Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Saturday, January 16, 2016

Tudung Aidijuma - Custom Made Tote Bag

Untuk tempahan: 
FB MANIK WANI atau whatsapp 019-4066455

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak tudung Aidijuma design Fullcat ni.  Walaupun bukan dapat dalam bentuk tudung tapi rasanya bentuk bag ni lagi 'way cool' sebab bole usung bag hari2 tapi tudung takleh pakai hari2.  Segan kot! Hehe

Totebag ni aku request supaya wani buat sebagai diaper bag.  Ada 4 poket tepi sebelah dalam untuk segala kelengkapan baby.

Ini lah set yang aku beli daripada wani
 


Sesuai dibawa ke mana saja


Kalau dah letih galas bole mintak suami pulak bawa kan =)

Weee~ acik suke!!

Monday, January 11, 2016

JJCM - ZAWARA Coffee

Alhamdulillah setelah beberapa ketika rasa macam meroyan nak mencuba kopi di Zawara, akhirnya en.suami pun bawak lah pi.  Maklumlah si isteri ni selagi xdapat selagi tu lah hingaq.

Zawara Coffee
yang paling dekat di Bukit Jelutong lah. Tu pun pi sebab dekat dengan rumah mertua di Subang.  So kita sekali jalan jelah..

Menu.  Walaupun senarai kek panjang tp kek yang tersedia adalah terhad.  So boleh cek di kaunter dulu kek apa yang ada.


Butterscotch Cheese Cake kalau xsilap namanya.  Ok sedap la jgk sebab Izz Fahim makan je.  Dia jarang suke benda2 selain nasi.



Kitaorang order 1 kek, 1 spagetti dan 2 air



Abanglong Fahim


Monday, January 04, 2016

Tips Tidak Stress Semasa Berpantang

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah berlalu lebih kurang sebulan aku berpantang.  Boleh dikatakan berpantang kali ni emosi lebih stabil berbanding masa berpantang anak pertama dulu.  Walaupun adalah jugak ups and downs yang jenuh laki aku nak melayan tapi aku simpulkan berpantang kali ni agak kurang stress.

Antara tips nya;

1. Terima keadaan diri yang tengah lemah.  Teran beranak tu penat hokey!!  Jangan nak gedik ingat ko gagah perkasa sangat.  Takde lah suh terbaring 24 jam, tapi bila rasa mcm tak larat tu bawa-bawa la duduk atau berbaring.

Contohnya nk mandi/buang air ke.  Masa dalam bilik air tu kalau rasa xlarat.  Ko lex lex je dulu. Duduk dulu ke atas tandas duduk tu. Xpayah nak kejar apa sangat tapi pastikan lah ada org lain tengokkan anak ye.  Jangan lah siap mandi wap bagai pastu anak kat luar melalak kelaparan sampai biru.  Duhh~

2.  Bawa-bawa pejam mata kalau rumah bersepah atau baju yang dilipat tak memenuhi spesifikasi jiwa kau atau barang disusun bukan ikut lokasi yang ko tetapkan. 

Bersyukur dan berterima kasih lah dekat orang yang sudi mengemas rumah/lipat kain/susun barang tu.  Macam aku mostly en. Suami lah dan sudah pasti xmemenuhi spek aku.  Huhu~ sebab kita orang pompuan ni mmg camni, drawer tu khas lampin je ye.  Mittens booties lain2 tempat ye.  Bla bla bla so on dan so forth.  Kesian laki achik.  Bertabah ye sayang. 


3.  Jangan bersedih kalau susu badan tidak memberangsangkan.  Ingat lagi masa Izz Fahim dulu konon dah terer sgt, mengaji dgn google dan FB je.  Kekonon nak tegar EBF (exclusive Breast Feed) sampai anak dehydrate.  Kencing izz macam keluar darah ok sebab ko xbagi susu cukup dekat dia!! Nasib la Izz Fahim tu bertahan dan kuat.  Kalau jadi apa2 camne? Sampai mati lah aku xmaafkan diri sendiri.

Makanya untuk anak kali ni.  Susu xcukup, dia melalak.  No worries campur jela dengan susu formula.  Abaikan cakap2 orang luar.  Depa apa tau.  Yang nak hadap anak kita tu kita bukan dia!!  Walaupun aku kekadang weng jgk sbb kali ni susu tak banyak tapi cuba jadi positif.  Allah susun tu dah terbaik kita usaha jelah

KESIMPULAN 

Kesimpulannya untuk tak nak stress kita kena belajar menerima.  Terima badan xkuat, terima keadaan rumah bersepah,  terima susu kurang. 

Dan aku sendiri ni pun masih dalam proses menerima walaupun boleh kata sepanjang masa menjerit aje sebab Izz Fahim punggah bakul mainan, minum air milo tuang ke lantai, makan sepah sepah. 

Tu belum lagi campur baju berbakul-bakul tak berlipat.  Habis lipat sebakul datang lagi dua bakul.  Pakai baju ke buat show baju ktorg ni.  Pastu habuk sana habuk sini, huwaaaaaa~~  

Fuuh fuuh bertenang bertenang.  Jangan stress.  Hehehe (^_^)V


Sunday, January 03, 2016

Selamat 1 Bulan #AydenMAA

Assalamualaikum.

Alhamdulillah semalam 2/1/2016 #AydenMAA genap umur sebulan. Dah bawak pi cucuk sebulan dah pun .  Nasib vaksin sebulan masih ada stok si Klinik Najihah Tasik Puteri ni. Kalau tidak jenuh jugak abah dia nak mengambil cuti. Tapi malangnya untuk vaksin 2 bulan klinik xde stok. Parah parah.

Syukur sepanjang tempoh sebulan ni senang nak menjaga baby Ayden. Asal makan cukup maka tido lah dia. Alhamdulillah Allah permudahkan lagipun aku kena berpantang sendiri selepas 2 minggu sebab mama pergi umrah.

Jom layan gambar jelah ;)

Cucuk 1 bulan


Baby Ayden dah botak


 Ni masa ada rambut.  Bukan main lebat rambut dia


Nama penuh baby Ayden ;)

Monday, December 14, 2015

Pengalaman Bersalin Anak Kedua di Gombak Medical Center 38 Minggu 1 Hari

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Allah beri peluang sekali lagi untuk merasa 'sakit' bersalin. Satu pengalaman yang berbeza. Yang manisnya kali ni mengandung dan bersalin lebih kurang sama dengan jiran depan rumah. Sape lagi kalau bukan si ana wife Jeri. Huhu~

Pengalaman bersalin kali ni lebih kurang seminggu sebelum bersalin dah keluar tanda darah. Terus lah ke GMC (Gombak Medical Center) untuk consult dengan Doc Hamiza. Rupanya dah dilated 2-3cm. Waktu ni kandungan baru 37 minggu lebih.

Diam tak diam seminggu berlalu. Sakit bersalin belum kunjung tiba. Tapi pagi Rabu 2/12/2015 masa nak solat subuh terasa macam air meleleh di kaki. Dah rasa macam xsedap hati pulak (eleh, bukan memang dah menanti seminggu ke). Bersih diri, wuduk dan bersolat. Tapi air masih mengalir. So confirmed air ketuban dah pecah.

Lepas Subuh teruslah kami ke GMC. Sampai di GMC sekitar jam 8am terus naik ke tingkat 1 untuk buat CTG dan VE. Lepas seminggu VE masih 2-3cm dilated je. Haish parah betul.

Memandangkan sakit takde, makanya kami pun keluar pi sarapan dulu. Nurse siap pesan suruh jangan balik rumah. Aje gile nk balik? Rumah jauh kot. Tak berbaloi hairul pecut macam onggila masa lps subuh tadi takut bini sakit dlm perjalanan.

Acik belasah nasi lemak & Teh Ais


GMC ni hospital swasta yang xbesar sangat. Makanya bilik sangat terhad. Pukul 1 baru kitaorg dapat bilik. Tapi syukur sebab aku x sakit dan masa berlalu bagai tiada erti. Chewah. Bilik ktorang dapat ni sangat selesa dan luas.

Kebetulan dapat bilik luas dengan 2 katil


Sekitar pukul 2.30pm aku induce. Kul 4pm cek VE bukaan baru 4cm. 8.30pm air induce tu baru habis sebotol. Aku ada whatsapp mama cakap sakit baru start datang. Sempatlah kami solat jemaah. Kemudian aku terus baring atas katil. Rupanya aku terus dapat sakit contraction yang kuat. Tak terluah dek kata-kata. Contraction datang dan datang dan datang. Daripada VE 4cm, terus jadi 6cm. Aku cakap dkt Hairul kata sakit sangat ni macam nak berak (mmg orang nk bersalin akan rasa mcm nak berak tapi bkn berak). Hairul panggil nurse dan cek VE dah 8cm. Terus tolak masuk labor room.

Rupanya Doc Hamiza dah menunggu dari petang tapi sbb aku xbersalin maka dia pun balik rumah. Aku siap tanya lagi masa dlm labor room doktor sempat sampai tak? Alhamdulillah lepas pada tu doc Hamiza sampai. VE baru 9cm dilated. Tapi aku cakap saya dah xtahan. Nak terberak sangat dah. Doc bg peluang teran masa 9cm.

Alhamdulillah consider satu sesi teran dan beberapa kali curi nafas maka keluar lah si budak bolat dengan berat 3.85kg pada 2/12/2015 jam 9.55pm. Syukur Allah permudahkan. Sakit yang sekejap tapi maha dasyat sakitnya.

Baby dengan acik amy & acik kikin


posted from Bloggeroid