Alhamdulillah tidur lena & selasa. Cuaca di Langkawi hujan aje. Syukur alhamdulillah sempat naik sky cab semalam.
Memandangkan cuaca hujan yg jenis ssh nk berenti, so ktorg pusing2 pulau, snap gambar sana sini & aktiviti wajib apa lagi JJCM lah \(^_^)/
1. Alhamdulillah hari kedua dimulakan dgn sarapan pagi yg disediakan olrh Baron Hotel, Langkawi
2. Snap gambar pantai di Jalan Penarak. Sayang betul berdekatan dgn area sini ada resort yg terbiar. Luas kawasan tu siap private beach. Huh
3. Pantai tepi Airport. Ada lori kecik nama Laksa Power. Sedap jgk laksa dia mgkn sbb suasana angin sepoi x sudah sudah tu. Laksa biasa RM3. Laksa special mangkuk besar RM6. Rojak pilih2 semua item RM1/pcs. Air RM1/cup
4. Kitaorg pusing pantai Chenang dan fefeeling tourist luar, beli slipar sbb kasut rosak kena ujan..huhu~
5. Mencari makam mahsuri tapi terjumpa gerai 'Nasi Dagang Pak Malau' sedap gile!! Sebijik macam mama masak. Rupanya acik tu org kelantan, hubs org selangor tp settle down di Langkawi. Makan sambil menikmati kehijauan dan bukit bukau. Sangat mendamaikan. H siap ajak duk Langkawi, mmg la nak tapi aku xnk jauh dari family :( tu ajer
6. Taman Agrotek Mardi. Tiket masuk RM20 tp kalau ada MyKad cuma RM5 sahaja. Naik trem, pusing2 ladang buah, ada pitstop utk makan2 buah. Ada jual fridge magnet buah2an yg comel gile!!
7. Pantai Pasir Hitam. H ni suke kan kedamaian. So hutan2 & laut2 ni mmg fav place dia lah. Aku pun layan skali main air laut. Maklumlah dh beli selipar kan
8. Kedah Kilang Simen. Tersergam megah. Walaupun aku bkn org Kedah tapi rasa bangga bila tgk kilang tu. Feeling that u cant describe gitu..chewaaah~
9. Perdana Quay. Kat sini banyak org park kapal layar. Dkt area Kuah ada Yatch Club tp area situ xleh masuk aku rasa. Kat sini open area so park kete then u can walk all the way. Serius nyaman dan aman lepak sini. Pasni kumpui duit pegi percutian atas kapal layar plak lah. *mode verangans
Gitulah aktiviti hari kedua ktorg. Balik hotel tido x sedar diri dah
Notakaki: Gambar x tersusun ikut kronologi, xtau la awat apps ni x reti ikut susunan. Pakai tepon jelah kata, pepandai uols la suai kan gambar dgn no. Cerita ye
No comments:
Post a Comment