Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Monday, June 28, 2010

Crave For Waffles

Salam,

Hari ni asyik lapar je (hari-hari pun lapar rasanya..tu yg gemook tu..aduhai jue jue)

Dari petang semalam duk teringat waffle, kan best kalau ada waffle maker..ecececeh, cuba dah ada waffle maker tu nanti, ntah baper kali je try buatnya..

Tapi siyes lah, waffle yg kat tesco Selayang tu mmg sedap..murah lak tu

Tingkat 1 Tesco Selayang


Saje snap, kut korang singgah sini, sila lah rasa


Waffle biasa - peanut butter RM1.50 jer


Waffle Chocolate - RM3.50


Saturday, June 26, 2010

Happy 49th Birthday Mama 26-6-2010

Happy 49th Birthday Mama 26-6-2010

Friday, June 25, 2010

Dating Wif The Girls Updates


Salam,

Selamat dah kitaorang dating time lunch tadi ;) sangat bestttt!!!! Dapat melepaskan rindu..bercakap je non-stop..hehehe~

Tadi lepak dkt Madam Kwan's, berbual dari kul 1pm gitu sampai kul 2.30 kut..terkocoh2 aku balik ke ofis sbb si kikin pesan, jue nak hujan ni, dah gelap kat luar..huhuhu~

Sue & Syira



Sue nak sgt makan nasi lemak madam kwans ni

Aku pilih char koey teow

 

Syira pilih mee apa ntah namanya



Sue kata next outing mungkin bulan puasa atau raya lah kut.. insyaallah..
next time Ina kena join kita jugak!!
*updates (gambar dari kamera sue..TQ Sue!!)






Dating Wif The Girls

Salam,

Plan nak dating ngan si Sue & Syira lunch nanti kat pavilion..Dah lama gile aku tak jumpa diorang ni, last aku jumpa si sue masa Birthday Anak Dia last year..Si syira pulak last jumpa masa anak pertama dia..skrg dah beranak dua dah haih :D hehehe~

Cant wait to see u girls!!

Thursday, June 24, 2010

Sessi Menziarah Ali Imran

Salam,

Kronologi kes ni ^_^

  • Isnin - Ali tak dpt dikesan, end up dapat tau dia MC
  • Selasa - Terjumpa dia kat ofis pagi, tapi muka merah padam..katanya nak balik umah dah ni
  • Rabu - MC
  • Khamis - Warded sudaaaa~

Suspected Dengue..So skrg dia sedang berehat di Hospital Pusrawi (Caw. mana ntah kat tepi National Library tu)

Kitaorg sempat lah gi ziarah tadi..lenggang kangkung je 4 orang pegi..Aku, Hazri, Syira & Fakri..kira wakit IT lah ;)


Wednesday, June 23, 2010

Super Something - Yuna

Salam,

Hidup mmg penuh dengan suka duka..inilah Pahit Manis Kehidupan..




    You see

    I was nothing more

    Than a girl who wished

    For something different

    watchin her dreams

    From a distance

    You see

    When you came in

    It’s a different game

    You believe in me so much

    You turn me from nothing to a girl

    Who’s super-something

    *chorus

    You’ll see

    I’m better

    I’m faster

    Stronger

    I’m happier

    When you by my side

    (kulalui semua dengan senyuman di wajahku)

    You’ll see

    I’m better

    I’m faster

    Stronger

    I’m happier

    When you by my side

    (ku tempuhi semua kerana engkau di sisi ku)

    The truth is

    I was never more than this

    Something kept me reaching out

    For something

    But my heart is wanting

    What it’s looking for

    Then you came

    You turn me upside down

    I’m no longer afraid

    Of chasing

    Possibilities

    I’ll be the last one standing


Tuesday, June 22, 2010

Selamat Pengantin Baru Amy & Amin

Salam,

Sabtu lepas wedding amy (tapi belah lelaki) dekat Felda Trolak..Aku mmg tak pernah sampai ke situ, ni kira first time lah..mak ngaiii, bole tahan jauh eh..Nasib aku duk sebelah, klu aku yg tukang drive, dah lama aku patah semangat pastu terus patah balik je lagi sbbnya nak sampai ke rumah pengantin tu kena lalu jalan yg kiri kanan kelapa sawit..

Guess what, bukan aku sorang je ala2 nak patah semangat..Si Kikin siap tepon aku tanya betul ke jalan ni? kelapa sawit kiri kanan? aku jawap betul..ko terus jeeeerrr lagi :D

Ni lah sikit gambar yg sempat snap..kamera aku si nono pinjam jadik ni pinjam kamera si ejal..Tak reti sgt aku nak operate kamera org ni..aku main snap je lah..asal ada dari takde lsg..kan kan kan

kikin, diah, suami amy, amy, aku, H







Monday, June 21, 2010

Alhamdulillah, dia OK

Salam,


adik aku si nono nak sgt tgk condition sepupu aku ni,
jadiknya aku paksa patient ni tgk kamera sambil sengih..hehehe

Kalau rujuk entry aku yg sblm ni, kata cuzzy aku eksiden tu kan..alhamdulillah lah dah ok..nampak ok lah sbb patah tulang belakang..not exactly tulang belakang lah aku rasa, minor part je kut..ntah la haih..sbb bukan aku yg diagnose dia..so apa org kata aku haa kan aje lah..

Dia eksiden jumaat, dah x-ray satu badan tp doktor tak decide apa2 lagi sbb tisu2 bengkak..so kena tunggu sampai hari ni..nak scan lagi skali..alang2 sabtu ahad tu takde buat apa2, lepak hospital je kan..so mak dia (makcik aku) mintak izin doktor, bole buat rawatan alternatif tak? then doktor kata boleh..makcik aku ni pun bawak lah dukun urut secara batin..dari dengkil tak silap aku..dah berurut lah 3x..cuzzy aku tu kata masa pak dukun tu letak tangan dia kat belakang badang cuzzy aku tu, bole terasa tulang tu ikut tangan dia..fuhhh!

Alhamdulillah dengan izin allah dah boleh duduk lah cuzzy aku ni..tapi dari segi medical, tunggu result scan hari ni lah camne pulak..kalu ok, bole la kuar hospital awal kut..

Friday, June 18, 2010

Cuzzy Accident

Salam,

Dalam kul 1pm tadi aku dpt call dari makcik aku bgtau cuzzy aku eksiden..skrg dkt hospital selayang...condition tak dapat dipastikan..tapi dengar kata takleh bergerak..elak lori katanya..wallahualam

Pas keje karang kalau sempat aku gi visit lah..

Tuesday, June 15, 2010

Hari / Minggu Yang Suram

Salam,

Gloomy je hari2 aku..sejak kena kerja hari Sabtu, aku rasa mcm takde life..Mmg lah boleh je tak dtg, tp kalu tak dtg keje tak siap pulak :( nak tak nak, aku terpaksa gak la datang..

Jadi nak update blog pun takde benda yg happening sgt, org skrg demam bola piala dunia, tapi aku takde effect apa2 pun..wa talak minat bola lol!

Dah la Monday Nite Laugh pun dah tak best..asyik cite pompuan tua gersang je..menyampah tul, dah tak best mcm dulu (tetiba nak citer pasal rancangan tv kan)


Hujung minggu ni nk gi wedding amy belah husband dia, insyaallah kalau takde aral, TAPI kamera lak takde sbb nono pinjam pegi pentauliahan si pie kat penang..Alah, takde gambar camne nk update blog  :( 

Apa lah aku bebel2 nih kan! hish betul

Saturday, June 12, 2010

Saatnya penalti - (Mohd Jayzuan / Noh Salleh / Bob KU2 / Imran One Buck Short)

Salam,

Aku baru sudah baca status twitter noh (ai kan kipas tak mati noh, hehe) even noh kata awek busuk pun aku takde hal lah :D selagi noh tak kata aku busuk sudaaa..hahahaha~




aku pun apa lagi, terus klik link tu..dan saya sudah donwload ;)

Anda pun download lah skali yer..KLIK SINI

Friday, June 11, 2010

Renungan Jumaat - Mencari Khusyuk Dalam Solat

Salam,

Aku mengaku mmg aku susah nak mendapat kyusuk dalam solat :( dah cuba, sbb tu aku carik dkt internet jugak, mudah2an dengan panduan ni, kita semua dapat peroleh kyusuk dalam solat..Amin

source : http://ohislam.com


1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat
.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Thursday, June 10, 2010

Aku nak padang camni, mana nak carik?

salam,

sejak aku tgk citer ni 3 tahun lepas aku rasa, aku duk terfikir best nya kalau ada padang camtu kat area umah aku ke..uish manyak syiok kan..

sila lah layan lagu, gambar padang tu dah nak last2 aku rasa..huhuhu~



Wednesday, June 09, 2010

Adrenalin by Faizal Tahir

Salam,

Jom kasi up semangat pepetang nih ;)

Layan lagu satu!!



Rangkap satu kata mula pendahuluanku
Salam mula cara kita sejahtera semua

Jangan banyak jangan sikit sederhana cukup
Cara aku cara kamu sama tak serupa

Pandanganku hanya ke langit biru
Sabar menanti kelam berlalu pergi tampil matahari

Berlari laju ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu

Siapa bilang siapa kata bulan itu jauh
Siapa sangka siapa tahu naik turun aku

Pandanganku hanya ke langit biru
Sabar menanti kelam berlalu pergi tampil matahari

Berlari laju ku terbang tinggi
Menuju ke bintang

Kau juga aku bukan tak bisa
Dah jatuh dan bangun semula

Siapa tahu semua tipu benar jadi palsu
Makin dekat makin mahu adrenalin laju

Berlari laju ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu

Berlari laju ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu

Monday, June 07, 2010

HairulWay (Saya plagiat Subway)



Salam,

Sila jangan saman saya ^_^

Inspired by subway, apalagi H pun tunjuklah bakat..Pagi2 dah masuk dapur :D

tapi tang menyediakan bahan dan bakar membakar tu aku yg buat..dia buat tang susun kat roti + sapu n sedia segala dressing tu








So lunchie hari ni aku makan roti..kenyang wokeh!

Sunday, June 06, 2010

Happy 1st Birthday BitterSweetLife

Salam,

Hari ni genap lah setahun blog aku ni http://www.halo-me.blogspot.com, aku dah lama blogging, takde la lama mana..cuma dulu address lain, tp since 6/6/2009 baru aku guna address ni.

Apa pun, Happy Birthday Bitter Sweet Life..aku happy di sini..

Tima kasih pada semua yg singgah, pernah singgah & tersinggah ke sini..korang mmg terbaek!

Friday, June 04, 2010

Bachelorette Party For Amy

Salam,

Bulan ni, salah sorang geng kitaorg akan melangsungkan perkahwinan..so hari ni dia last keje..jadi harus lah dicelebrate hari anak dara (hahaha, aci ke guna term tu)

Cam biasa, aku punya tajuk entry mmg dasar tak serupa bikin..takde la party mana pun, lunch time tadi, together2 berempat pusing2 pavilion je..makan2, gelak2..maklumlah, pasni si amy sure gelak2 siput siput :D klu skrg gelak bukan main mcm kerang..hahaha jgn marah amy

Apa pun, diharap cik Amy tidak berdebar menunggu hari besar ;) All the best !! (aci tak pesan gitu..jahat kan)

*Photo Quality sucks! Adoiii..bila la nak tukar tepon canggih sket nih


gambar candid yg blur giler


Kesian bakal pengantin, dia order air tak sampai2
Gambar bawah kanan tu si kikin tengah tekun nak
hidupkan jam kfc dia dgn garfu??

PARTY LIAR Sheryn & Nizam

Disclaimer : Party ini "TERSANGAT" liar..harap maklum!

Salam,

Dalam bulan 5 ni, 2 org geng kitaorg celebrate birthday..si sheryn (21/5/2010) & nizam (31/5/2010)..jadi kitaorg celeb skali je lah utk diorang dua ni..huhuhu~ sorry geng


So selasa lepas 1 Jun, buat lah party liar kat pantry aku..cam biasa, pantry aku lah pilihan terbaek..org agak kurang..hehehe~

Takde la grand apa sgt, makan pizza & cake je..Alhamdulillah kenyang jugak..



Sheryn & Nizam (single n available ye kawan2-baik budaknya nih)





Tuesday, June 01, 2010

Selamat Bertunang Niza

Salam,

Jumaat lepas sepupu aku bertunang..huu mak ngaiii, boleh tahan jugak grand..khemah 5 bijik okeh..dah kira tahap kawen aku dulu tu..tp takpelah, family dia mmg berada pun..alah, lagipun mak dia nak abis kan ke sapa lagi kan klu tak ke anak2..dak gitu?


Majlis bermula lepas jumaat, tp buat bacaan yassin n tahlil dulu untuk arwah ayah dia (pakcik aku/abang ayah aku) gedebak gedebuk, pas asar gitu sampai lah rombongan lelaki..majlis risik dulu, siap pakai mic ko..aku time tu tengah bersantap..dengar gitu2 je sbb kitaorg (mak, adik2 + suami ku) duk semeja, kitaorg duk menyembang je kan..huhuhu~

Ni je lah sikit gambar yg snap ms majlis tu, gift aku lupa nak snap lah..

ni belah pompuan, baca yassin
aku snap gmbr selepas selesai baca yassin ye, harap maklum


Dari kiri atas : mila (cuzzy) wif paklang (ayah dia) + adik aku (si angah yg baju biru tu)
Dari kanan atas : mom wif aku
Dari kiri bawah : mom, angah & mak lang
Dari kiri tengah : adik yi wif mom
kanan sekali : angah




tak ke mcm kawen tu? amik gambar sesama..apakah?