Assalamualaikum,
Bulan-bulan kebelakangan ni banyak takde rezeki. Yelah bila dah tertulis tu 'bukan' hak kami haruslah diambil 'zakat'. Fikir gitu jelah dan mudah² bulan² mendatang dimurahkan rezeki. Ameen~
Bermula dengan balik kampung bebaru ni, kena saman sebab parking di belah yang salah. Kitaorg parking di bahu kanan jalan dan katanya boleh parking di bahu kiri jalan sahaja. Dan kereta yang ada saman tu plat W walhal yang parking di bahu kanan jalan depan ktorang berlambak..Takpelah, cepat² buang buruk sangka tu walaupun otak dah tensen jugak bila tengok semua plat W je yang kena. Haish takde rezeki. Melayang RM100.
Ke Kuantan pun kena saman parking gara² pekerja hotel kata boleh parking di situ (parking depan hotel) sebab dia kata hari ni cuti tak perlu bayar parking. Alih² nak keluar makan tengok terselit surat saman parking. Haish. Mujur RM10 je. TQ Amoi tolong pegi bayarkan saman parking.
Semalam pulak sampai surat saman di rumah kena speed trap. H tu bukan jenis bawak laju okey sebab dia jenis menengok papan had laju tu, so macam kelakar jelah bila kena saman. Seingat dia jalan tu had laju 90. H bawak 87km/j dan teka jalan yang kitaorg kena saman tu had laju cuma 60!! Haish kesian laki aku kan. Takde rezeki lagi dan melayang RM150.
2 hari lepas Omot dah start miang dan mengiau tanpa henti. Kesian sangat. Dalam hati menyesal pun ada bila bawak pegi spay di Klinik yang doktornya muda nih. Hari tu dah bawak spay dan spend almost RM200++ dan doktor cakap rahim Omot ada sebelah je, sebelah lagi tak berapa clear. Tetap kitaorg kena charge penuh. Ok takpe bersabar. Tapi bila Omot dah jadi camni, nak bawak lagi ke klinik dan buat surgeri takkan kena bayar penuh lagi? Dari semalam call doktor nak tanya pasal caj tu tapi tak dapat-dapat. Aduhai memang takde rezeki. Kalau doktor cakap full charge aku bawa pegi klinik lain je la. Serik!! Yang menanggungnya si Omot tak tau, kesian dia tidor ke mana makan ke mana dan yang stressnya aku :( sebab kesiankan Omot.
Memanglah takde rezeki..hurmmmm~
2 comments:
jangan lupa rezeki yang dapat
alhamdulillah
Insha allah xlupa rezeki yang diperolehi
Post a Comment