Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Monday, October 26, 2015

Set Berpantang Pilihan

Assalamualaikum.

Inshaallah kali ni nak beli set berpantang Alfiat. Dulu beli Amway. Tapi entah lah, xrasa best. Makanya dapat disimpulkan bahawa kalau orang cakap set tu best belum tentu dengan kita set tu jadi best. Harga mahal xmelambangkan ke-best-an set tu.

Maka untuk kali ni akan beli set Alfiat. Harga sangat mampu milik untuk semua para ibu.

Ni lah kandungan dalamnya. Kredit gambar: Google








Nanti bila dah beli setnya kita buat entry bergambar pulak.

posted from Bloggeroid

Sunday, October 18, 2015

Rezeki Mak Nandung - Tudung AJ Free

Alhamdulillah tulah orang kata rezeki. Memang duk berkenan la design tapak kaki kucing a.k.a cat safari tu. Tapi rata-rata orang jual mahal even preloved je pun. Haish.

Tapi rabu lepas datang keje kikin kata kakak dia ada kirim tudung. Mak nandung rasa nak lompat bintang je. Terima kasih banyak-banyak AIN. Girang tak terkata.





posted from Bloggeroid

Saturday, October 17, 2015

Bestnya Kalau Dapat Bercuti

Bila badan penat pastu dah letih hadap suasana rumah yang serupa itu je memang best kalau dapat pergi bercuti. Tengok laut ke, hirup udara hutan ke, makan seafood ke.

Tapi nampak gaya memang xdapat la. Dengan ekonomi diri sendiri yang agak merudum tahun ni so memang xmerasa lah jawapnya.

Bestnya tengok orang jalan-jalan bercuti. Haish!!


Mode: Hormon mengandung yang tak stabil

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 14, 2015

Tahniah Bi

Alhamdulillah Isnin lepas selesai sudah Majlis Graduasi adik bongsu aku. Diploma Fisioterapi RCMP Unikl Ipoh. Majlis dibuat di PICC Putrajaya. Memandangkan hanya 2 orang yang bole masuk dewan pastu adik aku kata bukan ada orang meniaga pun. Makanya mama dan Nono jela wakilkan.

Rasa macam baru je lagi sekeluarga hantar dia ke Ipoh. Baru tak baru lah jugak mengantar tu tahun 2012.

Alhamdulillah tahun ni selesai konvo. Buat masa ni dia belum berminat nak sambung dan dia nak kerja. Dah kerja dah pun tapi bukan lah bidang fisio. Tak kisah lah kan. Janjinya kerja dan mendatangkan duit.

Tahniah bi!!

Masa tahun 2012




Ni masa konvo Isnin lepas 2015












posted from Bloggeroid

Tuesday, October 13, 2015

Rasa Tak Best Bila

Rasa tak best bila time-time sarat ni suami terpaksa kerja lebih masa & time cuti pun kene kerja =(

2,3 hari ni xpe lah kebetulan mama ada di rumah. Bole tolong jagakan Fahim. Adoi bayangkan lepas mama balik rumah dia hujung minggu ni.

Dah la kerja en suami ni akan berterusan sampai bulan Disember. Mampuih lah acik sorang. Dengan saratnya dengan nak menjaga Izz Fahimnya..

Huwaaaaa~ xsanggup nak bayang. Sekarang ni pun dah xlarat gile2 kot kalau suami xbantu.


Haish lah. Sila lah bertabah mommy!! (Kata-kata semangat untuk diri sendiri)

posted from Bloggeroid