Assalamualaikum.
Alhamdulillah syukur berpeluang untuk tengok double line pada pregnancy stripe untuk kali ketiga. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang mengandung, bersalin dan selepas bersalin nanti. Kalau fikir tak cukup memang semanjanglah rasa tak cukup itu ini. Tapi sesungguhnya kena yakin dan terus berdoa semoga dicukupkan segalanya untuk kami. Ameen~
Sekarang baru masuk 10 minggu. Alahan baru berkurang. 8 minggu pertama sangat memenatkan. Loya pagi, petang dan malam. Balik kerja terus baring. Almost 8 minggu jugak suami dan anak-anak terabai. Huwaaaa~ kesian hampa. Tapi nak buat macam mana bukan mommy sengaja kan. Luar kawal.
Pastu minggu ke-8 siap kena keracunan makanan pulak. Takde la keracunan sangat pun sebenarnya. Tapi gara-gara makan sambal ikan bilis petai yang H masak, tudia muntah non stop sampai lembik. Helok 2-3 hari lepas tu alhamdulillah badan terus segar. Dah boleh masuk dapur memasak untuk suami dan anak-anak. Syukur. Allah knows best.
Semoga hari-hari mendatang juga dipermudahkan. Ameen Ameen Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment