Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Thursday, October 08, 2015

Izz Fahim Tantrum

Kalau ikut definisi daripada Baby Center


A temper tantrum is the emotional equivalent of a summer storm – sudden and sometimes fierce. One minute you and your child are in a restaurant enjoying your dinner, the next minute she's whimpering, whining, and then screaming at the top of her lungs because her straw is bent. Children between the ages of 1 and 3 are especially prone to tantrums.

Izz Fahim sejak akhir² ni semakin membesar semakin lah banyak akal dan banyak perangainya. Tambah plak dah nak dapat adik ni pulak kan.

Tapi aku beranggapan dia mungkin penat seharian behave di rumah pengasuh. Harapnya takde la anak aku tu kena pukul ke apa. Kalau takat kena marah nak mengajar tu biasalah. Takkan la kita xnak anak kita diajarkan kan. Cuma harapnya tidak lah kena lebih daripada itu.

Pasaipa aku kata dia behave, sebab beberapa kali masa nak ambik dari rumah pengasuh ada lah pengasuh lepak luar rumah. Dan Izz Fahim dengan sopan santun muka suci murni duk je atas riba pengasuh. Vah vah vah aku rasa dengan kitaorang memang tak hingin kot dia duduk atas riba diam-diam camtu. uhuhu~ Tapi elok la jugak kan. Kitaorang selalu je pesan, jangan buat perangai rumah pengasuh, kalau nak nangis ke apa ke biar di rumah masa dengan mommy dan abah je. Hambek ko sekarang. Tantrum sepanjang masa. 

Budak tengah nak membesar, gile nak bermain je tak kira masa. Speshly waktu nak tido malam. Mommy Abah dah macam zombie siap bergilir2 terlelap sambil dengkur yang dia boleh gelak mengilai siap cepuk muka kitaorg suruh melayan dia. Huwaaaaa~ anak oh anak. Ni baru sorang, membayangkan adik dia akan datang nanti, tak mo lah bayang dulu.

Nampak gayanya kena la korek ilmu daripada orang-orang lama/berpengalaman atau melalui pembacaan macam mana nak handle tantrum anak ni. Bagaimana sabarnya mak ayah kita dulu melayan perangai kita yang mungkin sebijik perangai anak sekarang, camtu lah kita kena sabar dengan perangai anak-anak kita.




Main tuang-tuang air. Kalau ditegur mengamuk lah dia



Menangis xbersebab

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 07, 2015

30 Minggu



Alhamdulillah diam tak diam kandungan kedua ni dah masuk minggu ke 30. Fuuh berdebar-debarnya rasa nak bersalin. Acik takut!!

Braxton hicks pun dah makin menjadi-jadi. Syukur untuk kandungan kali ni kandungan gula dalam darah tak tinggi. Harap2nya baby yang keluar nanti bebas jaundice.

Apa pun yang paling utama nak hadap adalah waktu nk bersalin. Perasaan yang tak terluah rasanya tu. Setengah orang dipermudahkan sampai xrasa sakit langsung. Apa pun aku harap bahagian aku kali ni dipermudahkan jugak insha allah.


Hidung dah semakin hebat pembesarannya. Izz Fahim pun dah 1 tahun 6 bulan. Besar dah anak mommy.


posted from Bloggeroid

Monday, October 05, 2015

Generasi Kami (OST Super Game Boy)


Kredit Lirik : Youtube Astro Ceria

Generasi Kami (OST Super Game Boy)
Komposer: Omar K dan Audi Mok
Lirik: Omar K dan Redzuan Redza

Caller Ringtone (Maxis): Dail *131*445278# dan hantar
CMT (Celcom): Dail *888*237760# dan hantar
DiGi (RBT): Dail *233*2600017# dan hantar

LIRIK:

Chorus
Kanan kiri 
Kita berpusing
Dayung mendayung sampai Tanjung Tiga

Biar lain
Kita bermain
Asalkan kita berbahagia
Di zaman kita

Verse 1
Baling tin, gasing dan guli
Lastik getah, konda-kondi
Bedak cuticura, minyak zam zam
Lepas sekolah pancing ikan tepi kolam

Duit kertas lima ratus ringgit
Duit kertas satu ribu ringgit
Rambut afro, seluar panjang bawah kembang
Ayah pergi kerja, tak payah cukur jambang

Sharifah Aini, Kumalasari, 
Saloma, AR Badul dan Carefree,
Sweet Charity, Mokhtar Dahari,
P. Ramlee

Repeat Chorus 

Verse 2
Polis and thief, one two jaga
Polis mati pencuri jaga
Ayah bergaya naik proton saga
Beg sekolah hijau sangkut di kepala

Sudirman, Alleycats, Thundercats, Voltron
Suria Baja Hitam, Doraemon
Pagi-pagi, tengok TV pendidikan
Layan katun sang kancil hilang rasa bosan

Rock Kapak kemuncak zaman gemilang
Search, Wings, LeftHanded, Iklim dan Gersang
Gila-Gila Remaja, Ujang dan Azura
OG dalam Ali Setan

Repeat Chorus

Verse 3
Budak hiphop merata-rata
Nasi lemak antarabangsa
KLCC, MSC,
Beli game CD di plaza Imbi

Cakera padat dan tape video
Gameboy, Tetris, Nintendo
Wawasan 2020
Kancil perodua dan ASTRO

Cyberjaya, Putrajaya
Dato Azhar satu dunia belayar
Sembilu, 2+1, Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Repeat Chorus

Verse 4
Dari Nokia ke Iphone, caller ringtones
Main PS sampai jadi rabun
Kita AFUNDI, untuk Mawi 
di Akademi Fantasia...

VCD, DVD, MP3, USB 
Guna streamyx laju-laju
Tengok Youtube, layan lagu

Meet Uncle Hussain, Maya Karin
Hujan, Zizan dan Johan
KL Gangster, Zombie Kampung Pisang
Cicak Man, Jangan Pandang Belakang!

LAST CHORUS
Kanan kiri 
Kita berpusing
Dayung mendayung sampai Tanjung Tiga
Biar lain
Kita bermain
Asalkan kita berbahagia...

Kanan kiri 
Kita berpusing
Dayung mendayung sampai Tanjung Tiga
Biar lain
Kita bermain
Asalkan kita berbahagia
Bersama-sama
Bersuka ria
Ikutkan cara
Di zaman kita

Bersama-sama
Bersuka ria
Ikutkan cara

Di zaman kita

Friday, October 02, 2015

Tudung Aidijuma (Tudung AJ) Corak Kucing

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni terjebak dengan tudung AJ. Pastu corak kucing plak. Aduhai meroyan rasa. Acik memang taksub sikit dengan apa2 yang berbentuk kucing ni.

Harga tudung AJ ni kalau ikut mampu milik. Tapi bila design lain2 keluar setiap minggu. Design hot akan jadi harga berganda-ganda mahalnya selepas seminggu dua dikeluarkan. Di kedai akan habis so sesapa yang ada beli lebih akan jual semula dengan harga tinggi. Pitam betul!!

Baru ada 4 helai koleksi tudung AJ yang bermotifkan kucing




Design ni akan release minggu ni.  Acik dah book dengan PR.  RM20 sehelai.  Flower Cat



Design ni pun akan release minggu ni jugak.  Pun acik dah book.  Cat & Mice




Design ni masih hunting sampai sekarang.  Full Cat orang jual sampai RM70.
Memang tak mampu.  Abis kuat acik mampu beli kalau RM30 je sehelai.
Cat Safari tu pun sama orang jual RM60 ke atas.  Btw tu semua harga preloved je ok.
mencik!! Huhuhuhu~


posted from Bloggeroid

Thursday, October 01, 2015

Petshop Murah - Cats Wonderland, Subang Bestari

Alhamdulillah ada jugak petshop yang best dengan harga murah dan mampu milik.

Cats Wonderland namanya. Lokasi di Subang Bestari. Harga pasir dan kibbles premium 20kg memang murah. Kitaorang selalu beli pasir jenama Sumo Cats. Pasir ni agak susah nak dapat. Kalau ada pun di Tesco harga mahal gile. Alhamdulillah kat sini berbaloi2 harga. Murah sangat!

Nak lebih info meh baca di blog KUCING KAMI

http://www.kucingkami.com/2015/09/cats-wonderland-petshop-dengan-harga.html?m=0
posted from Bloggeroid