Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Monday, June 22, 2015

Alahan Mengandung

Assalamualikum.

Betul lah apa yang sering sahabat² selalu perkatakan.

"Lain anak lain alahnya jue"


Hurm betul lah tu.  Kadang tu ada jugak aku cakap dkt Jeri takut la nak beranak.  Motip habaq dkt jeri?  Sebab bini dia pun mengandung jugak.  Lagipun dah Jeri tu duk sebelah meja aku je, pusing² muka dia, huhuhu~  Bini dia alah lagi dasyat pada aku, makanya aku patut bersyukur dengan ujian yang baru ciput ni ha.

Tapi kalau nak dibandingkan dengan masa mengandung Izz Fahim dulu.  Memang kali ni agak kuat alahnya.
  • Muntah bukan pagi je, tapi bila² masa sekiranya perlu =)  
  • Perangai masya allah.  Banyak nak kena ubah.  Asyik bad temper aje.  Hanya melibatkan orang-orang tertentu sahaja pulak tu.  Asal tengok muka rasa hangin, asal dengar suara je rasa hangin.  Astagfirullah
  • Buat masa sekarang, agak memilih makanan.  Selalunya tak kena dengan tekak.  Ikan masin dengan nasi putih panas tu kira dah paling best.

Apa pun tu baru ujian kecik Allah bagi.  Semoga lil baby di dalam sana sihat hendaknya.  Semoga mommy dipermudahkan bersalin, dipermudahkan berpantang, dipermudahkan menjaga dan membesarkan lil baby.

Ada jugak aku cakap dengan Hairul semoga lil baby ni senang macam Izz.  Tapi betullah apa yang Hairul cakap.  Lain anak lain bahagiannya untuk kita.  Semoga aku beringat untuk tidak membeza-beza kan mereka.  Setiap apa yang Allah bagi tu adalah ujian.  Senang jaga pun ujian, susah nak jaga pun ujian.

Syukur Allah bagi peluang kali kedua.  Di bulan yang mulia ni, semoga sahabat-sahabat turut menerima apa yang dihajati.  Allah akan kabulkan permintaan kita cuma cepat atau lambat sahaja yang kita tak tau.  Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua.  Ameen  

2 comments:

ain.ya.nun. said...

Bertabahlah ye kak. Pahala semua tu =)

Juju said...

huhuhu tq ain. sedang berusaha nih. ain boleh insha allah akan pun boleh :D