Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Monday, December 02, 2019

2•12•2019 Happy 4th Birthday Ayden

https://drive.google.com/uc?export=view&id=17FSmzB0220bdAufBWwg5JR2uzneZ8Fdl
Alhamdulillah sekejap je abang ayden dah 4 tahun.  Tak lama lagi nak dapat adik pulak :)

Sunday, August 25, 2019

Dewan Bersalin Muslimah Batu Caves 2019

Alamat : 
Jalan SM 3, Taman Sunway, 68100 Batu Caves, Selangor
 +60 3-6189 9641

FB : DBM Klinik dan Bersalin Batu Caves


Menyediakan Perkhidmatan :
  • Check up mengandung
  • Bersalin secara normal sahaja
  • Bersalin czer atau komplikasi ketika bersalin akan dirujuk ke hospital lain.  (Hospital Naluri untuk swasta dan Hospital Selayang untuk kerajaan)


Kemudahan & Penginapan : 
  • Hospital satu tingkat sahaja
  • Labour room ada 1 unit
  • Wad bersalin ada 5 unit
  • Setiap bilik adalah single-bedded dan dilengkapi dengan toilet


Cara Bayaran : 
  • Tunai
  • Online Transfer
  • Guarantee Letter (GL)
  • Tiada perkhidmatan kredit kad / debit kad








Pengalaman Check Up di Dewan Bersalin Muslimah (DBM) Batu Caves 2019

Assalamualaikum.

Alhamdulillah semalam sampai jugak ke DBM Bt Caves untuk buat check up pertama kali dengan Doc Hamiza. Klinik bermula jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Macam dedua anak sebelum ni tahun 2014 & 2015 aku dapatkan servis Doc Hamiza di GMC Gombak Medical Center. Malangnya GMC dah tutup sepenuhnya. Baru-baru ni GMC buka semula tapi dengan nama lain dan kemungkinan pengurusan baru.

Bila dah biasa di GMC, so bila ke DBM ni terasa lah servisnya berbeza. GMC dulu seawal jam 8 pagi klinik dah buka. Staff pun agak ramai. Di DBM staff mungkin sikit sebab cuma nampak dua orang je. Sorang di kaunter dan sorang lagi tak pasti sebab sekejap nampak sekejap tak nampak. Staff yang di kaunter tu lah jugak yang menyapu sampah dan mop lantai sebelum klinik buka pukul 9 pagi tu. Camne tahu? Sebab aku sampai awal, tak nak berebut so memang dah tercongok depan pintu kaca DBM tu dari jam 8.40 pagi.

Bila dah daftar (bagi buku) di kaunter, DBM takde saringan macam di GMC. Takde pun nurse yang akan timbang berat, ambik BP. Sampel Urine pulak hanya perlu bagi kalau kandungan dah 20 minggu dan ke atas. Di GMC dulu standard procedure mesti nurse timbang berat, ambik BP, bagi sample urine.

So di DBM masa masuk bilik doktor, time tu lah baru timbang berat dan ambik BP. Doc review buku mengandung, consultation pastu buat ultrasound.

Gitu lah sedikit sebanyak pengalaman check up di DBM. Overall ok, staff DBM pun ramah je dan yang paling penting doktor yang kita dah biasa jumpa ada di situ.
posted from Bloggeroid

Friday, July 05, 2019

Rezeki Ramadhan Tahun 2019

Assalamualaikum.


Alhamdulillah syukur berpeluang untuk tengok double line pada pregnancy stripe untuk kali ketiga.  Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang mengandung, bersalin dan selepas bersalin nanti.  Kalau fikir tak cukup memang semanjanglah rasa tak cukup itu ini.  Tapi sesungguhnya kena yakin dan terus berdoa semoga dicukupkan segalanya untuk kami.  Ameen~


Sekarang baru masuk 10 minggu.  Alahan baru berkurang.  8 minggu pertama sangat memenatkan.  Loya pagi, petang dan malam.  Balik kerja terus baring.  Almost 8 minggu jugak suami dan anak-anak terabai.  Huwaaaa~ kesian hampa.  Tapi nak buat macam mana bukan mommy sengaja kan.  Luar kawal.

Pastu minggu ke-8 siap kena keracunan makanan pulak.  Takde la keracunan sangat pun sebenarnya.  Tapi gara-gara makan sambal ikan bilis petai yang H masak, tudia muntah non stop sampai lembik.  Helok 2-3 hari lepas tu alhamdulillah badan terus segar.  Dah boleh masuk dapur memasak untuk suami dan anak-anak.  Syukur.  Allah knows best.



Semoga hari-hari mendatang juga dipermudahkan.  Ameen Ameen Ya Rabb.



Wednesday, January 30, 2019

Chalet Memancing - Chalet Amir

Lokasi :

Amir Chalet & Fishing Corner
Kampung Baharu, 32200 Sitiawan, Perak
Tempahan Chalet : 0182245847 Syafiq

Assalamualaikum.

Setelah setahun lebih kami sekeluarga tak bercuti ke mana-mana, Alhamdulillah tahun ni kita mulakan dengan trip jiran ke Chalet Amir.  Kalau ke sini memang tak sah lah kalau bukan trip memancing.  Sangat teruja nak ke tempat baru, chalet atas air pulak tu.

Alhamdulillah trip jiran berjalan lancar pada 12-13 Januari 2019 yang lepas.  Sebab pertama kali ke situ jadi kami cuma sewa chalet untuk 2 hari 1 malam sahaja.  Recce tempat orang kata :) Nanti senang nak datang lagi.  Kami pergi dengan jiran depan rumah (Jeri sekeluarga).  Dia memang pemancing tegar.  Lokasi ni pun dia yang cadangkan.

Untuk chalet pula kalau tak silap ada disediakan dalam 5-6 buah chalet.  Harga chalet untuk satu malam bermula dari RM130, RM140, RM180, RM200, RM250.  Semua chalet dilengkapi dengan penghawa dingin.  Cuma chalet RM180 ke atas sahaja disediakan peti sejuk.

Secara keseluruhan lokasi ni sangat cantik dan sesuai untuk memancing.  Cuma takde rezeki kami nak dapat ikan besar.  Cuma dapat ikan kecik-kecik aje.  Tu pun 3 ekor aje.  Tapi ketam kami dapat banyak.  5 bento ketam diletakkan sepanjang kami di sana.  Umpan untuk ketam pulak Jeri guna kepala ayam.

Jom layan gambar sepanjang kami di sana.

Jalan masuk ke Chalet Amir. Ada lorong kecil tepi Balai Polis



Ada jeti kecil di Kg. Baharu tu


Permandangan sekitar jeti. Cantik viewnya.


Deretan chalet yang disediakan di Chalet Amir


Kami pilih rumah yang berharga RM250. Ada 2 bilik dilengkapi bilik air. 1 bilik ada bilik air di dalam bilik manakala bilik satu lagi bilik air di luar bilik. Dalam setiap bilik ada 1 katil queen dan 1 katil double decker. Juga dilengkapi dengan aircond dan 1 tv kecil. Sejujurnya condition chalet ni sedikit kotor terutama di bilik air. Makanya pesanan ringkas sila bawa clorox untuk cuci sikit-sikit sebelum guna bilik air. Phew. Huhu~


Jom memancing. Masa kami pergi ni air mati. So arus air tenang jelah.






Alhamdulillah ketam dapat banyak. Size kecil sahaja.


Permandanga. Di waktu pagi. So breathtaking.





Bergambar wajib dengan jiran


Hasil tangkapan. Sedap. Buat goreng tepung je pun. Ngee~

Tuesday, January 29, 2019

Kisah Mak (Ibu Mertuaku) - Pasang Stent (Esophageal Stent)


Assalamualaikum.

Dah lama tak update pasal mak.  Dalam bulan Disember 2018 hari tu mak dah buat prosedure pasang stent.  



credit: https://www.cancer.gov/publications/dictionaries/cancer-terms/def/esophageal-stent


Seminggu selepas pasang tu alhamdulillah nampak mak boleh makan minum macam biasa.  Tapi masuk minggu kedua, mak macam kembali ke asal, air liur susah nak telan.  So meludah je.  24 Disember 2018 mak follow up, tapi malangnya tak dapat pakar.  Mungkin pakar cuti sebab nak krismas.  Dapat doc baru, dan doc tu cakap dekat mak kononnya badan baru nak serasi dengan stent.

Makanya mak kembali lah macam dulu, tak boleh nak makan dan minum.  Badan pun tak berapa segar sebab tak makan.  Sekitar awal bulan hari tu mak abah cuba berubat secara tradisional semula.  Dan pengamal perubatan tu kata macam ada orang buat dekat mak.  Ni kira orang yang ketiga cakap benda yang sama.  Wallahualam aku tak tau nak percaya ke tidak.  Tapi berdoa jelah semoga semua kembali macam biasa.  So mak sekarang dalam proses recovery secara tradisional.  Air liur dah tak meleleh dan boleh makan sikit.

Doakan ye semua.




Thursday, August 02, 2018

Kisah Mak (Ibu Mertuaku) - Result Biopsy Mak

Assalamualaikum.

2/8/2018 Khamis.

Pagi tadi team doctors yang review mak buat conference. Hasil conference dan result biopsy mak alhamdulillah doctors kata bukan cancer. Syukur.

Cumanya team doctors masih belum decide untuk buat operation buang affected esofagus atau tambah stent untuk luaskan salur esofagus mak. Tarikh untuk operate pun belum decide lagi.

Mak agak down hari ni sebab operation belum schedule. Lagi lama duduk di wad ni lagi lah macam2 diorang ni bercerita pengalaman masing-masing dan buat mak lagi cuak. Hari ni last day kitaorang dapat teman mak di hospital. Lepas ni mak kena hadap jela kebosanan di hospital tu tanpa anak-anak jawapnya.

Tolong doakan ye semua.

Wednesday, August 01, 2018

Kisah Mak (Ibu Mertuaku) - Mak Kuat Semangat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah setelah beberapa hari warded di HUKM ni mak nampak makin segar, makin bertenaga dan paling penting makin bersemangat.

Agaknya sebab duduk di wad surgikal, kiri kanan depan semua orang operate sana sini. So mak jadi kuat sebab nak cepat operate dan cepat balik agaknya.

Start semalam mak dah boleh berjalan ke bilik air sendiri. Exercise dengan spirometer threeflow pun dah dapat 3 bola naik. Tapi masih belum konsisten. Kadang 2 bola kadang 3 bola.

Esok team doctors kes mak akan buat conference. Date untuk major op masih belum dapat lagi. Semoga dipermudahkanlah lepas ni.



Tuesday, July 31, 2018

Kisah Mak (Ibu Mertuaku) - transfer to HUKM. Suspected Esophageal Cancer

Assalamualaikum.


Rabu 25/7/2018 urusan pemindahan mak ke HUKM telah dibuat.  Lepas maghrib mak dipindahkan ke sana.  Mak dimasukkan ke wad surgikal.




Khamis 26/7/2018 Pagi tu mak dah kena buat Endoscopic Ultrasound (EUS).  Pukul 12 tengahari baru siap dan mak kembali ke wad.  Mak nampak agak lemah mungkin kesan bius.  Pukul 2pm macam tu tiba-tiba mak pitam.  Kebetulan aku dan Hairul ada dengan mak masa tu.  Kelam kabut jugak lah jadinya.  Diorang start feeding mak dengan susu sebab mak memang langsung tak boleh makan dan minum macam biasa.  Ada a few HO dan sorang MO datang review mak dan explain pada aku dan H.  MO cakap result sample akan ambil masa 1-2 minggu.  Tapi result samada cancer atau tidak, salur tekak mak mesti dibedah jugak dan dibuang.  Hanya itu cara untuk membolehkan mak makan seperti sediakala semula.  Resutl CT menunjukkan affected area sepanjang 11 cm.  dan menurut MO tiub sebesar straw pun terlalu sempit nak lalu salur tekak mak.  Mereka menjangkakan major operation bakal dibuat minggu hadapan.  For the time being mak mesti kuatkan badan (feeding susu) dan perlu buat exercise paru-paru guna Spirometer Threeflow.


image : google




Jumaat 27/7/2018 Mak nampak agak lemah.  Mungkin belum biasakan diri di tempat baru, minum susu dengan tiub dan sebagainya.  Tapi mak macam biasa je, takde berbunyi (complaint) sikit pun.  Mak memang jenis pendiam macam anak dia lah jugak.  Sampai nurse yang feeding susu mak tanya, makcik kurang bercakap kan? Doktor tanya saya makcik tu boleh bercakap ke tak? Aku gelak sambil jawap, mak memang tak banyak cakap.  Hehe~


Kawan-kawan ofis mak dah ada yang datang ziarah mak sejak khamis hari tu lagi.  Terima kasih pada semua yang sudi datang.




Kisah Mak (Ibu Mertuaku) - Result Endoscopy Kurang Memberangsangkan

Assalamualaikum.

Sepanjang mak warded di Al Islam Specialist tu aku tak berkesempatan nak jumpa doc yang review mak. Aku kan menantu yang 'busy body'. Memang jenis dasar tak puas hati kalau doc tak explain depan muka. Aku tanya nurse boleh ke jumpa doc, malangnya waktu tu doc busy dengan clinic. Dan nurse kata diorang akan cuba schedule doc untuk jumpa dengan waris mak.

Hari Ahad 22/7/2018 sekitar jam 11 pagi alhamdulillah ada rezeki untuk aku dan H jumpa doc Ishak masa doc round ward. Doc panggil waris dan kami bercakap di luar wad. Doc memaklumkan result endoscopy Jumaat 20/7/2018 kurang memuaskan. Sampel yang diambil macam terlalu sedikit dan tak dapat nak menunjukkan result yang sahih. Worse come to worst its cancer Dr. Ishak cakap. Ntah macam mana waktu, saat dan ketika itu aku dengan Hairul tenang mendengar apa yang doc cakap. Dalam hati hanya tuhan yang tahu. Dr. Ishak nak buat endoscopy procedure sekali lagi keesokkan hari nya. Kami merahsiakan dulu perkara ni dari pengetahuan mak. Sebab Dr pun belum sahih sepenuhnya.


Isnin 23/7/2018 Hairul teman mak masuk dan tengok sendiri Dr. Ishak buat endoscopy. Doc tunjuk pada Hairul yang keliling salur tekak mak ada macam selaput putih-putih yang mana kebiasaannya tu adalah cancer. Sampel di ambil sekali lagi. Kami masih merahsiakan hal ni dari mak.

Selasa 24/7/2018 result masih sama seperti sebelumnya. Sampel yang diambil kemungkinan tak cukup banyak sebab tool endoscopy tu ada satu size sahaja. Dr. Ishak mintak Dr. Azlan pakar bedah untuk review CT Scan mak dan kemungkinan procedure endoscopy perlu dibuat sekali lagi.

Petang selasa tu Dr. Azlan naik ke wad dan explain pada aku, hairul dan mak. Dr. Azlan explain yang keliling salur tekak mak ada daging² yang tidak baik. Kemungkinan radang, kemungkinan kanser. Itu lah pertama kali mak dengar pasal berita tu. Dan ia disampaikan dalam cara yang cukup berlapik. Mak tenang. Mungkin tak berapa jelas barangkali. Dr. Azlan menyatakan bahawa dia tidak akan ulang procedure endoscopy sebab dia rasa no point kalau result tetap sama macam 2x sebelumnya. Dr. Azlan menyarankan agar mak dipindahkan ke HUKM dan dirujuk dengan pakar di sana.






Monday, July 30, 2018

Kisah Mak (Ibu Mertuaku) - Kronologi Warded Julai 2018

Assalamualaikum.

Pertengahan Julai baru² ni kami ada balik rumah mak di Subang dan tidur di sana.  Aku sedia maklum mak tak berapa makan tapi aku tak sangka dah nak masuk dua bulan mak langsung tak makan.  Setakat yang aku tahu mak takde selera.  So aku macam biasa memasak di rumah mak tapi mak tak makan.  Mak minum air je tu pun sikit.  Mak memang nampak sangat tak bermaya.

18 Julai mak warded lagi skali di Al Islam Specialist Kg Bharu.  mak datang untuk follow up je tapi kena tahan sebab tekanan darah mak terlalu rendah.  Maka berkampunglah mak di hospital.  Sekurang-kurangnya mak drip air so nampak ada lah tenaga sikit.  Kali ni mak di bawah pengawasan Dr. Ishak.  Dan kali ni doc sendiri terkejut sebab mak cakap dah dua bulan tak makan.  Doc terkejut sebab macam mana mak boleh survive.  Sesapa yang kenal mak mesti akan terkejut sebab mak kurus gila kot!  Yang tinggal hanya flabby-flabby je.  Sedangkan mak sebesar aku ni.


Sepanjang warded di Al Islam tu, 2x Dr. Ishak buat procedure endoscopy dekat mak.  20 Julai sekali  & 23 Julai sekali.  Fisio dan x-ray untuk bahu mak pun dibuat sebab mak cakap tangan kanan mak tak boleh nak angkat sangat.

Kisah Mak (Ibu Mertuaku) - Kronologi Warded April 2018

Assalamualaikum.


Lama betul blog ni bersawang.  Hajat nak menulis banyak but end up terbengkalai.  Dok update di media social je.  Berbalik pada tajuk entry, sape yang follow FB atau IG aku mesti perasan akhir² ni kesihatan mak agak berkurang.  Bermula 2016 sejak mak warded di Hospital Sg. Buloh sebab mild stroke, mak macam kurang segar.  Mild stroke tu pun doctors di HSB yang conclude sebab result CT takde clog dan tak nampak apa² perubahan pun pada fizikal mak.  Lepas discharged tu mak consistent dah makan ubat darah tinggi.  Sebelum² tu mak tak pernah makan ubat.


2017 aku tak berapa ingat mak ada warded ke tidak tapi mak tak cergas macam dulu-dulu lah.  2018 bulan April mak warded di Al Islam Specialist Kg. Bharu.  Mak warded sebab low blood preassure rasanya. Result darah menunjukkan kidney mak sangat² kering.  Mak bawah pengawasan Dr. Ibtisam.  Doc dah buat general check up tapi semuanya nampak macam biasa.  Kidney pun dah function ok lepas drip air berbotol-botol.  Aku ingat lagi, even masa tu aku macam biasa jadi menantu 'busy body'.  Aku tanya doc perlu ke buat endoscopy sebab aku cakap mak tak berapa selera makan.  Kebetulan pula masa tu mak kak Fid (Asstn. Manager Dept IT) baru je di diagnos kanser salur tekar jadi menantu ni risau lah kan.  Doc Ibtisam kata saya akan cuba rujuk dengan Doc Ishak Pakar Gastroenterologi.  Memandangkan waktu tu mak masih boleh makan dan minum doc tak teruskan prosedur endoscopy dan mak discharged.  Tapi mak makin hari makin kurang selera makan.

Bak kata orang kehidupan tetap diteruskan.  Kami tinggal di Rawang dan skali skala akan ziarah mak di Subang.  Memang susah hati tengok mak takde selera tapi nothing much we can do.  Mak ada jugak jumpa ustaz/pengamal perubatan rasanya dan menurut mak diorang cakap ada orang 'hantar' sekian sekian sekian.  Aku ni bukan tak percaya mistik tapi ntah lah, rasa macam tak berapa nak relate sangat kisah mistik dengan situasi mak sekarang.  Apa pun aku tetap berharap mak akan kembali sihat macam biasa.

Tuesday, January 02, 2018

Terkenang Zaman Sekolah Dulu

Assalamualaikum. 

Hari ni ramai yang bercuti menguruskan anak-anak masuk sekolah.  Aku belum sibuk lagi sebab belum masukkan Izz Fahim ke sekolah.  Inshaallah next year Fahim 5 tahun start kalut macam orang lain la kot.  Terkenang zaman sekolah menengah dulu.  Duk di asrama Sekolah Menengah Ibrahim Sg Petani.  Kalau jadi budak asrama ni kitaorang kena balik awal sehari.  Selalunya memang tak sabar lah sebab nak jumpa geng =)  Maklumlah dah lama bercuti.  Jangan sekarang ni rasa macam bestnya cuti sekolah sebab jalan tak jammed nak pi kerja.  Huhu~

Dulu 1st day school tu tak pakai lagi baju baru.  Segan baq ang. So simpan.  Pakai dulu baju tahun lepas.  Hari kedua ketiga sekolah baru pakai baju baru.  Bajet cool la gamaknya gitu.  Haha.

Selamat bercuti pada parents dan selamat memulakan persekolah pada pelajar semua!

Monday, January 01, 2018

Selamat Tahun Baru 2018

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur untuk semua perkara yang berlaku sepanjang tahun 2017.  Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.  Pesanan untuk diri sendiri tahun ni keywordnya 'RAJIN'.  Semoga terus istiqomah untuk rajin.  Simpan untuk diri sendiri jela nak rajin apa.  Tapi kena rajin lah =)

Friday, August 25, 2017

Our 10th Wedding Anniversary and Premium Coffee at Code Black Espresso Selayang

Alhamdulillah sedar tak sedar dah masuk 10 tahun usia perkahwinan kami.  Anak-anak kecik lagi. Syukur sampai jugak rezeki anak walaupun tahun ke 7 baru dapat.  Allah tu maha mengetahui. Semoga dimudahkan urusan dan perjalanan kami seterusnya.

Memandangkan takde nak celebrate sangat tapi si isteri ni nak jugak ada moment maklumlah 10 tahun kan.  So lepas bawa anak-anak naik MRT maka kitaorang pun pi carik tempat mengopi lah. 


Adhoc plan so kita google jelah cofee shop di Selayang.  Tadaa result keluar Code Black Espresso. Jom lah kita pi cuba.



CODE BLACK ESPRESSO

B-G-9, Emerald Avenue, Jln PS11, Prima Selayang, Lebuhraya Selayang Kepong
68100 Batu Caves (town)
03-61281294, 016-6929019.


Owner kedai ni En. Taufique sangat peramah.  Tak lokek dengan ilmu.  Banyak info pasal kopi dia bagitau terutamanya info pasal premium coffee. So coffee kitaorang masa hari tu.  Latte daripada El Salvador dan Black Coffee daripada Kenya.  Premium coffee ni akan ada rasa masam-masam sket. Memang sedap lah.  Insha allah gonna come back again.

Masa minum black coffee ni teringat dekat si Syera.  Dia memang hantu kopi. Tu aku ada cakap dekat H, Syera kena mai lah kedai ni yang :p

Jom layan gambar jelah.



Izz Fahim memang gemar kek


Ruang kedai yang selesa.  Feels like home gitu.
Abai budak melalak sebab mommy nak snap gambar. Hahaha~


Customer takde time tu, wah senang hati anak-anak buat macam kedai sendiri

My coffee latte from El Salvador.
Baby Cino tu compliment daripada owner untuk Ayden


Black Coffee from Kenya


Matcha cake.  sedap. Less sweet


Last but not lease.  Pengantin lama :D

Tuesday, August 22, 2017

Jom Naik MRT

Alhamdulillah sejak MRT Sg Buloh-Kajang line beroperasi 17 Julai 2017 hari tu kira macam senang la sikit nak pi balik kerja.  Selesa dan cepat.  Kalau sebelum ni aku kena kejar monorel kemudian ambik komuter di KL Sentral.  Sekarang dari MRT BB ke Sg Buloh dah senang.  Kira sit back and relax je.  Hehehe~

Memandangkan harga tiket tengah promosi less 50% sehingga 31 Ogos 2017 ni maka ramai yang dah bawa anak-anak naik MRT.  Izz Fahim pun setiap kali nampak train mesti sebut.  Jadi setelah sekian lama asyik menunda dengan anak berserta alasan "nanti ye sayang kita naik" akhirnya ada rezeki bawa anak naik MRT lepas solat Jumaat minggu lepas.  

Happy anak-anak dapat naik train especially si Izz Fahim la kan.  Muka bahagia je =D

Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun tiket adalah PERCUMA.  Yeah hip hip horray.

Untuk trip ni kami park kereta di Stesen MRT Sg. Buloh.  Di sini juga adalah Stesen Komuter. Setempat lah kiranya.  Surau dan tandas kat sini pun semua selesa.

Jom layan gambar jelah ;)






Kami turun di MRT Mutiara Damansara.  Stesen tu linking dengan ECurve, The Curve dan IKEA.  Easy access.  Laluan dalam bangunan dan berbumbung.

Aku pi kerja hari-hari memang naik di MRT Mutiara Damansara sebab ofis suami sekitar sini.  Jadi aku tau lah stesen tu selesa ke tak.  Aku cadangkan dekat suami turun situ sebab ada pentas milo tu.  Gigih nak snap gambar anak kat situ kan ;p


Dah alang-alang turun di MRT Mutiara Damansara tu kitaorang terus jelah ke The Curve.


Kemudian kami mengopi lah di The Charms The Curve.  Fahim suka kek lagipun.  Pastu mommy plak nak kopi.



Lepas dah siap mengopi jom lah kita balik.  Kami solat asar dulu di surau MRT. Sambil bergilir jaga anak untuk solat, ruang dalam stesen yang luas tu bole la anak ke hulu ke hilir melawat kawasan.


Ok dah sampai semula ke MRT Sg Buloh.  Izz Fah kata jangan balik dulu.  Dia nak tengok train lagi.  Duhh~ bertuah lah haih anak.


Wednesday, April 05, 2017

Happy 3rd Birthday Izz Fahim

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 4/4/2017 genaplah Izz Fahim 3 tahun.  
Semoga terus diberi kesihatan yang baik-baik.

Dah banyak perkataan bercakap dan dah banyak akai jugak.

Terima kasih maklang belanja Aim KFC :D








Saturday, February 11, 2017

Syukur Alhamdulillah Pengasuh Dah Dapat

Alhamdulillah syukur.  Dah dapat Babysitter.  Semoga urusan anak-anak dengan BS baru dipermudahkan.  Seperti mana Allah permudahkan urusan anak2 dengan BS sebelum ni.

Sampai saat ni Fahim belum boleh terima yang mama iza dia nak pindah.  Aku cuba juga slow talk bagitau kata lepas ni Fahim tak pi rumah mama lagi dah.  Tapi dia buat cakap kuat2 dan xnak dengar apa yg aku cakap 😔  Belum lagi Ayden yang bukan main melekap dengan ayah (suami Iza).  Over ok mengalahkan si Hadif plak mu deng!

Kira selesai lah satu bab sebab dah dapat pengasuh. Tinggal 1 bab lagi pasal haluan kerja aku dan H dah x sama.  Makanya next week aku kena reschedule travel time aku supaya dapat sampai office sebelum 8.15am.  Otak tak berapa nak hadam sangat lagi ni.  Nak kena naik komuter then ambik monorel then kena berjalan ke office.  Oh my.  Penatnya.  Ingat hala ke tua dah xde kena macam ni.  Dugaan tu nak datang sekelip mata je. 

Tolong doakan acik kuat nak hadap segala benda ni.  Eee fikir pun stress.  Tak suke lah!! 🙁

Friday, February 10, 2017

Sepetang di Taman & Birthday Hadif

Assalamualaikum.

Alhamdulillah cuaca petang semalam cantik je.  Dapatlah Izz Ayden pi main kat taman jap.  Sebelum balik rumah kitaorang singgah rumah BS jap.  Nak spend time sesama.  Kebetulan plak birthday si Hadif.  Ada lebih kurang seminggu je lagi  bebudak ni dengan BS.  

Semoga dipermudahkanlah urusan kami berdua. Ameeen

#babysittertakdapatlagini
#macamtaksempatsampaiofis

Stress!!