Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Friday, April 29, 2011

Renungan Jumaat - Kenapa Manusia ditimpa Musibah?

Salam,

Andai ditimpa musibah, jangan lah kita cepat melatah, mari kita sama² merenung dan muhasabah diri (pesanan untuk diri sendiri juga)

* aku copy paste sikit² je, klu nak baca penuh, sila jengah source di bawah

credit source : xinniralubayna

  1. Allah hendak menguji manusia untuk menentukan siapa yang beriman, sabar, reda, dan bersyukur serta siapa yang tidak beriman, tidak sabar, tidak reda dan kufur.

  2. Musibah-musibah merupakan pembalasan dan kafarah terhadap dosa-dosa yang kita lakukan. Pembalasan Tuhan ini bukannya kerana kemurkaanNya, bahkan kerana rahmat dan kasih sayangNya yang jauh lebih luas yang tidak terbanding dari kemurkaanNya. 

  3. Musibah ditimpakan kepada manusia supaya mereka ingat kepada Allah. Manusia hanya mudah ingat kepada Tuhan bila ditimpa kesusahan. Jika waktu senang, mereka mudah lupa kepada Tuhan. Apabila mereka ditimpa musibah, mereka akan cuba untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri.
  4. Kalau Tuhan beri bencana, maknanya Tuhan sayang dan ingat kepada kita. Dia menjadikan bencana bukan kerana tidak Penyayang, bahkan kerana sifat PenyayangNya itulah, Tuhan menimpakan musibah kepada manusia. Kalau hidup manusia sentiasa senang dan tak ada masalah, maknanya Tuhan bersikap dingin dan memalingkan pandangannya daripada kita. Ini seterusnya akan menjadikan kita semakin lupa diri dan lupa kepada Tuhan dan akhirnya sesat di dalam kegelapan.

  5. Kalau tidak ada keburukan, tidak akan ada kebaikan. Kebaikan itu dinamakan baik kerana adanya sesuatu yang dibandingkan dengannya yang dianggap buruk.

  6. Segala baik dan buruk itu adalah dari kehendak Allah Taala. Firman Allah Taala yang bermaksud:
    Katakanlah semua itu (baik dan buruk) adalah dari sisi Allah.

  7. Segala musibah yang menimpa manusia adalah ketentuan qada dan qadar daripada Allah. Ketentuan ini menguji manusia samada mampu atau tidak dalam menanggung musibah kehidupan. Manusia tidak boleh tidak, perlu sabar dalam mengharungi kedukaan di dunia kerana di sebaliknya ada nikmat dan ganjaran yang besar di syurga.

  8. Tuhan Maha Berkuasa dan mampu untuk menghalang bencana daripada berlaku kerana semua apa yang di langit dan di bumi adalah ciptaanNya dan di bawah kekuasaanNya. 

  9. Allah menjadikan musibah agar manusia berdoa dan meningkatkan pengharapan kepadaNya kerana Allah merahmati orang yang berdoa kepadaNya.

  10. Allah tidak membebankan hamba-hambanya melainkan menurut kemampuan mereka. Segala bencana yang ditimpakan kepada manusia adalah sebenarnya mampu dihadapi oleh manusia.

post signature

Wednesday, April 27, 2011

DugaanNya

Salam,

Semoga kami tabah menghadapi dugaanMu Ya Allah~

Khamis lepas aku & H accident di MRR2 area Ampang Point..Trafik lancar tapi tiba2 kereta Vios depan ktorg break mengejut, alhamdulillah kitaorg sempat break sbb jarak antara kami dalam 1 kereta gitu..

Tapii dalam beberapa saat kemudian, BAAAAAAAAAAANGGGG!!! Kereta kitaorng kena hentam daripada belakang sampai kete ktorg tergerak ke depan menghentam Vios depan pulak..Masyaallah..

Syukur alhamdulillah kami selamat, cuma kepala terhentak dekat seat sebab momentum yang kuat..sakit jugak la kepala n leher beberapa hari..bahu H mcm ada bengkak sikit, lelain kitaorg ok..Kereta je lah teruk depan belakang

Skrg kereta masih dibengkel, masih dalam proses dengan insurans..Ktorg ni dah la kereta ada 1 je..motor pun takde (lps motor H kena curi last year)..penat otak memikir camne nak gi keje..kalau naik bas konfem tak sampai..kalau sewa kereta paling murah RM50 sehari =( gile kopak

Syukur alhamdulillah, KIKIN pinjamkan kereta dia pada kitaorg sehingga kereta siap..Alhamdulillah aku dikelilingi kawan² yang sgt baik

Semalam pulak baru dpt berita adik mak aku accident, patah & perlu operate..Semoga kami tabah menghadapi dugaanMu Ya Allah..Amiiin



* Gambar kereta tak dpt nak snap sbb Xperia X10 camera dia sucks  tak ok dalam gelap!
post signature

Thursday, April 21, 2011

Perlis & Kedah - Day 3 (Siri Jelajah Edisi Jue Hairul)

Salam,

Maklumlah baru balik dari utara, so banyak la gambar nak di update..harap korang tak serik lah sbb aku nak share tempat² yg menarik utk korang lawat & tempat makan yg best utk korang rasa =)


1. Gua Kelam, Perlis
- Agak kuciwa sbb Gua Kelam dah tutup sejak banjir beberapa bulan lepas.  Jambatan dalam gua tu dihanyutkan bah.
- Perkhidmatan Keretapi di Gua Kelam pulak dah 2 tahun tidak beroperasi
- Jadinya kalu penduduk tempatan, depa pi mandi manda je la kat situ sbb air sgt² bersih, jernih dan sejuk kut..
- Utk pelancong cam kita ni, dapat kecewa dan sakit hati je lah =( sob sob sob~
{Gua Kelam}





2. Padang Besar, Perlis
- Disebabkan frust tak dpt masuk Gua Kelam, makanya kitaorg pun membawa lah hati yang lara ke Padang Besar :D
- Cuaca sgt² panas kat sana..sila bawa bekalan air minum yang mencukupi utk sepanjang perjalanan dalam kereta ataupun boleh singgah memana beli air minum
- Kat sana aku cuma rembat sehelai Tshirt utk H, kacang2, asam & pes tomyam je..Lelain barang aku rasa cam harga sama je mcm kat sini, so tak payah beli

{Padang Besar}


3.  Ladang Burung Unta (Ostrich)

- Otw balik dari Padang Besar, kitaorg ternampak Ostrich Farm..so singgah kejap gi ambik gambar si ostrich tu
- Tempat tu mungkin baru buat sebab tak berapa terjaga dan bukan macam untuk tarikan pelancong pun
- OK je lah, boleh tgk ostrich live gitu!



4. Kuala Perlis

- Sebelum meninggalkan negeri Perlis Indera Kayangan ni, kitaorg sesajalah menyinggah ke Kuala Perlis
- Kalau malam sure tempat ni happening
- Memandangkan siang, cuaca hangat lak tu, jadi kami cuma singgah, aku snap² pastu ktorg chow



5. Gurun

- Ni lah tempat family aku duduk dulu =)
- Its good to be home! walaupun cuma lalu kat jalan, aku sgt³ eksaited dan tersengih sepanjang jalan
- Banyak kenangan duduk dkt Kedah ni, dan aku mmg membesar di Kedah, walaupun aku bukan orang Kedah tapi aku sayang Kedah dan sampai sekarang dialect aku campur² dgn lorat Kedah -_-
- Kalau korang ke Gurun, sila lah singgah ke Gunung Jerai, aku tak sempat nak singgah hari tu

{Pekan Gurun}



6. Bedong

- Aku sempat bersekolah rendah di Bedong sekejap (masa darjah 6 lepas UPSR)
- Pekan Bedong ni lah tempat aku selalu singgah beli magazine omputih..dulu kan gile kan trio Hanson tu, siap call n booking tu :P gile fanatik tul
- Hari tu kitaorang singgah dkt gerai durian tepi rel Keretapi Bedong tu
- Kitaorang mintak durian isi oren, tapi takde jual..so makan durian kampung je la..sedap!
- Sebiji je makan, RM8

{Pekan Bedong}


7. Muzium Arkeologi Lembah Bujang

- Ada jugak orang yang tak tau pasal Lembah Bujang ni sedangkan ada dlm buku Sejarah masa skolah menengah aku rasa, tp xtau lah kut syllabus dah tukar ke kan..huhuhu~
- Sayang betul sbb orang tak berapa nk datang tempat² gini
- Memandangkan H adalah pencinta alam, tempat ni mmg sangat sesuai lah
- Boleh bau hutan..manyak syiok
- Boleh tahan penat nak menapak naik bukit tu

{Candi Lembah Bujang}





8. Tg. Dawai

- Destinasi terakhir untuk hari ke-3 tu, kitaorg terus ke Tg. Dawai
- Kat sini korang boleh beli produk laut mcm belacan, keropok n etc lah
- Kitaorang cuma ada pergi makan ikan bakar je, dan mmg sgt bernasib baik lah sebab kitoarang dapat kedai yg masak saaaaaangaaat sedap!!
- Nama gerai tu IKAN BAKAR WARISAN WARUNG MAK NJANG
- Serius sedap dia masak, dan aku rasa rate harga bersesuaian dan murah berbanding KL
- Yang paling penting, masakan dia semua SEDAP!!
- Ikan siakap stim (saiz agak besar), tom yam campur, kailan ikan masin, ikan pari bakar, jus epal, teh ais : RM63

{Ikan Bakar Warisan Warung Mak Njang}




{Tg. Dawai}



Selesai makan di Tg. Dawai, kami ke Sg. Petani untuk carik tempat bermalam..Puas jugak berpusing sebab aku dah lupa lah hotel² dkt area mana..dulu zmn skolah mana nak cakne hotel ni haih..So dengan bateri tepon yg dah nyawa² ikan, kitoarang on GPS n carik hotel terdekat..

Memula ke swiss in, malangnya tinggal two single bed..confirm aku tak nak sbb masa kat Perlis aku kena tindih..eee tak mo aku tido asing..Then kitoarang ke Taman Sejati n check in hotel Emerald..Alhamdulillah akhirnya dapat berehat dan tido dengan selesa..

Syukur dengan peluang ini..Jom la visit Kedah ^_^


post signature

Wednesday, April 20, 2011

Perlis - Day 1 & 2

Salam,

Dah alang² join open Unimap Netball hari tu, merasa lah jejalan Perlis jugak =)  Menggunakan kesempatan yang ada sepenuhnya gitu..

Bagi aku & H pulak, jalan² gini umpama jalan-jalan cari makan utk kitaorg..well, tgk badan pun dah tau kuat makan kan..huhuhu~

1st day malam - lepak makan di Restoren De Sena
*Kureng Sedap!!

Chicken Chop RM10,
Nasi Goreng USA RM6,
Sup Campur RM6,
Sotong Goreng Tepung RM10
Air 2 gelas RM2
Total : RM34


Hari kedua game berlangsung dari petang sampai ke malam..Dengan atap bocornya, dengan black outnya, dengan kalahnya =) ooppss

2nd Day - Dewan Rakan Sukan, Stadium Kangar


Lepas abis game kita enjoy :D Celebrate lah..lapar kut sebab tak makan dari siang..neves la kunun..nasib masih boleh berlari dan melompat lebih tinggi..kuasa kasut baru..hahahaha

2nd day malam - My Cafe, Bandar Kangar
Semua Sedap!!! Harga tak ingat, tapi total RM31 sahaja



post signature

Tuesday, April 19, 2011

Rival - Together We're Stronger

Salam,

Alhamdulillah sukan Unimap dah berakhir, dan kami telah kalah dengan berjaya nya =) at least no one is injured..syukur Alhamdulillah

Walaupun Rival kalah, bagi aku semua orang dah buat yang terbaik.  Memang ada banyak benda 'here and there' yang perlu diperbaiki supaya lebih bersedia menjelang sukan badan berkanun awal bulan May nanti

Insyaallah rehat jap gi Rival akan buat meeting post mortem


Ni gambar² kitaorg masa kat sana -_-
* gambar masa game tak menjadi, maybe si photographer pun sama neves mcm player kut..hehehe~