Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Wednesday, May 19, 2010

Trend Sanggul Tinggi...HARAM

Salam,

Ada terjumpa isu ni masa blogwalk, dan nampaknya ramai jugak yang dah panjangkan isu ni dkt FB & blog.  Jadi aku rasa aku pun nak share jugak benda ni sbb aku pun pernah buat benda sanggul tinggi ni..astagfirullahalazim..

Mudah2an menjadi iktibar buat kita..

-------------------------------------------------------------------------------------



first of all, thanks to t.h.e.b.r.i.d.z.a.i.l.a sebab berkongsi info ni.. sangat berguna sebab diri sendiri pun pernah buat jugak kononnya nak nampak segak bergaya tapi diri ini sebenarnya sangat jahil tentang hukum hakam...

okeh.. topik sanggul tinggi ini tidak ditujukan secara spesifik kepada sesiapa.. cuma sebab saya sendiri tak tahu menda ni langsung dan bila tengok keliling rupanya memang ramai buat sanggul tinggi tak kiralah yang pakai tudung ke, free hair ke, pakai shawls ke.. dah namanya trend.. macam saya pun, konon taknak terlepas n konon up-to-date la.. konon... ish.. ish.. ish..

ni ha yang saya nak share with all the muslims peepers out there.. bacalah...



credit to : AishahTur

Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul, ikatan dan toncang.

Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai. Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya. Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok, malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul,semua tubuh!

Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh)


haa.... tuuuu dia! saya mengaku saya pernah buat jugak sanggul tinggi ni dolu2 (masa rambut masih panjang mengurai bak 'simba the white lion' tuuu...) cuma jangan pulak salah anggap yg saya ni berbangga kerana ikut trend sanggul tinggi ni... saya sendiri terkesima **pergh! BM aras tinggi!** dan terkujat sebab tak sangka sanggul tinggi ni tidak dibolehkan dalam agama... so, saya terus nak share dgn u ols la... sebab saya rasa info ni amat bermakna buat saya.. dan harapan agar u ols peepers juga dapat info ni n spread it supaya dapat kita memperbaiki diri.. Insyaallah...

again, kredit to zaila! thanks dear!

peepers, spread the word, bebeh...!!!
-------------------------------------------------------------------------------------

13 comments:

Unknown said...

thanks sharing..sekrg mcm dah trend..seb bek i tak penh buat sebb memang tak suka..uhuhuhu

Anonymous said...

thanks babe for sharing. slamat rambut me dah minat pendek, tapi dulu gemar bersanggul. alahai:((

Unknown said...

salam jue.
kita publish entri tajuk yg samalah cuma kakchik c & p link dari FB dgn sikit editting.
semoga nasihat sebegini akan sentiasa ada untuk mengingatkan kita dari lalai beramal dgn cara yang Islam telah gariskan.

Juju said...

@ ienafazlyna --> tu lah, skrg ni dah trend pakai selendang sanggul tinggi..akak pun penah terjebak :(

@ manis --> i pun mcm terfikir nak potong rambut ni, tp sayang pulak

@ kakchik --> sy baca info ni masa blogwalk, dkt FB sy baca jugak yg k.chik share tu..tu yg sy terus la publish dkt blog..mudah2an sesapa yg singgah sini leh dpt manfaatnya..amiin

kinsyakrn said...

sanggul tinggi mane yek? mcm wardina tu ke? yg da mcm alien bsanggul tu? sy xsanggul tp ikat je rambut tp mmg nampak terbonjol..xleh jugak ke cmtu?

Juju said...

@ kinsyakrn - sy ada baca huraian dari notes sape ntah kat FB..maksud huraian tu kiranya mcam jangan la bila org tgk bonjol kita org tu terfikir panjang rambut dia ni atau pendek rambut dia ni..wallahualam

baincardin said...

kalo tinggi melangit camner? hehehe....^_^'

*Baby Development - Month 4 - 6 plak...yay! ^_^

naza delizia said...

dear owner.. alhamdulillah you'd spread the gud things...

Juju said...

@ bain - aku dah nampak dah entry terbaru ko

@ hazza - alhamdulillah..

Myraa said...

mmg btol jue..kami penah baca pasal Tabarruj sory to say termasuk yg just pakai turtle neck n tdung diikat dibelakang yang menampakkan bahagian tepi muka...sm2 la kita muhasabahkan diri, nnt kami post kt email ampa detail pasal tabarruj ni...

Juju said...

ok miza, nnt email naa..TQ

Anonymous said...

The rate of absorption agitating in this loan acute bank account current. However, financial lenders have realized this deficiency in the accustomed loan formats and ends meet accommodated to applying for a loan, you do not need to accede the loan accommodation. [url=http://paydayloanswons.co.uk] payday loans[/url] Even if you are able to keep a very abandonment eye on your assets and you stick to you have to be burgess of the agrarian. uk payday loans Now, it also admissible to sit at home and accredit for online cash payday loans admissible.

yanmaneee said...

yeezy boost 350 v2
yeezys
michael kors handbags
ralph lauren uk
yeezy 700
yeezy boost 350 v2
supreme clothing
lebron 16
nike jordans
balenciaga shoes