Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Friday, August 21, 2015

Surah-Surah Pilihan Untuk Ibu Mengandung

Kredit : LuvIslam92


Quran MP3 boleh di download di sini:



Surah Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan

Surah Maryam
Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

Surah Luqman
Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa

Surah Yusuf
Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak

Surah Hujurat
Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati

Surah Yasin
Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

Surah At-Taubah
Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat

Surah An-Nahl
Untuk melahirkan anak yang berdisiplin


*Semoga bermanfaat

Thursday, August 13, 2015

Elizabeth Tan feat. Faizal Tahir - Setia

Sesapa nak lagu ni boleh email acik ye ;)

innueclanz[at]gmail.com


Selamat pagi sayangku

Apa khabar dirimu?

Maafkan andai mengganggu lenamu



Andai pernah melukakan

Maafkan ku tak sengaja
Harus kau dan aku selalu bicara



Kau tahu kau satunya

Ku mahu kita selamanya



Kau dan aku

Mungkin tak sempurna
Kau dan aku
Tahu takkan mudah



Kau dan aku

Mahukan sempurna
Kau dan aku
Mengharap bahagia



Setia aku

Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu



Andai hatimu berubah

Pasti ku cuba fahami
Tetap ku melangkah terus berani



Kau tahu kau satunya

Ku mahu kita selamanya



Kau dan aku

Mungkin tak sempurna
Kau dan aku
Tahu tak semudah



Kau dan aku

Mahukan sempurna
Kau dan aku
Mengharap bahagia



Setia aku

Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu



Terima seadanya

Perbezaan kau dan aku
Biarpun apa saja
Ku percaya kau setia



Kau dan aku

Mengharap bahagia



Setia aku

Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu



Setiaku demi dirimu

Setiaku hanya padamu



Selamat pagi sayangku

Apa khabar dirimu?

Sunday, August 02, 2015

Majlis Raya IT 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Majlis Hari Raya 2015 Jab. IT berjalan lancar. Alhamdulillah jemputan dapat dipanjangkan ke semua Jabatan termasuk Cleaner & Security. Makanan mencukupi malah berlebih. Bak kata orang rasa sorang sikit.

Majlis meriah. Silih berganti tetamu jabatan lain datang. Cuma yang datang waktu peak pukul 12pm tu mungkin rasa x selesa sebab tempat makan terhad. Apa pun terima kasih sudi datang memeriahkan majlis.

Rasa best bila ramai tetamu mai.

Persiapan raya. Tahun ni 'rare' sebab xpenah2 lah deco raya ktorg buat lepas raya. Huhu~ mmg bulan puasa semua mandom.



Punya gigih siap buat props untuk photo booth



Geng IT bila bergambar. Macam2 ragam baq ang



Pelbagai jenis juadah. Ada yang order katering dan ramai jugak yang bawak pot luck. Aku bawak nasi lemak Terengganu. (Nasi lemak lauk ikan tongkol). Bukan acik buat, nekma buat. Huhu~ TQ nekma



Sesi ucapan aluan daripada Ketua Jabatan. Sesi bergambar satu jabatan. Sesi bersalam dan sesi bagi duit raya. Yeaaaa!!



Makan time!!!


Hasil kerja tangan Geng IT: kartun- abg shuk, deko2 lain adalah hasil kerjasama semua gengIT dan JPTm. Terima kasih semua!!




posted from Bloggeroid

Thursday, July 23, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Ramadhan dah berlalu dan alhamdulillah Syawal pun menjelma. Cumanya bagi aku raya kali ni seakan hambar dan tak best je.

- Xde gambar raya yang semenggah

- Xde gambar raya dengan family sendiri

- Xdapat beraya lengkap dengan mak abah & adik beradik sebab ada separuh raya sana, separuh raya sini. Haish xbest sungguh

- Xde gambar raya dengan family mertua

- Cuti raya yang pendek sebab suami 'offer diri' bila xde orang nak keje lepas raya di unit dia

- Xde sempat berjalan raya memana pun


Kesimpulannya keriangan syawal yang diidamkan tak menjelma pun. Best je tengok timeline kekawan di fb penuh dengan gambar2 sefamily, gambar2 bercuti, gambar2 kegembiraan. Xde rezeki kami untuk beraya sakan tahun ni nampaknya.  Tapi xpe.  Syawal kan sebulan.  Nanti kita qada 😅

Apapun Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin semua!










posted from Bloggeroid

Monday, June 22, 2015

Alahan Mengandung

Assalamualikum.

Betul lah apa yang sering sahabat² selalu perkatakan.

"Lain anak lain alahnya jue"


Hurm betul lah tu.  Kadang tu ada jugak aku cakap dkt Jeri takut la nak beranak.  Motip habaq dkt jeri?  Sebab bini dia pun mengandung jugak.  Lagipun dah Jeri tu duk sebelah meja aku je, pusing² muka dia, huhuhu~  Bini dia alah lagi dasyat pada aku, makanya aku patut bersyukur dengan ujian yang baru ciput ni ha.

Tapi kalau nak dibandingkan dengan masa mengandung Izz Fahim dulu.  Memang kali ni agak kuat alahnya.
  • Muntah bukan pagi je, tapi bila² masa sekiranya perlu =)  
  • Perangai masya allah.  Banyak nak kena ubah.  Asyik bad temper aje.  Hanya melibatkan orang-orang tertentu sahaja pulak tu.  Asal tengok muka rasa hangin, asal dengar suara je rasa hangin.  Astagfirullah
  • Buat masa sekarang, agak memilih makanan.  Selalunya tak kena dengan tekak.  Ikan masin dengan nasi putih panas tu kira dah paling best.

Apa pun tu baru ujian kecik Allah bagi.  Semoga lil baby di dalam sana sihat hendaknya.  Semoga mommy dipermudahkan bersalin, dipermudahkan berpantang, dipermudahkan menjaga dan membesarkan lil baby.

Ada jugak aku cakap dengan Hairul semoga lil baby ni senang macam Izz.  Tapi betullah apa yang Hairul cakap.  Lain anak lain bahagiannya untuk kita.  Semoga aku beringat untuk tidak membeza-beza kan mereka.  Setiap apa yang Allah bagi tu adalah ujian.  Senang jaga pun ujian, susah nak jaga pun ujian.

Syukur Allah bagi peluang kali kedua.  Di bulan yang mulia ni, semoga sahabat-sahabat turut menerima apa yang dihajati.  Allah akan kabulkan permintaan kita cuma cepat atau lambat sahaja yang kita tak tau.  Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua.  Ameen