Kisah Mak (Ibu Mertuaku) - transfer to HUKM. Suspected Esophageal Cancer
Assalamualaikum.
Rabu 25/7/2018 urusan pemindahan mak ke HUKM telah dibuat. Lepas maghrib mak dipindahkan ke sana. Mak dimasukkan ke wad surgikal.
Khamis 26/7/2018 Pagi tu mak dah kena buat Endoscopic Ultrasound (EUS). Pukul 12 tengahari baru siap dan mak kembali ke wad. Mak nampak agak lemah mungkin kesan bius. Pukul 2pm macam tu tiba-tiba mak pitam. Kebetulan aku dan Hairul ada dengan mak masa tu. Kelam kabut jugak lah jadinya. Diorang start feeding mak dengan susu sebab mak memang langsung tak boleh makan dan minum macam biasa. Ada a few HO dan sorang MO datang review mak dan explain pada aku dan H. MO cakap result sample akan ambil masa 1-2 minggu. Tapi result samada cancer atau tidak, salur tekak mak mesti dibedah jugak dan dibuang. Hanya itu cara untuk membolehkan mak makan seperti sediakala semula. Resutl CT menunjukkan affected area sepanjang 11 cm. dan menurut MO tiub sebesar straw pun terlalu sempit nak lalu salur tekak mak. Mereka menjangkakan major operation bakal dibuat minggu hadapan. For the time being mak mesti kuatkan badan (feeding susu) dan perlu buat exercise paru-paru guna Spirometer Threeflow.
image : google
Jumaat 27/7/2018 Mak nampak agak lemah. Mungkin belum biasakan diri di tempat baru, minum susu dengan tiub dan sebagainya. Tapi mak macam biasa je, takde berbunyi (complaint) sikit pun. Mak memang jenis pendiam macam anak dia lah jugak. Sampai nurse yang feeding susu mak tanya, makcik kurang bercakap kan? Doktor tanya saya makcik tu boleh bercakap ke tak? Aku gelak sambil jawap, mak memang tak banyak cakap. Hehe~
Kawan-kawan ofis mak dah ada yang datang ziarah mak sejak khamis hari tu lagi. Terima kasih pada semua yang sudi datang.
No comments:
Post a Comment