Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Thursday, February 12, 2015

Sebuah Kehidupan

Assalamualaikum.

Kalau duduk sesaja mula la fikiran menerang. Ingat lagi kalau dulu2, nak tido mesti rapi & teratur. Kira paling busuk perangai pun mesti pi toilet dulu buang air basuh kaki baru tido. Bantal susun dulu dan paling utama bantal untuk tutup telinga wajib ada. Kalau xde bantal/apa2 tutup telinga xbole tido. Bukan sebab bising tapi sebab dah biasa kena tutup telinga. Perangai tu bawak sampai lah kawen.

Alih2 bila ada rezeki anak. Berubah 360 rasanya. Kelakar pun ada. Asal letak kepala je lesap. Kepala tak payah beralas bantal pun boleh tido. Paling utama waaah tetiba kau telinga xpayah tutup apa2 pun tetap selamat!! Haha

Gitu lah sebuah kehidupan. Sekelip mata je macam2 bole berlaku. Hidup kita mungkin xkan sama macam orang. Kita tetap akan nampak life orang lain best pada kita. Aku ni selalu je terbabas. Macam Hairul selalu sound, jangan membanding2 boleh tak! Sekali kena sound sekali cebek. Pastu insap la beberapa bulan pastu tersasar balik. Haish! Apa pun bersyukur lah dengan apa yang ada dan dengan orang sekeliling yang sentiasa mengingatkan kita tentang sesuatu.

Terima kasih suami
Terima kasih keluarga
Terima kasih kawan-kawan

Notakaki: apalah lah yang aku merepek memalam ni kan
>

posted from Bloggeroid

10 months baby What to expect from your baby at this stage

Source: Baby Center Malaysia


posted from Bloggeroid

Tuesday, February 10, 2015

Kerang Fresh di Pantai Remis Kuala Selangor

Assalamualaikum.

Ni kali kedua aku sampai ke Pantai Remis. Best rupanya. Segala jenis family kerang fresh fresh belaka. Yang susah nak jumpa macam 'anak dara' pun ada.

Anak dara tu Jeri duk kata sedap. Sebelum ni pernah cari di Pasar Pasir Penambang tp xde pulak. Akhirnya dapat jgk rasa.

Sesapa yang berdekatan bole la datang sini. Bole buat kelas mari mengenal family kerang =) sebab segala jenis cengkerang wujud. Hehehe











Anak dara masak tumis serai



Lokan





Menu semalam. Lokan stim & Anak dara cicah cili kicap

Friday, February 06, 2015

#tripkekawan 1-3 Feb 2015 Port Dickson

Assalamualaikum.

Alhamdulillah #tripkekawan kali kedua berlangsung dengan jayanya.  Selepas trip kali pertama di Cameron Highlands tahun 2013 dulu.  Tahun ni baru sampai rezeki untuk sambung trip kedua. Mudah²an ada rezeki lebih untuk plan next trip pulak.  Pulau Pangkor mungkin.  Hehehehe.

Penginapan untuk trip kali ni ditaja sepenuhnya oleh Amin & Amy. Alhamdulillah.  Semoga korang dimurahkan lagi rezeki.


Cuaca cerah & panas sepanjang perjalanan ke PD

Alhamdulillah kitaorang selamat sampai sekitar jam 4 lebih.
Besar condonya.  Sangat selesa untuk 3 family.

Jangan risau kalau anak masih belum ada baju mandi.  Boleh beli di Pantai Teluk Kemang.
Harga pun mampu milik.  Macam baju Izz tu RM30 sahaja.  Kalau di pasaraya mahal harganya.



Aktiviti Day 1 - Berendam dengan anak² =)


Lepas berendam, bawak Izz keringkan badan dulu sekejap


Keluar gate untuk pijak pasir pantai.  Arghhh bestnya rasa pasir² tu.


Belakang tu kondo tempat kami menginap


Aktiviti Day 2 - Jom jalan²
Ni baru dinamakan tour in group :D memang se-group masuk lif


3D Art Gallery (Lukut)
Harga tiket : RM 20 Dewasa (dengan Mykad)

Sesuai untuk mereka yang gila bergambar dan sporting untuk buat segala
jenis aksi supaya hasil gambar nak 'real'










Selepas penat jelajah bangunan 3 tingkat tu, kita boleh lah basahkan tekak.
Ada cafe di tingkat bawah galeri tu



PD Ostrich Farm (Teluk Kemang)
Harga tiket : RM 13 Dewasa



Sebelum balik ke hotel, kami singah ke Pantai Tanjung Tuan.
Saje nak bagi Izz rasa pantai.

Esoknya budak tu bangun tidur dengan senang hati.  Kira tenaga dah re-charged lah tu.


Aktiviti Day 3 - Balik KL


Bergambar kenangan ;)

Wednesday, February 04, 2015

04102015 Selamat 10 Bulan Muhammad Izz Fahim Rizqi Mohammad Hairul

Alhamdulillah syukur dah 10 bulan Izz sekarang.

Progress setakat ini;

1. Masih belum boleh berjalan. 

Tapi sejak 9 bulan dah ada yang menanya dah bole jalan ke? Pastu sendiri jawap Oo mgkn sebab lelaki, berat so lambat sikit lah berjalan.  Ermm padahal hasil survey rata2 anak kawan2 aku paling cepat pun berjalan masa umur 11 bulan.  Mungkin anak dia berjalan masa umur 9 bulan kut.


2.  Memilih
Mommy adalah pilihan pertama kemudian baru orang lain.  Kalau dia xnampak mommy elok je x meraung pong!! Haiya


3.  Kerap demam
Lately sejak masuk 8 bulan macam kerap pulak demamnya.  Almost every month.  Harapnya demam tu dapat bina antibodi yang kuat dalam badan dia

4.  Belum bole memanggil nama
Macam dulu jugak.  Perkataan yang bole dia sebut.  A-bah, ma-ma.  Atau kalau dia nk panggil dia akan ala2 mendengus tu dengan bunyi huh! Huh! Gitu la lebih kurang.

Semoga terus membesar dengan sihat ye anak mommy daddy!!