Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Monday, December 30, 2013

Selamat Pengantin Baru Shanaz & Rai

Alhamdulillah sampai jugak rezeki untuk attend wedding shanaz di Melaka.  Alhamdulillah nasi minyaknya sedaaaap!!

Cantik shanaz di makeupkan oleh adik sendiri MUA Sharhim (bole search di IG - Sharhim-khan)

Selamat menempuh alam perkahwinan.  Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga akhir hayat.  Ameen~

Tuesday, December 03, 2013

Nasi Arab Sedap - Nasi Arab Damsyik, Senawang

Alhamdulillah semalam sempat singgah makan nasi arab.

 So far ini jelah nasi arab yang paling best dengan tekak melayu ku ini. Harga yang sangat berpatutan dan sedap!!

 Menu wajib mesti Nasi Arab + ayam & air Shai ais ( teh o ais campur daun pudina) 

Kalau sesapa yang x pernah rasa, boleh lah cuba makan nasi arab ni.






Published with Blogger-droid v2.0.10

Quick Getaway - Akar Beach Resort, PD

Alhamdulillah ad-hoc plan, lepas Zohor terus ke PD.  Dah la musim cuti skolah, syukur masih ada hotel untuk berteduh.
Best jugak lah hotel ni.  

Lokasi hotel ni adalah di Teluk Kemang.  Pantai belakang hotel ni agak tak ramai orang.  Jadinya sesuai kalau bawa family nak mandi laut.

Hotel ni ala2 hotel budget.  Jadinya dalam bilik cuma ada fasiliti biasa macam tv, aircond, astro channel, wifi, fridge, telefon & water heater.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, December 02, 2013

Kucing Kami - Oyen & Anak-anak

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 23/11/2013 hari tu aku dgn H dah dpt cucu =)

Even berita dah basi sebab aku dah rajin sangat update di insta dan blog kucingkami.com tapi mana lah tau masih ada yang belum dpt info ke kan.  Huhu~

Ktorg belum bagi nama lagi walaupun H sibuk la nak letak nama.  Aku cakap tunggu nampak jantina dulu sbb aku xmo jadi mcm kes si mikki.  Owner lama namakan dia nicky.  Ok fine, nicky nama manja utk nick tp xleh lah, bg aku nicky tu utk girl aje.  Kali ni kita buh nama melayu pulak lah.  Hehehe~

Friday, November 08, 2013

Amalan untuk memudahkan bersalin


Setiap kali selepas solat, pegang perut dibahagian ulu hati bersama-sama suami dan baca

1. Surah al-Fatihah سورة الفاتحة
2. Surah al-Ikhlaas سورة الإخلاص sebanyak 3 kali
3. Selawat ke atas Nabi Muhammad saw sebanyak 3 kali
4. Surah al-Anbiyaa' سورة الأنبياء: ayat 87

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri

Selesai membaca, tangan diturunkan ke pusat dan niat di dalam hati dipermudahkan kelahiran bayi di dalam kandungan dan semoga dia menjadi anak yang soleh atau solehah. Lebih bagus disebut sekali nama bayi di dalam kandungan. Habis niat tangan diturunkan hingga ke tundun faraj. InsyaAllah, bayi akan mudah dilahirkan.

kredit to : majalah Anis