Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Wednesday, May 26, 2010

Teh Herba Mas Cotek (New Packaging)

Salam,

Kisahnya tadi aku nak dah karang entry pasal ni lah..apa kan daya, technical problem..tup tup hilang entry aku..huwaaa~ salah aku lah jugak tu..

Aku dah lama nak tulis pasal benda ni, tapi asyik la bertangguh..ni customer dah beli, so aku kena lah jugak up pasal teh ni.  Takkan nak biar entry basi..huhuhu~

Aku penah cerita pasal teh herba ni DI SINI, kemudian aku ada up pasal customer yg beli teh aku DI SINI.

Untuk packaging baru ni, pendapat aku, ia lebih handy, lepas tu ada fresh zip gitu dan uncang teh tu lebih halus berbanding yang dulu.  Rasa mas cotek tu lebih rasa gitu.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
source : www.suria-organic.com

Produk teh herba ini dihasilkan melalui proses campuran daun Mas Cotek Jantan dan daun Mas Cotek Betina yang terpilih sahaja.  Disediakan dan diproses secara organik tanpa sebarang bahan pengawet, perasa dan perwarna.  Teh herba ini mengandungi bahan anti-oksida dan flavanoids yang tinggi di mana ia berfungsi untuk membersihkan toksin di dalam badan dan melancarkan aliran darah.

Amalan meminum Teh Herba Mas Cotek dipercayai dapat mengurangkan rasa letih dan lesu badan, meningkatkan ketahanan badan melawan penyakit, meningkatkan fungsi seksual suami isteri dan membantu mengurangkan kesan penyakit kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, angin ahmar, gout, ulser, keputihan, senggugut, migrain dan pelbagai penyakit lain.

Amaran : Tidak sesuai untuk ibu mengandung


Berikut adalah proses dalam menghasilkan Suria Teh Herba Mas Cotek.
(Klik rajah untuk paparan yang lebih jelas)


 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni lah packaging baru tu


Ada dua jenis packaging
50 uncang = RM21.80 (tapi aku jual RM21 sudaaa)
20 uncang = RM11.80 (tapi aku jual RM11 sudaaa)

Ni lah fresh zip yg dikatakan tu, lepas dah bukak
tak payah susah2 transfer ke bekas lain, simpan dlm
ni je, nak usung ke mana2 pun senang sbb tak besar sgt


2 jenis packaging

Aku tau, ada jugak org LTAT yg baca blog aku,
jadiknya klu korang berminat nak rasa, meh le kt IT,
nnt akan ada jejaka ensem lagi macho akan tlg buatkan teh herba tu yer ^_^


1 comment:

Unknown said...

ada x jual teh ni lagi ?? please contact me 01112319919 urgent