Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Friday, September 26, 2014

Doa dan Amalan Untuk Memudahkan Bersalin

Ni aku share doa yang biasa orang amalkan untuk memudahkan bersalin.  Even aku sendiri amalkan dan masa masuk labor room di GMC (Gombak MEdical CEnter) pun sister memang suruh baca ayat tu dan ayat ni ada dilekatkan di labor room tu.

Alhamdulillah dipermudahkan.  Bak kata doktor Hamiza GMC (my fav doc ever) "mana ada bersalin tak sakit jue" masa dalam labor room gara² aku tanya ada tak ubat yang tak sakit.  Huhuhu~

Terima kasih pada owner yang aku dah kreditkan link dia kerana sudi berkongsi info ni di internet.



Kepada yang bakal bersalin, semoga dipermudahkan.  Dan kalau ada rezeki aku lain kali, semoga dipermudahkan juga.  Ameeen

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bacaan ni mak suruh amalkan untuk memudahkan bersalin. 
Setiap kali selepas solat, pegang perut dibahagian ulu hati bersama-sama suami dan baca

1. Surah al-Fatihah سورة الفاتحة
2. Surah al-Ikhlaas سورة الإخلاص sebanyak 3 kali
3. Selawat ke atas Nabi Muhammad saw sebanyak 3 kali
4. Surah al-Anbiyaa' سورة الأنبياء: ayat 87

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri

Selesai membaca, tangan diturunkan ke pusat dan niat di dalam hati dipermudahkan kelahiran bayi di dalam kandungan dan semoga dia menjadi anak yang soleh atau solehah. Lebih bagus disebut sekali nama bayi di dalam kandungan. Habis niat tangan diturunkan hingga ke tundun faraj. InsyaAllah, bayi akan mudah dilahirkan.

kredit to : majalah Anis

Tuesday, September 23, 2014

JJCM - Chicken Rice Guy (CRG) Seksyen 7 Shah Alam

JJCM (Ju Jalan Cari Makan) ^_^

Lokasi: 

Seksyen 7 Shah Alam (Shop lot belakang Unisel)


Alamat: 
40 Jalan Zirkon 7F/7F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Malaysia

Info Tambahan:
Ada tandas, surau & baby chair
Juga meja sebelah luar untuk yang merokok


Assalamualaikum.  Alhamdulillah sampai jugak ktorang ke kedai ni.  CRG dah dibuka sejak bulan April 2014 yang lalu.  Hanya bermula dengan sewa tapak bukak gerai, kini CRG telah bertapak di restoren tersebut.  Semoga bisnes kalian terus maju.  Ameen~

CRG adalah milik seorang rakan sekolah rendah aku.  Maklumlah bila kedai kekawan ni kita rasa excited macam kedai kita sendiri jugak.  Huhuhu~

Jom kita terjah apa yang ada di sana.


Ni flyers yang ada dikedai tu.
Kot² you all nak bg pada kekawan atau rujukan sendiri pun boleh



Jom belek menu.
Minuman



Menu makanan utama. Nasi Ayam!
Ayam ada steam atau roasted


Recommended drink
LIMAU ASAM BOI



Signature drinks!
ICED KOPI & CRUSHED ICE KOPI



Must try!



Roti




ok dah habis belek menu.  Jom tengok apa yang kitaorg cuba!  
Nyums.. Kecoq lioq haih tgk balik gambar makanan ni


ROTI BUN CRG



Aku ambik ICE KOPI, H ambik CRUSHED ICE KOPI


Sementara menunggu kitaorang dapat sampel
KEK BATIK


Next menu :
IPOH HOR FUN
dihidang dengan cili kicap potong


Next menu : 
NASI AYAM & side dish IPOH TAUGEH
H ambik roasted chicken dan aku ambik steam
ayamnya lembut dan cukup rasa. 





 Nasi yang dimasak sempurna



 Ipoh taugeh sedap dimakan begitu saja



 Roasted chicken yang lembut



Steam chicken yang sgt juicy ditambah pula dengan
rasa minyak bijan. Nyumss!



Muka tuan tanah yang gembira dapat makan sedap



Next menu : 
WHITE CRG MEE KARI
Kerang dalam mee kari ni sangat fresh.  Bila gigit siap terasa jus jus tu.
Menurut pemilik, kerang dikopek setiap hari bg mengekalkan kualiti





Selesai untuk kali ni.
Menu lain next time pulak. Perut penuh dah.  Hehehe




Ni gambar² masa menunggu hidangan sampai.



Sebelum balik kita bergambar dulu dengan owner.
Xde rezeki nak jumpa kawan aku si Linda, suami dia je lah



Ayam yang nampak dia punya jus jus :D



Sempat bergambar depan kedai ;)
Sebelah tu ada kedai tudung. Lepas/sebelum makan uols boleh pi shopping



Tadaaaa!! Untuk orang² di rumah.  Depa cakap sedap



Insha Allah ada rezeki akan repeat lagi CRG untuk cuba menu lain pulak.
All the best Linda & Chong.  Terus kekalkan kualiti insha allah bisnes korang akan terus maju.



Friday, September 19, 2014

JJCM - Big Brother Seksyen 7 Shah Alam

JJCM (Ju Jalan Cari Makan) ^_^

Lokasi:
Seksyen 7 Shah Alam

Alamat:
Big Brother Restaurant & Grill
Kategori: Restaurant, Steakhouse, Burgers.
12-14 Jalan Plumbum N7/N (Seksyen 7), Shah Alam, Selangor, Malaysia


Plan asal nak CRG (Chicken Rice Guy).  Aku pun whatsapp lah si Linda co-owner CRG tu, skali dia kata CRG tutup masa hari Malaysia lepas.  huhuhu~ frust acik.  Makanya divert lah ke kedai lain.


Boleh tahan menu-menu di kedai ni tapi semuanya western lah.  Portion besar dan sesuai dengan harga.  Kut! tapi air je la mahaaaaallll nau!!  Kedai agak selesa dan lengkap dengan surau.


Cons;
- Kedai agak panas walaupun ada aircond dan kipas
- Servis agak lambat (mommy kehausan ayaq lambat sampai)
- Harga air terlalu mahal



Ni antara yang kitaorg order.
Baked Cheese Rice




Big Brother Special Fries




Bolognese Spaghetti



Tak ingat apa ke nama tapi combination 7up, lemon & nenas




Mommy & Izz




Daddy!

Wednesday, September 03, 2014

Wordless Wednesday - Izz and Notebook



** BTW lawak sempoa tu sebab ni.
Gelang maklang besar sgt sampai orang mengata tu sempoa :D Hahahaha


Tuesday, September 02, 2014

Aqiqah dengan EZ Qurban

Assalamualaikum.

Alhamdulillah aqiqah Izz dah selamat disempurnakan oleh EZ Qurban pada 27 Julai 2014 yang lalu.  Aqiqah Izz dibuat di Bangladesh ;)

Untuk yang tak pernah tahu siapa EZ Qurban, ni ada sedikit penerangan.


Siapa EZ Qurban?

Syarikat yang mengkhususkan perkhidmatan perlaksanaan Ibadah Aqiqah dan Qurban yang menawarkan kemudahan kepada umat Islam dalam menyempurnakan ibadah dengan mudah dan dilaksanakan di tempat-tempat yang lebih memerlukan.

EZQ mensasarkan pelaksanaan Ibadah Aqiqah dan Qurban ini dibuat di negara-negara di mana penduduk Islamnya berada dalam keadaan serba kekurangan seperti Kemboja, Bangladesh, Indonesia, Thailand, Myanmar, Filipina dan Vietnam.

Mudah je cara nak aqiqah atau korban dengan EZ Qurban.  

1. Layari laman web www.ezqurban.org




2. Pilih Menu Aqiqah Online untuk aqiqah




3. Isi maklumat aqiqah.  Untuk anak perempuan 1 ekor kambing manakala anak lelaki 2 ekor kambing



4. Buat pembayaran dan submit pengesahan pembayaran


5. Pihak EZQ akan menghubungi anda.  Macam kitaorang hari tu EZQ tanya takpe ke aqiqah ni dibuat masa bulan puasa nanti.  Waktu tu belum bulan puasa.  Kitaorang kata ok aje.  Kalau korang nak aqiqah dibuat seminggu selepas baby lahir pun boleh.  Just bagitau pihak EZQ insha allah diorang akan laksanakan.  Make sure daftar dan bayaran dibuat awal supaya EZQ ada masa nak prepare.

6. Setelah aqiqah dibuat, anda akan memperolehi satu sijil pengesahan. Macam yang kitaorang dapat ni.  Alhamdulillah selesai satu bab.