Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Wednesday, September 30, 2009

Resepi Nasi Dagang


Mak saya kata, ilmu perlu dikongsi =)


Ema, ni dia resepinya..kalau dah buat jgn lupa pos yer..hehehe ~


NASI DAGANG

Bahan-bahan :

Beras pulut
Beras biasa
Pati santan
Halia - dihiris halus-halus
Halba
Bawang merah - dimayang halus
Air (air paip pun boleh)
Garam

Cara-cara

1. Beras pulut & Beras biasa disatukan dan direndam di dalam air 1 malam (semalaman)
2. Basuh campuran beras tadi, tos kan airnya kemudian dikukus
3. Apabila nasi agak-agak masak, keluarkan dan digaul rata dengan air
4. Kukus semula nasi tadi sehingga betul2 masak
5. Masukkan garam ke dalam pati santan
6. Apabila nasi sudah masak, keluarkan dan digaul rata dengan pati santan yang telah dimasukkan garam tadi
7. Masukkan halia, bawang merah & halba ke dalam nasi tadi
8. Gaul rata nasi sehingga berminyak


GULAI IKAN TONGKOL
(atau disebut ikan aya oleh orang terengganu)

Bahan-bahan:

Ikan tongkol
Asam keping

Bahan 1
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Bunga lawang
Ketumbar
Jintan manis
Lada hitam

Bahan 2
Belacan
Bawang besar
Halia
Lengkuas

Bahan tambahan
Pati Santan
Santan Cair
Cili boh
Kerisik
Cili merah
Cili api
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa


Cara-cara

1. Rebus ikan tongkol dengan asam keping & Masukkan sedikit garam
2. Kisar Bahan 1
3. Kisar Bahan 2
4. Campur Bahan 1 & Bahan 2 ke dalam satu bekas (mak saya kata kisar asing-asing) hehehe
5. Masak pati santan dengan api kecil sehingga pecah minyak
6. Setelah pecah minyak, masukkan santan cair, kacau rata
7. Masukkan campuran Bahan 1 & Bahan 2 (rujuk langkah 3) ke dalam periuk yang berisi santan tadi
8. Masukkan cili boh
9. Masukkan kerisik
10. Masukkan garam & gula secukup rasa
11. Masukkan ikan tongkol yang direbus tadi
12. Akhir sekali baru masukkan cili merah & cili api


ACAR TIMUN

Bahan-bahan:

Timun
Carrot
Bawang besar
Cili Besar
Cuka
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa

Cara-cara

1. Potong timun & carrot dengan bentuk 4 sepi panjang (alah yg mcm selalu tu lah)
2. Masukkan semua bahan ke dalam 1 bekas dan kacau rata

Sedia untuk dihidang :D

Untittled

aku nak tempek resepi nasi dagang as per request by EMA tp asyik tak dan..

tapi boleh pulak buat short entry ni kan..cakap serupa kel*ng jer aku ni..adeh la..takpe2..resepi akan menyusul kemudian..leh la korang try..ni resepi original dari mak aku nih..klu korang buat, gerenti sedap mcm pure org terengganu (walaupun anda bukan org terengganu) hehehe


tunggguuuuuu.....

Sunday, September 27, 2009

Happy Birthday

to me =)

alhmdulillah hari ni genap 29 tahun, bak kata ain insyaallah ini akan jadi tahun terakhir birthday dgn angka dua (2) huhuhu~ klu dia tak ckp gitu hari tu, aku ni tak terfikir pun lagi..pendek kata hampir terlupa (duk perasan muda manjang haih)

Alhamdulillah dan terima kasih Ya Allah di atas apa yg telah engkau berikan, mudah2an lepas ni dimurahkan lagi rezeki

aku takde celeb apa pun, tp happy sbb blk kg, dikelilingi org yang tersayang & buat bakar2 ayam ;)
H dah tido, kepenatan mengibas time bakar ayam tadi..hehehe

Saturday, September 26, 2009

Mensyukuri Syawal

Bile Org mude buat lagu raya =)
tp aku suke..rancak & lirik pun best..sama gak macam HUJAN feat Raihan hari tu

MENSYUKURI SYAWAL.MP3



Nanana…

Allah allah allahuakbar
segala puji hanya bagimu
Alhamdulillah kalimah syukur
ke atas nikmatnya aku berhari raya

salah silap ampun dan maaf
sesal aku keinsafan
ku tidak sempurna

fitrah disusuli takbir
menyambut syawal hari mulia
syawal menutup ramadan
laungan takbir terus bergema

pulanglah anak rantau
kerana aku pernah terleka
pernah terlupa ayah dan bonda
allah ampunkan dosa mereka di sana

salah silap ampun dan maaf
sesal aku keinsafan
ku tidak sempurna

fitrah disusuli takbir
menyambut syawal hari mulia
syawal menutup ramadan
laungan takbir terus bergema

fitrah disusuli takbir (berikanlah aku petunjuk)
menyambut syawal hari mulia (berikanlah aku hidayah mu)
syawal menutup ramadan (mudahkanlah hidupku)
laungan takbir terus bergema (lapangkanlah dadaku)

allah allahu akbar
segala puji hanya bagimu
Alhamdulillah kalimah syukur
segala puji hanya bagimu


Credits : Lirik Semua Lagu & Indie-MP3 download

Slurpee Contest

hari tu ada la kuar iklan slurpee (hosted by nuffnang) kat page aku ni, aku pun bacalah iklan tu..mcm best je..mcm nak masuk je *ermmm*


korang pun berminat nak join? klik sini atau boleh terus klik pada iklan dkt page aku (kalau iklan tu keluar lah)

Friday, September 25, 2009

Nasi Dagang

Mak aku org terengganu, untuk family kitaorg, setiap kali raya, Nasi Dagang akan jadi menu utama..Kenapa mak aku time raya baru nak buat? sbbnya nak buat nasi dagang ni 'renyah', klu takat nak makan ciput, tak berbaloi utk mak aku buat..so bila raya, sekali buat sebesen nasinya, ramai org dpt makan, penat pun rasa berbaloi gitu

why renyah? sbb nak masak nasi saje amik masa 4 jam..dalam masa 4 jam tu kena 2x kukus..huhuhu~ tp aku lum belajar lagi camne nak buat nasi dagang ni, kalau tak kena gaya, rasa dia tak sama, silap2 jadik mcm yg kat pasar malam tu je, di bantai wat kuah kari je dek penjual..tp ada jugak la hat kat pasar malam tu sedap =)

* renyah = leceh

Beras pulut direndam semalaman, keesokannya baru boleh dikukus

Ikan tongkol digunakan sbg lauk
direbus terlebih dahulu
Ramuan utk buat kuah-dikisar semua,
aku dah lupa lah mama campur apa ntah lagi
Gambar ni hasil selepas di kukus kali ke-2

Kukus 1 : Angkat dan gaul rata dengan air,
kemudian dikukus lagi sehingga nasi betul2 masak

Kukus 2 : Angkat dan gaul rata dengan santan

Walaupun digaul dgn santan, nasi boleh tahan hingga ke malam, tak basi

Hasil kuah, aku malas nak kacau2 bg nampak ikan,
ikan tenggelam kat dlm periuk :p
Inilah hasilnya..tadaa..
dimakan bersama-sama acar timun & carrot

* kalau org tak biasa makan, mgkn tak pandai nak makan nasi dagang ni,
nasib H jenis boleh makan je semua =)

Thursday, September 24, 2009

Wednesday, September 23, 2009

Raya ke-4

hari ni

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dah nak balik ke selayang :( sob sob ~

Saturday, September 19, 2009

iNi Jer?

aku admit, aku memaaaaang tak pandai buat biskut, cupcakes, baked cake..tp sbb resepi yg ni senang gile, aku pun buat, benda alah ni bukan cookies pun, tp tak kira, nak tempek gak..


tadaaa...


rat, ko kenal tak bekas ni? bukan aku yg amik tau,
ko yg kata "kau simpan lah" huhuhu~


X tau camne nak buat? Meh KLIK SINI

Hari Ni

in-progress -> Nasi Impit je baru..huhuhu~


MySticky.net

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

Dah ramai org yg start cuti hari ni, even H pun keje half day je (company dia suh semua org balik..keje sekerat hari sudaaa)

Tahun ni aku beraya dgn mil dulu, so tengok lah, esok ke baru blk umah mil..boleh lah aku prepare kuah kacang ayam dulu ke, kek coklat dulu ke (ececeh, mcm rajin je)

Jadi aku ambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin pada semua kawan2 dan sape2 yang ada tersinggah dekat blog aku ni. Segala salah silap secara sengaja atau tidak sengaja mohon diampun.

Thursday, September 17, 2009

MoOd

Hari ni dah 27 Ramadhan, tp mood beraya tu tak berapa nak rasa sangat

Nak update blog, nando modal nak bercerita..tapi kan, aku ni gedix gi buat blog lagi satu, Ain tanya hari tu, nak maintain 2 blog ke? (Masa tu aku invite dia singgah blog baru dkt gmail chat)
aku jawap a'ah je :)

Tapi sejak blog lagi satu tu dibuat pada 10 sept, sampai hari ni dah ada 15 posting, ok apa kan :p

Sebenarnya secara tak langsung, aku ter-influence utk buat blog baru tu disebabkan oleh Mrs J & Hazila, aku admirer diorang punya hasil tangan tu..

hopefully blog lagi satu tu takde la terbengkalai di tengah jalan & aku akan carik masa utk itu (ececeh mcm azam tahun baru pulak)

Untuk yang tak tau lagi psl blog baru aku tu, aku ada tempek 2 link dkt blog skrg..korang tgk je lah gambar kat bawah ni nnt..kalau rajin tu jemput2 la singgah yer =) aku jamu mata je kat korang..hehehe


Tuesday, September 15, 2009

Hujan ft Raihan - Salam Aidilfitri Ayahanda Bonda

Mmg aku ada terbaca psl kolaborasi diorang ni tp tak penah dgr lah lagi lagunya, smlm H bgtau dia sempat dgr sikit je lagu ni, quite catchy dia kata, so kitaorg pun terjah lah internet..so dpt lah download n dengar..yup best jugak..lirik dia pun best..




Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi
Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban
Tetapi baru kusedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya
Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti
Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu
Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahagia
Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti


lyrics credit : http://khairilhusni.blogmas.com

Download --> http://hiburanyangsempoi.blogspot.com

Monday, September 14, 2009

Isi Masa Lapang

Semalam takde apa nak buat, seharian duk bertenet je lah keje aku..adeh lah..pastu terasa cam nak buat kek, senyum H bila tau aku nak buat choc cake..huhuh~ nampak sgt bini dia jarang wat kek kan

aku baru guna resepi ni 1st time semalam, mmg lembut & moist giler..korang pun patut cuba, senang je nak buat (jangan tak tau, aku masak benda yg senang2 je, yg susah aku tak buat pun..heheh)

ini lah hasilnya..
Disc : Sila abai topping aku yg comot sbb aku mmg tak pandai buat, asal boleh je la kan

Nak resepi?? Jom KLIK SINI


Sunday, September 13, 2009

Macaroni Cheese

atau tiru nama KFC - cheezy chickaroni :p

pernah makan sekali dkt KFC hari tu, pastu terasa nak makan lagi, so semalam aku buat sendiri je lah =)

takleh makan byk, muaaakkk & tak elok utk kesihatan..hiks

Derita Merindu

dlm 2 hari lepas aku first time dgr lagu ni, terus jatuh cinta..best gile, muzik catchy & lirik dia tersentuh gitu..






aku carik full version punya lirik tapi tak jumpa lah..kat youtube pun takde lagu ni..combine dgn lagu biarkan je ada..tp aku embed jugak la kat sini kut2 korang nak dengar..dengar lagu yg kedua yer

ni aku quote sikit lirik dia yg aku tangkap leleh =) hehehe


"kau kata cinta gunakan akal
bila aku gunakan kau yg menyangkalbagaimana nak kekal
ko katakan cinta gunakan minda
bila aku gunakan kau tak percaya bagaimana nak bahagia"


"jika derita merinduimu itu sebenarnya bahgia, aku pilih derita"


"jika bahagia bersamamu utk sementara waktu, aku pilih derita merinduimu"


DOWNLOAD Mp3 - Derita Merindu
credit : http://indie-mp3download.blogspot.com

Friday, September 11, 2009

Selongkar Kenangan Lama - Part 2

Lepas berpindah dari kedah --> Sg. Besar, rasanya byk jugak barang yg x tau dah mana letak..

antara yg tak dpt dikesan tu adalah gambar ms sekolah rendah (aku jeles bdk sek.ren aku pakat upload gambar kelas thn 1987-1992..dah la aku takde dlm gambar diorang) huhuhu~

dan majalah sekolah menengah..dalam byk-byk tahun, rasanya Aliran 1994 la yg plg kenangan , nasib bebaru ni, moderator/creator group ex-SMI 1993-1997 ada simpan lagi semua Aliran :D dan aku mintak dia softcopy muka depan Aliran 1994..TQvm Armin

Apa la yg kenangan sangat tu kan..jeng jeng jeng

Aliran 1994 (Majalah Sekolah aku)


Kasi Zoom sket :D
Zaman muda2 dulu..hiks

Thursday, September 10, 2009

Murah & Sedap

sejak awal puasa hari tu, H dah terjebak dengan soya kotak ni..so bole kata dari awal puasa sampai skrg mmg tak putus lah air kotak soya tu, aku lak pandang je lah soya yg 2,3,4 kotak dlm peti tu..sbb aku tak lalu lah soya, ntah..mcm tak sedap je..

tapi last week, kitaog ada beli soya sirap & soya jagung..soya jagung cepat muak..soya sirap sedap gile..hehehe

time bukak puasa dah tak payah buat/beli air lol =)

RM 1.70 je sekotak..sedaaaap
soya sirap ni klu diorang letak telur katak (biji selasih) lagi sedap :D

Wednesday, September 09, 2009

Memang Gile Kentang!

smlm, kawan aku dkt fb bg idea gile kentang, duk bls2 comment dkt wall, dia ajak jom list out nama-nama classmates masa darjah 6 dulu..aku contribute dlm 10 nama je kut, lelain mmg totally tak igt, sekadar igt muka je, adalah 2,3 org lagi jgk yg contribute dlm menjayakan idea gile kentang yg takde sebarang tujuan ni :D

ini lah hasilnya :


Tahun 1992
Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman
Darjah 6

Guru Kelas : Cikgu Shamsuddin
Ketua Kelas : Afik Yusof

1 Abd Rahman
2 Adi Marzriwan
3 Adzlinda Elier
4 Afik Yusof
5 Amy Leong
6 Andi suria
7 Azlyzan
8 Azra ahmad
9 Christopher chen
10 Ding mei huey
11 Eugene
12 Fazli mahfuz
13 Firdaus
14 Goh Kwang Juin
15 Hajar Karim
16 Hajariah
17 Hakimi
18 Hanim Ghazali
19 Hezra Eryana
20 Julianna Idura
21 Justin Wong
22 Khairul Anuar (anak guru besar)
23 Khairul Anwar dr. alias
24 Lam Yee ven
25 Lina Saphira
26 Linda Aling
27 Maizatul akmar
28 Maizatul Ernawani
29 Marzuki
30 Mohan
31 Mudiana
32 R Heima Jothy
33 Rosalyna wee
34 Roy Gerry d'Cruz
35 Soo Siew Ngan
36 Suhaili
37 Suria Wardah
38 Tan Beng Chuan
39 Tan Wei Teik
40 Tanya Low
41 Tengku Shaniza
42 Vivekanda
43 Yap Kah onn
44 Lee Chin How
45 Ahmad Basri


credit : Tengku Shaniza, Azra Ahmad, Jocelyn Yap, Afik Yusof & Soo Siew Ngan



** Afik kata total student dlm kelas kitaorg seramai 43 org..muskil pulak aku sbb mamat ni igt lagi, dia kata sbb dia yg tukang amik kedatangan :D tapi mcm ada je lagi tertinggal - ahmad baseri, ariff..huhuhu~

** weekend ni klu takde keje, aku igt nak compile letak gambar diorang yg terkini (yg mn ada dkt facebook n friendster je lah)

Tuesday, September 08, 2009

Menu Berbuka - Mudah & Cepat

guna apa je yg ada dlm fridge, dkt nak pukul 7pm baru start masak sbb tak nak nanti kembang pulak..

tadaaa..Mee Hailam (belasah je lah labu, asal ada rupa sket2 jadik lah)

17 Ramadhan 1430

Sekejap je masa dah berlalu, bak kata H, ramadhan pun dah nak tinggalkan kita cepat2..mungkin gara2 hari-hari aku duk bercerita betapa ramainya umat islam dkt malaysia ni yg tak berpuasa dan menganggap bulan ramadhan mcm takde apa-apa bg mereka..nauzubillah..

ni bukan gossip, bukan ckp org, tp depan mata aku sendiri..bukannya tak tau hukum hakam, tapi ntah la, siap ckp 'hisap rokok tak apa, asap je'..mengucap aku dlm hati..

yg sihat walafiat pun selamba je tak berpuasa..yg aku tak tahan tu, bila call, ayat pertama keluar dari mulut 'assalamualaikum bla bla bla' bukan main lagi ek..

tahun ni kira aku extra rajin la :D (puji diri sendiri), setelah 16 hari berpuasa, smlm baru kitaorg bukak puasa kat luar..tu pun bukak puasa kat umah dulu, sbb tak nak berebut dgn crowd..

starter kat rumah, buah kurma + soya sirap yeos + ais krim, lepas solat baru keluar..we had pizza, lama gile tak pegi sbb frust 'cool lime chicken' takde..even skrg pun still takde menu tu, tp H terasa nak makan bedal je la apa yg ada..yang pasti cool lime chicken gak yg sedap, pehal la pizza stop kan menu ni kan..tak faham tul!

*raya dah tak lama, mak aku hari-hari menjerit kat umah sbb baju org tak siap lagi :D ngeeeee~

Sunday, September 06, 2009

Lim Tayar Birthday Voucher

birthday aku dah tak lama dah, check mailbox tgk2 ada voucher dari LIM TAYAR
even hadiahnya tak seberapa, tp rasa cam best jugak la

thn ni dah masuk tahun ke-2 aku setia dgn LIM Tayar ni..kisahnya terjadi bila last year nak servis keta, gi kedai melayu, kedai melayu tak nak terima sbb dah pukul 7pm time tu, depa nak tutup kedai..so pegi lim tayar, even kedai depa dah tutup roller tu separuh, depa masih terima customer..tukar minyak hitam gitu gini..15 minit siap..since then aku mmg pegi situ jela

servis bagus, siap ada member card, boleh redeem point, bila birthday dpt voucher lagi :D last year aku dpt voucher RM10, this year aku dpt ni..mcm aku ckp tadi lah, even hadiah tak seberapa, tp PR bagus, aku mmg suke lah..

jemput la datang Lim Tayar Selayang..carik cine nama Ah Huat..senang gile deal dgn dia..tayar second yg elok2 pun dia leh tlg pilih kan, harga mmg kautim abis lah


Thursday, September 03, 2009

Lagu 1Malaysia - Milik Audi Mok

Yeaaaaa..lagu yg faizal tahir nyanyi menang..rugi tul aku tak vote, sbb sape yg predict betul leh menang blackberry..takde rezeki takde rezeki

apa pun, aku mmg puasa hati lah..kan betul aku kata lagu tu catchy gile, rasa nak berkawad bile dengar, semangat sangat okeh !!

yg kelakar tu, sampai kul 11 lebih aku duk berjalan merata kat internet duk carik sape pemenang sbb web hotfm lsg tak update psl tu, sakit hati aku

kul 3am, aku dpt msg daripada ina..

" jue mesti ko suka kan faizal tahir menang lagu 1 malaysia"

rupanya maxis bengong ni lembap antar msg aku, ina kata dia send msg kat aku kul 8 lebih lps tv3 announce sape pemenang lagu 1 malaysia tu..ni lah bahana klu tak tgk berita, aku layan internet, H layan game..huhuhu~

apa pun thanks ina, ko tetap org pertama yg bgtau aku, klu bukan sbb ko, sure aku tak tau lagi :D


p/s : no wonder org duk masuk blog aku tru google search 'lagu 1 malaysia - audi mok'

Wednesday, September 02, 2009

Kek Batik

Dah lama gile tak buat kek batik ni, aku dpt resepi ni afzan yg bg masa zmn skolah dulu..tp tadi aku buat main igt2 gitu je la, mana ada kitab resepi pun heh..mujur la menjadi jugak..fuhh

sila guna biskut marrie putih utk
mendapatkan tekstur yg menarik

Celcom Broadband Prepaid Vs Celcom Broadband Postpaid

* Hanya merupakan pendapat peribadi sahaja

Speed : tak terasa bezanya walaupun prepaid 384kbps / postpaid 3.2mbps
Connectivity : prepaid / postpaid kadang2 terputus jugak
Cost : prepaid RM20/week, postpaid RM98/month
Coverage : dua2 pun bagus


selepas seminggu test kedua2 sim card, tadi aku dah gi terminate yg postpaid tu..duit boleh refund balik sebab terminate dlm tempoh seminggu, tp lmbt sket lah dpt duitnya sbb celcom akan hantar cek ke rumah

Tuesday, September 01, 2009

Mee Chalong

mcm tak berapa nak menjadi rasa dia..tak sedap sgt..huhuhu~ tapi bedal je la makan..tak baik membazir kan (ayat sedap hati sendiri namanya tu)

nasib H tu tak byk songeh, dia tu cuma jangan terlebih masin je, kurang rasa takpe, klu terlebih rasa nnt kena la 'tegur' :p

bebola tu dibuat dengan isi ikan
isi ikan dikisar dan dibentuk bulat2