Tuesday, January 29, 2019
Kisah Mak (Ibu Mertuaku) - Pasang Stent (Esophageal Stent)
Assalamualaikum.
Dah lama tak update pasal mak. Dalam bulan Disember 2018 hari tu mak dah buat prosedure pasang stent.
credit: https://www.cancer.gov/publications/dictionaries/cancer-terms/def/esophageal-stent
Seminggu selepas pasang tu alhamdulillah nampak mak boleh makan minum macam biasa. Tapi masuk minggu kedua, mak macam kembali ke asal, air liur susah nak telan. So meludah je. 24 Disember 2018 mak follow up, tapi malangnya tak dapat pakar. Mungkin pakar cuti sebab nak krismas. Dapat doc baru, dan doc tu cakap dekat mak kononnya badan baru nak serasi dengan stent.
Makanya mak kembali lah macam dulu, tak boleh nak makan dan minum. Badan pun tak berapa segar sebab tak makan. Sekitar awal bulan hari tu mak abah cuba berubat secara tradisional semula. Dan pengamal perubatan tu kata macam ada orang buat dekat mak. Ni kira orang yang ketiga cakap benda yang sama. Wallahualam aku tak tau nak percaya ke tidak. Tapi berdoa jelah semoga semua kembali macam biasa. So mak sekarang dalam proses recovery secara tradisional. Air liur dah tak meleleh dan boleh makan sikit.
Doakan ye semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment