Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Sunday, August 02, 2015

Majlis Raya IT 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Majlis Hari Raya 2015 Jab. IT berjalan lancar. Alhamdulillah jemputan dapat dipanjangkan ke semua Jabatan termasuk Cleaner & Security. Makanan mencukupi malah berlebih. Bak kata orang rasa sorang sikit.

Majlis meriah. Silih berganti tetamu jabatan lain datang. Cuma yang datang waktu peak pukul 12pm tu mungkin rasa x selesa sebab tempat makan terhad. Apa pun terima kasih sudi datang memeriahkan majlis.

Rasa best bila ramai tetamu mai.

Persiapan raya. Tahun ni 'rare' sebab xpenah2 lah deco raya ktorg buat lepas raya. Huhu~ mmg bulan puasa semua mandom.



Punya gigih siap buat props untuk photo booth



Geng IT bila bergambar. Macam2 ragam baq ang



Pelbagai jenis juadah. Ada yang order katering dan ramai jugak yang bawak pot luck. Aku bawak nasi lemak Terengganu. (Nasi lemak lauk ikan tongkol). Bukan acik buat, nekma buat. Huhu~ TQ nekma



Sesi ucapan aluan daripada Ketua Jabatan. Sesi bergambar satu jabatan. Sesi bersalam dan sesi bagi duit raya. Yeaaaa!!



Makan time!!!


Hasil kerja tangan Geng IT: kartun- abg shuk, deko2 lain adalah hasil kerjasama semua gengIT dan JPTm. Terima kasih semua!!




posted from Bloggeroid

Thursday, July 23, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Ramadhan dah berlalu dan alhamdulillah Syawal pun menjelma. Cumanya bagi aku raya kali ni seakan hambar dan tak best je.

- Xde gambar raya yang semenggah

- Xde gambar raya dengan family sendiri

- Xdapat beraya lengkap dengan mak abah & adik beradik sebab ada separuh raya sana, separuh raya sini. Haish xbest sungguh

- Xde gambar raya dengan family mertua

- Cuti raya yang pendek sebab suami 'offer diri' bila xde orang nak keje lepas raya di unit dia

- Xde sempat berjalan raya memana pun


Kesimpulannya keriangan syawal yang diidamkan tak menjelma pun. Best je tengok timeline kekawan di fb penuh dengan gambar2 sefamily, gambar2 bercuti, gambar2 kegembiraan. Xde rezeki kami untuk beraya sakan tahun ni nampaknya.  Tapi xpe.  Syawal kan sebulan.  Nanti kita qada 😅

Apapun Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin semua!










posted from Bloggeroid

Monday, June 22, 2015

Alahan Mengandung

Assalamualikum.

Betul lah apa yang sering sahabat² selalu perkatakan.

"Lain anak lain alahnya jue"


Hurm betul lah tu.  Kadang tu ada jugak aku cakap dkt Jeri takut la nak beranak.  Motip habaq dkt jeri?  Sebab bini dia pun mengandung jugak.  Lagipun dah Jeri tu duk sebelah meja aku je, pusing² muka dia, huhuhu~  Bini dia alah lagi dasyat pada aku, makanya aku patut bersyukur dengan ujian yang baru ciput ni ha.

Tapi kalau nak dibandingkan dengan masa mengandung Izz Fahim dulu.  Memang kali ni agak kuat alahnya.
  • Muntah bukan pagi je, tapi bila² masa sekiranya perlu =)  
  • Perangai masya allah.  Banyak nak kena ubah.  Asyik bad temper aje.  Hanya melibatkan orang-orang tertentu sahaja pulak tu.  Asal tengok muka rasa hangin, asal dengar suara je rasa hangin.  Astagfirullah
  • Buat masa sekarang, agak memilih makanan.  Selalunya tak kena dengan tekak.  Ikan masin dengan nasi putih panas tu kira dah paling best.

Apa pun tu baru ujian kecik Allah bagi.  Semoga lil baby di dalam sana sihat hendaknya.  Semoga mommy dipermudahkan bersalin, dipermudahkan berpantang, dipermudahkan menjaga dan membesarkan lil baby.

Ada jugak aku cakap dengan Hairul semoga lil baby ni senang macam Izz.  Tapi betullah apa yang Hairul cakap.  Lain anak lain bahagiannya untuk kita.  Semoga aku beringat untuk tidak membeza-beza kan mereka.  Setiap apa yang Allah bagi tu adalah ujian.  Senang jaga pun ujian, susah nak jaga pun ujian.

Syukur Allah bagi peluang kali kedua.  Di bulan yang mulia ni, semoga sahabat-sahabat turut menerima apa yang dihajati.  Allah akan kabulkan permintaan kita cuma cepat atau lambat sahaja yang kita tak tau.  Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua.  Ameen  

Thursday, June 18, 2015

Tips Cari Pengasuh / Babysitter

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah nak masuk 2 bulan lebih hantar Izz ke pengasuh.  Tapi jangan tak tau, baru 2 bulan lebih je hantar tapi dah 2 pengasuh nih.  Memang nak cari pengasuh yang ok tu susah, tapi kita cuba la cari yang sehabis baik sebab kita seolah menggadai keselamatan dan nyawa anak sendiri nih :(  

Kebiasaannya parents akan ada instinct yang kurang enak, tapi siapa lah kita untuk percaya kepada instinct kita semata.  So kena la disusul dengan bukti² lain jugak baru kita boleh kata pengasuh tu bukan lah yang sesuai untuk anak kita.

Ni antara tips mudah yang mungkin boleh diguna pakai untuk para ibu bapa yang baru nak start hantar anak ke pengasuh macam aku.  Aku cuba compare situasi anak aku dengan pengasuh 1 & pengasuh 2.


  1. Bagi tempoh kepada anak serasi dengan pengasuh
    Pengasuh 1 - Dah hantar masuk minggu ke-2 tapi Izz nampak sangat sedih dan terpaksa.
    Pengasuh 2 - Masuk hari ke-3 Izz bunyi "ek" sekali je, tapi gerak tubuh rela je diambil pengasuh.
  2. Reaksi anak masa kita ambil selepas waktu kerja
    Pengasuh 1 - Meronta dan menangis bila nampak kita.
    Pengasuh 2 - Meronta excited je nak balik, tak menangis langsung tapi sengih ada lah.
  3. Keadaan Fizikal anak
    Pengasuh 1 - Lepas seminggu, celah bontot Izz merah.  Kebetulan Izz demam so almost 2 weeks aku tak hantar.  Tapi bila hantar semula, ambik masa 2 hari je bontot Izz merah semula
    Pengasuh 2 - Baru hari ke-4 dan semuanya nampak masih ok.  Mudah-mudahan ok berterusan hendaknya.
  4. Anak diambil dalam keadaan bersih
    Pengasuh 1 - Mungkin sebab dia jaga ramai, dan Izz dimandikan agak awal.  Tapi tiap kali ambil Izz memang tak pernah wangi.  Selalunya hanyir
    Pengasuh 2 - Alhamdulillah nampak bersih, rapi dan wangi
  5. Komunikasi dengan pengasuh
    Pengasuh 1 - Kita rasa macam susah untuk bertanya tentang keadaan anak kita.  Dan biasanya kalau tanya, jawapan yang diterima hanya OK.
    Pengasuh 2 - Kita bertanya, dia dengan senang hati bercerita keadaan anak kita.

Tu antara tips-tips penting yang aku praktik kan sekarang.  Semoga pengasuh 2 ni dapat jaga Izz dengan baik dan berpanjangan.  Nak cari pengasuh memang sangat-sangat susah sampai rasa macam nak berhenti kerja je jaga anak.



memunggah memang kegemarah dia lah -..-


Semoga anak mommy terus membesar dengan sihat

Friday, May 15, 2015

Rezeki Tahun 2015

Alhamdulillah syukur Allah bagi peluang untuk melihat double line untuk kali kedua. Betul-betul Izz fahim setahun aku disahkan mengandung 5 minggu. Sekarang ni baru masuk minggu ke-8.  Masih terlalu awal dan semoga dipermudahkan dan rezeki mengandung berpanjangan sampailah bersalin nanti. Ameen.

Sesungguhnya rahmat Allah itu luas. Dia Maha Mengetahui ke atas segala-galanya. Dikala hambaNya rasa terikat dengan pelbagai masalah kehidupan Dia 'cuit' kita untuk dekat padaNya. Dikala hamba alpa dengan kegembiraan Dia 'cuit' kita untuk jangan melupaiNya.


Allah Maha Besar. Terasa sangat kerdil dengan amalan yang terlalu sedikit untuk dihitung ini berbanding dengan hadiah yang Engkau sering beri Ya Allah.


Semoga akan sampai hajat dan rezeki pasangan-pasangan lain Ya Allah. Yakinlah bahawa rencana Allah itu tersangatlah sempurna.


**Mommy Daddy kena keje lebih kuat cari duit lebih lepas ni (^_^)V



First time teman mommy checkup