Amir Chalet & Fishing Corner
Kampung Baharu, 32200 Sitiawan, Perak
Tempahan Chalet : 0182245847 Syafiq
Assalamualaikum.
Setelah setahun lebih kami sekeluarga tak bercuti ke mana-mana, Alhamdulillah tahun ni kita mulakan dengan trip jiran ke Chalet Amir. Kalau ke sini memang tak sah lah kalau bukan trip memancing. Sangat teruja nak ke tempat baru, chalet atas air pulak tu.
Alhamdulillah trip jiran berjalan lancar pada 12-13 Januari 2019 yang lepas. Sebab pertama kali ke situ jadi kami cuma sewa chalet untuk 2 hari 1 malam sahaja. Recce tempat orang kata :) Nanti senang nak datang lagi. Kami pergi dengan jiran depan rumah (Jeri sekeluarga). Dia memang pemancing tegar. Lokasi ni pun dia yang cadangkan.
Untuk chalet pula kalau tak silap ada disediakan dalam 5-6 buah chalet. Harga chalet untuk satu malam bermula dari RM130, RM140, RM180, RM200, RM250. Semua chalet dilengkapi dengan penghawa dingin. Cuma chalet RM180 ke atas sahaja disediakan peti sejuk.
Secara keseluruhan lokasi ni sangat cantik dan sesuai untuk memancing. Cuma takde rezeki kami nak dapat ikan besar. Cuma dapat ikan kecik-kecik aje. Tu pun 3 ekor aje. Tapi ketam kami dapat banyak. 5 bento ketam diletakkan sepanjang kami di sana. Umpan untuk ketam pulak Jeri guna kepala ayam.
Jom layan gambar sepanjang kami di sana.
Jalan masuk ke Chalet Amir. Ada lorong kecil tepi Balai Polis
Ada jeti kecil di Kg. Baharu tu
Permandangan sekitar jeti. Cantik viewnya.
Deretan chalet yang disediakan di Chalet Amir
Kami pilih rumah yang berharga RM250. Ada 2 bilik dilengkapi bilik air. 1 bilik ada bilik air di dalam bilik manakala bilik satu lagi bilik air di luar bilik. Dalam setiap bilik ada 1 katil queen dan 1 katil double decker. Juga dilengkapi dengan aircond dan 1 tv kecil. Sejujurnya condition chalet ni sedikit kotor terutama di bilik air. Makanya pesanan ringkas sila bawa clorox untuk cuci sikit-sikit sebelum guna bilik air. Phew. Huhu~
Jom memancing. Masa kami pergi ni air mati. So arus air tenang jelah.
Alhamdulillah ketam dapat banyak. Size kecil sahaja.
Permandanga. Di waktu pagi. So breathtaking.
Bergambar wajib dengan jiran
Hasil tangkapan. Sedap. Buat goreng tepung je pun. Ngee~