Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Wednesday, April 05, 2017

Happy 3rd Birthday Izz Fahim

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 4/4/2017 genaplah Izz Fahim 3 tahun.  
Semoga terus diberi kesihatan yang baik-baik.

Dah banyak perkataan bercakap dan dah banyak akai jugak.

Terima kasih maklang belanja Aim KFC :D








Saturday, February 11, 2017

Syukur Alhamdulillah Pengasuh Dah Dapat

Alhamdulillah syukur.  Dah dapat Babysitter.  Semoga urusan anak-anak dengan BS baru dipermudahkan.  Seperti mana Allah permudahkan urusan anak2 dengan BS sebelum ni.

Sampai saat ni Fahim belum boleh terima yang mama iza dia nak pindah.  Aku cuba juga slow talk bagitau kata lepas ni Fahim tak pi rumah mama lagi dah.  Tapi dia buat cakap kuat2 dan xnak dengar apa yg aku cakap 😔  Belum lagi Ayden yang bukan main melekap dengan ayah (suami Iza).  Over ok mengalahkan si Hadif plak mu deng!

Kira selesai lah satu bab sebab dah dapat pengasuh. Tinggal 1 bab lagi pasal haluan kerja aku dan H dah x sama.  Makanya next week aku kena reschedule travel time aku supaya dapat sampai office sebelum 8.15am.  Otak tak berapa nak hadam sangat lagi ni.  Nak kena naik komuter then ambik monorel then kena berjalan ke office.  Oh my.  Penatnya.  Ingat hala ke tua dah xde kena macam ni.  Dugaan tu nak datang sekelip mata je. 

Tolong doakan acik kuat nak hadap segala benda ni.  Eee fikir pun stress.  Tak suke lah!! 🙁

Friday, February 10, 2017

Sepetang di Taman & Birthday Hadif

Assalamualaikum.

Alhamdulillah cuaca petang semalam cantik je.  Dapatlah Izz Ayden pi main kat taman jap.  Sebelum balik rumah kitaorang singgah rumah BS jap.  Nak spend time sesama.  Kebetulan plak birthday si Hadif.  Ada lebih kurang seminggu je lagi  bebudak ni dengan BS.  

Semoga dipermudahkanlah urusan kami berdua. Ameeen

#babysittertakdapatlagini
#macamtaksempatsampaiofis

Stress!!











Thursday, February 09, 2017

Serabutnya Nak Cari Pengasuh

Bukan senang nak dapat BS yang baik, jaga macam anak sendiri, tak berkira macam BS sekarang tapi 'jodoh' tak panjang pulak.

Baru nak rasa lega selepas bermacam2 yang anak2 terpaksa hadapi dengan previous BS, dah BS ni kena balik kampung pulak.  Owner rumah bagi short notice dan kena kosongkan sebelum habis Februari ni.  Serious stress bila kenang anak2.  Kalau tak fikir panjang memang baik berenti je jaga anak sendiri.  Sakit jiwa pun xpe sebab anak depan mata.  The point is tak boleh berenti kerja!! Dah la nak dapat kerja susah.  Interview SPA bagai semua gagal.  Dah tua bangka baru dapat masuk LTAT tu.  Urghh stress.

Skrg ni mana nak cari BS.  BS memang ramai. Tapi nak 'memperjudikan' nasib anak tu sekali lagi.  Kesan pada perasaan Izz Fahim.  Pastu dengan ayden yang xde gigi lepas tu nk makan kena suap sikit-sikit.  Urghh stress lah haih.

Eeee memang stress lah.  Rasa tak leh nak bernafas dah ni.

Wednesday, February 08, 2017

Maka Dugaan 2017 Pun Bermula

Macam tahun lepas jugak bulan Februari lah bermulanya segala dugaan dan cabaran.  Tahun ni pun sama.  Semoga dugaan tahun ni tak berpanjangan.  Harap dipermudahkanlah urusan kami walaupun hati ni sampai macam takleh nak fikir apa lagi dah.

Pagi ni dapat berita H kena transfer ke site lain.  Yang pasti bukan satu hala dengan ofis aku.  Sedangkan aku ni bergantung penuh dengan dia nak ke ofis :(

Pastu petang semalam pulak dapat berita pengasuh terpaksa pulang ke kampung halaman.  Sebelum hujung bulan Februari ni kena kosongkan rumah.  Time tu rasa macam batu timpa kepala je.  Terus teringat Fahim.  Betapa dia sayangkan BS baru ni sampaikan setiap masa dia akan tanya 'esok pergi rumah mama tak'.  Macam mana lah kesannya pada Fahim lepas ni.  Memang time heals tapi ntahlah.  Kesian Fahim =(

Apapun dalam tempoh terdekat ni terpaksalah jugak cari pengasuh.  BS memang ramai tapi nak cari yg boleh jaga macam anak sendiri tu yang susah.  Dugaannya lah.

Rabbi Yasir Wala Tu'assir