Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Wednesday, February 26, 2014

Dugaan Kecil

Keadaan sekeliling terutama perangai rakan sekerja yang ntah hape2 dengan terpaksa hadap kerja dia pulak sebenarnya ujian sangat buat aku. 

Sape la yang tak marah, gaji ko beribu-ribu tapi ko senang lenang xpayah buat keje kan.  Setiap kali mikir bole buat aku naik darah lah.  Ntah bila manusia macam tu nak berubah pun tak tahu.  Ok fine mmg gitu perangai dia.  Tapi untung banyak lah eh.  Buat perangai sengal, gaji jalan, keje orang lain buat.  Bahagianya hidup. 

H pesan tolong lah jaga diri jangan sampai terkenan dekat baby.  Peringatan tu pun buat aku stress.  Sbb hari2 aku yg kena hadap manusia ni.  Ya Allah dugaannya.  Apa lah nasib!!

Tuesday, February 25, 2014

Masak & Makan Birthday Abang

Sempena birthday H ahad lepas, makanya aku pun masaklah lauk fav sepanjang zmn dia - Sambal Sotong.  Kekonon masak penuh kasih sayang almaklumlah xde bg hadiah thn ni. Huhu~

Pastu kebetulan Nono balik rawang sbb rindu kekucing & Nono belanja kek SR choc indulgence.  Nyums~ TQ Nono.

Alhamdullah masak simple2 aje tapi kenyaaaang smp ke malam.

Sunday, February 23, 2014

Selamat Hari Lahir Yang Ke-32 Sayang

23/2/2014

Happy birthday abang! Semoga dipanjangkan umur dan terus dimurahkan rezeki hendaknya.

Xde hadiah tahun ni..huhu~
Sorry sayang!

Monday, February 17, 2014

Arjuna Beta - Fynn Jamal

H suke lagu ni.  Dia ni memang jiwa sentimental sikit la kan.  Genre muzik aku ni ikut musim.  Kadang layan lagu leleh, kadang lagu keras.  Tapi lagu ni agak touching lah tambah² bila bakal nak menjadi ibu/parents.

Aku ada kawan yang anak dia tak berapa sihat.  Dan bila tengok dia, aku sangat kagum kerana dia suami isteri sangat kuat.  Memang bila dugaan datang kita kena kuat tapi diorang ni pendorong untuk aku selalu berfikir panjang dan melihat setiap sesuatu dari sudut yang positif.  


Semoga Wani & Suami akan terus tabah menghadapi sebarang dugaan yang mendatang.  Sesungguhnya ramai yang mendoakan kalian.




Takkanku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur...
Datang petir menyambar
Jengking dan ular...
Bonda takkan berundur

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja...
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa...

Kan ada satu ketika...
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata...
Ambil yang sarat duri

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada...
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa...
Bonda memujukmu anakanda

Hiduplah Arjuna beta...
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada...
Takkan engkau tercela

Nyamanlah Arjuna beta...
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa...


Kredit lirik : Lirik Arjuna Beta

Friday, February 14, 2014

Pakej Bersalin di Gombak Medical Center (GMC)

Assalamualaikum.

Sekarang ni duk belek2 pamphlet pakej bersalin di GMC.  Semua nampak menarik je.  Mudah2an dipermudahkan semuanya.  Ameen~

Perasaan waktu ni sangat2 lah nervous.  Haish xtau nak cakap macam mana.  Mcm2 berlegar di fikiran daripada sakit contraction sampai lah ke penjagaan anak.  Risau.  Ke aku yang over fikir.  Chill sudah lah kan.  Aduhai~

Setiap bulan aku follow up dengan Dr. Hamiza.  Walaupun doktor ni bukan doc pakar tapi aku sangat selesa dengan dia.  Tak lokek kalau ditanya soalan hatta soalan bodoh skalipun.  Alhamdulillah.

Ni lah pakej yang GMC sediakan.

Sunday, February 09, 2014

Alhamdulillah masuk minggu ke 30

Assalamualaikum,

Rasa macam sekejap aje tup tup dah masuk ke minggu 30 mengandung.

 Syukur dipermudahkan semua urusan.  Alahan kategori biasa, berat badan pun tidak bertambah terlalu banyak (sebab memang dah sedia ada besar), selera makan OK, mengidam biasa2 aje.  Pengalaman yang indah yang aku ingat xdapat rasainya.  Syukur alhamdulillah diberi peluang itu.

Ni lah gambar2 menjelang ke minggu 30.  Yang paling ketara adalah hidung membesar bagai johan =)

Saturday, February 08, 2014

Tak Dak Rezeki

Assalamualaikum,

Bulan-bulan kebelakangan ni banyak takde rezeki.  Yelah bila dah tertulis tu 'bukan' hak kami haruslah diambil 'zakat'.  Fikir gitu jelah dan mudah² bulan² mendatang dimurahkan rezeki.  Ameen~

Bermula dengan balik kampung bebaru ni, kena saman sebab parking di belah yang salah.  Kitaorg parking di bahu kanan jalan dan katanya boleh parking di bahu kiri jalan sahaja.  Dan kereta yang ada saman tu plat W walhal yang parking di bahu kanan jalan depan ktorang berlambak..Takpelah, cepat² buang buruk sangka tu walaupun otak dah tensen jugak bila tengok semua plat W je yang kena.  Haish takde rezeki.  Melayang RM100.


Ke Kuantan pun kena saman parking gara² pekerja hotel kata boleh parking di situ (parking depan hotel) sebab dia kata hari ni cuti tak perlu bayar parking.  Alih² nak keluar makan tengok terselit surat saman parking.  Haish.  Mujur RM10 je.  TQ Amoi tolong pegi bayarkan saman parking.


Semalam pulak sampai surat saman di rumah kena speed trap.  H tu bukan jenis bawak laju okey sebab dia jenis menengok papan had laju tu, so macam kelakar jelah bila kena saman.  Seingat dia jalan tu had laju 90.  H bawak 87km/j dan teka jalan yang kitaorg kena saman tu had laju cuma 60!! Haish kesian laki aku kan.  Takde rezeki lagi dan melayang RM150.

2 hari lepas Omot dah start miang dan mengiau tanpa henti.  Kesian sangat.  Dalam hati menyesal pun ada bila bawak pegi spay di Klinik yang doktornya muda nih.  Hari tu dah bawak spay dan spend almost RM200++ dan doktor cakap rahim Omot ada sebelah je, sebelah lagi tak berapa clear.  Tetap kitaorg kena charge penuh.  Ok takpe bersabar.  Tapi bila Omot dah jadi camni, nak bawak lagi ke klinik dan buat surgeri takkan kena bayar penuh lagi? Dari semalam call doktor nak tanya pasal caj tu tapi tak dapat-dapat. Aduhai memang takde rezeki.  Kalau doktor cakap full charge aku bawa pegi klinik lain je la.  Serik!!  Yang menanggungnya si Omot tak tau, kesian dia tidor ke mana makan ke mana dan yang stressnya aku :( sebab kesiankan Omot.  


Memanglah takde rezeki..hurmmmm~

Wednesday, February 05, 2014

Say Something (I'm Giving Up On You)




"Say Something"
Say something, I'm giving up on you
I'll be the one, if you want me to
Anywhere I would've followed you
Say something, I'm giving up on you

And I am feeling so small
It was over my head
I know nothing at all

And I will stumble and fall
I'm still learning to love
Just starting to crawl

Say something, I'm giving up on you
I'm sorry that I couldn't get to you
Anywhere I would've followed you
Say something, I'm giving up on you

And I will swallow my pride
You're the one that I love
And I'm saying goodbye

Say something, I'm giving up on you
And I'm sorry that I couldn't get to you
And anywhere I would've followed you (Oh-oh-oh-oh)
Say something, I'm giving up on you

Say something, I'm giving up on you
Say something...