dekat' dengan kita, perasaan tu lain dan sangat special sebab tu aku kongsikan di entry kali ni.
posted from Bloggeroid
Thursday, February 12, 2015
Sebuah Kehidupan
Kalau duduk sesaja mula la fikiran menerang. Ingat lagi kalau dulu2, nak tido mesti rapi & teratur. Kira paling busuk perangai pun mesti pi toilet dulu buang air basuh kaki baru tido. Bantal susun dulu dan paling utama bantal untuk tutup telinga wajib ada. Kalau xde bantal/apa2 tutup telinga xbole tido. Bukan sebab bising tapi sebab dah biasa kena tutup telinga. Perangai tu bawak sampai lah kawen.
Alih2 bila ada rezeki anak. Berubah 360 rasanya. Kelakar pun ada. Asal letak kepala je lesap. Kepala tak payah beralas bantal pun boleh tido. Paling utama waaah tetiba kau telinga xpayah tutup apa2 pun tetap selamat!! Haha
Gitu lah sebuah kehidupan. Sekelip mata je macam2 bole berlaku. Hidup kita mungkin xkan sama macam orang. Kita tetap akan nampak life orang lain best pada kita. Aku ni selalu je terbabas. Macam Hairul selalu sound, jangan membanding2 boleh tak! Sekali kena sound sekali cebek. Pastu insap la beberapa bulan pastu tersasar balik. Haish! Apa pun bersyukur lah dengan apa yang ada dan dengan orang sekeliling yang sentiasa mengingatkan kita tentang sesuatu.
Terima kasih suami
Terima kasih keluarga
Terima kasih kawan-kawan
Notakaki: apalah lah yang aku merepek memalam ni kan
>




