Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Wednesday, February 04, 2015

04102015 Selamat 10 Bulan Muhammad Izz Fahim Rizqi Mohammad Hairul

Alhamdulillah syukur dah 10 bulan Izz sekarang.

Progress setakat ini;

1. Masih belum boleh berjalan. 

Tapi sejak 9 bulan dah ada yang menanya dah bole jalan ke? Pastu sendiri jawap Oo mgkn sebab lelaki, berat so lambat sikit lah berjalan.  Ermm padahal hasil survey rata2 anak kawan2 aku paling cepat pun berjalan masa umur 11 bulan.  Mungkin anak dia berjalan masa umur 9 bulan kut.


2.  Memilih
Mommy adalah pilihan pertama kemudian baru orang lain.  Kalau dia xnampak mommy elok je x meraung pong!! Haiya


3.  Kerap demam
Lately sejak masuk 8 bulan macam kerap pulak demamnya.  Almost every month.  Harapnya demam tu dapat bina antibodi yang kuat dalam badan dia

4.  Belum bole memanggil nama
Macam dulu jugak.  Perkataan yang bole dia sebut.  A-bah, ma-ma.  Atau kalau dia nk panggil dia akan ala2 mendengus tu dengan bunyi huh! Huh! Gitu la lebih kurang.

Semoga terus membesar dengan sihat ye anak mommy daddy!!


Wednesday, January 28, 2015

Wordless Wednesday - Cinta Hati


Mohammad Hairul & Muhammad Izz Fahim Rizqi

Monday, January 26, 2015

#TripJiran Aktiviti Memancing di Kolam Pancing Berbayar Perpat Resort

Lokasi :
Kolam Pancing Berbayar Perpat Resort, Kapar, Klang

Yuran :
RM 20 / Joran
*Ikan boleh bawa balik


Alhamdulillah trip memancing semalam best.  Dah jadi trip ala-ala berkhelah sambil mancing.  Best! Sangat sesuai untuk aktiviti keluarga.

H dapat ikan sikit aje.  huhuhu~ novice lah katakan.  Tapi Jeri & Adik (anak Jeri) dapat banyak. Besar-besar plak tu.  Target memang nak talapia.  Sebab last time Jeri pergi, ikan yang diorang dapat tu sedap dan tak rasa tanah langsung.

Jom layan gambar jela.  Mungkin nak repeat lagi kut.  Insha Allah.


Lokasi dia luas, ada yang ada bumbung dan ada yang pokok²


Sementara bapa² duk setting si Izz Fahim buat hal sendiri


Para ibu berkhelah sambil tengok bapa² mancing


Alhamdulillah anak mommy ok.  Our 1st outdoor session with Izz Fahim


Next time bole repeat lagi nih!


Hasil tangkapan Jeri, Adik & H tapi H dapat 4 ekoq ja.  heheheh~


Hala balik Kak Shida jemput mai minum petang rumah dia.  Alhamdulillah rezeki

Friday, January 23, 2015

Sarapan Geng IT 2015

Alhamdulillah pembuka makan-makan untuk geng IT tahun ni bermula dengan misi Coq (cucur) Kembong Abg Shuk. Memang dia terer lah buat cucuq ni. Lembut & sedaaap.

Unit IT xbesar sangat dan nisbah staf lelaki lagi ramai pada perempuan. Tapi alhamdulillah semua sempoi dan kepala gila-gila. Pendek kata senang nak masuk lah. So majlis makan2 ni selalunya menjadi aje. Tak banyak songeh bak kata orang.

TQ untuk abang shuk sebab uli dan buat coq kembung. TQ pada Bum sebab buat kuah kari. Alhamdulillah kenyang!!

Tapi bila tengok gambar rasa macam nak lagi!! Huhu

Thursday, January 01, 2015

'Hadiah' 2015


'Hadiah tahun baru'

1. Anak resah gelisah tak nak tidur.  Nak kata kembung perut rasanya tak.  Nak kata demam suhu badan ok.  Mata dia mengantuk tp gelisah ya rabbi.  Pusing kiri pusing kanan pusing kiri pusing kanan.  Kalau tidur pun kira macam terlelap sekejap pastu jaga sambung balik gelisahnya.  Berlanjutan sampai pukul 4 pagi.  Mak pak dah kalah mata zombie.  Ni lah antara dugaan kalau terpaksa travel jauh hari2 untuk pegi keje.  Blk rumah bdn penat gile =(

2. Pukul 5 lebih kaki kena cramp plak.  Sekian lama xkena.  Last masa awal2 mengandung tahun lepas je kena.  Lagi skali terpaksa kejut suami yg baru jgk terlelap lps anak tido tadi.  Dengan mata zombie dan minda separa sedar.  Dia luruskan la jgk tapak kaki ni.

3.  Telefon yg dah berzaman rosak bunyinya tiba2 berbunyi plak hari ni.  Kita tgk jela bape jam je bunyi tu bertahan.  Heh!

Izz br tido ni.  Rasanya  elok lah aku nap sekejap kumpui tenaga.  Kekdah mcm anak sepuluh baq hang!