Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Saturday, August 16, 2014

Menziarah Aatef Rayyan di Melaka

Alhamdulillah masa raya di Kuala Pilah hari tu sempat ziarah sahabat yang masih bercuti maternity.  Subhanallah comel gile anak dia.  Semangat la sangat dak aatef nih!! geram aunty tengok.


Rombongan cik kiah aunty ju & uncle H
Yang baju pink tu anak buah H & baju mustard tu anak sepupu H


Ni lah dak Aatef Rayyan tu



Apalah yang daddy Izz cuba lakukan nih?


Mama Aatef dengan Izz 


Nampak macam Aatef dah sama besar Izz plak.
Aatef baru sebulan waktu tu & Izz 4 bulan



Geramnya budak comel nih!!


This is auto Schedule Post ^_^V

Friday, August 15, 2014

Selamat Hari Raya ♥ Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum,


Tu diaaaa 19 Syawal baru nak ucap selamat hari raya.  Parah betul lah macam dia sorang je jadi mak sampai tak dan nak buat apa langsung.  Huhu~

Sebelum blog ni makin bersawang, berlalang dan terus berkubur elok la tuan punya badan ni ucap 


SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN


Maklumlah sejak² berkecimpung dalam meniaga handbag ni tak menang tangan.  Bukan tak menang tangan orang membeli tapi tak menang tangan nak mengupdate koleksi di instagram sinun.  Pada yang berminat meh la jengah Instagram: kotak_juju


Jom lah nak belanja gambar² raya (mostly gambar dah basi sebab dah up di Instagram)


Suke tengok bila Izz senyum senget. hahaha lawak


Depan gate rumah tokwan.  Go green!!



Suke dua beranak tu ye.  Mommy tumpang sengih je la




 Ni lah rumah tokwan kita! Rumah tok uban Izz


Ni lah tokwan tersayang.  Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik.



Ni bergambar sebelum nak direct balik ke Kuala Pilah.
Beraya belah kampung daddy pulak


Sepagi di Kg. Pelangai Kolo Pilah


Wednesday, August 13, 2014

Fynn Jamal - Terbang Tunduk

Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Sunday, July 06, 2014

Iftar pertama Izz Fahim

Alhamdulillah semalam dah pi cucuk untuk bulan ke3.  Berat dia naik xbanyak berbanding bulan lepas.  Bulan lepas 6.1kg, bulan ni cuma 6.7kg sahaja.  Doc tegur kata berat xbyk naik.  Apalah yang mommy dapat jawap pun kan, mengiyakan jela *phew

Lepas cucuk ktorg terus ke umah atok Hassan.  Alhamdulillah dapat berbuka bersama.  Unplanned sebenarnya dan syukur Izz behave all the time.  Walaupun dia kelaparan sbb susu mommy dah berkurang gile maka dia xcukup minum =( *sedih sangat rasa tapi nk buat macam mana

Insha allah nx weekend mgkin berbuka rumah wan pulak.  Memandangkan nekma duduk dgn kami buat masa ni, makanya berbuka dengan nekma jatuh pada hari biasa jelah. Sebab setiap hari berbuka pun meriah juga sbb ada uncle, nekma, tok abah dan mggu ni ada maklang. Next week mgkn ada bangsu. 

Bertuah Izz dan mommy bila semua berkumpul sini.  Dulu xmerasa duduk dengan family sebab sejak form 1 sampai Uitm duduk asrama aje.  Rupanya dah ada anak merasa duduk dgn family =)

Salam Ramadhan semua!!

Saturday, July 05, 2014

4/7/2014 Selamat 3 Bulan Muhammad Izz Fahim Rizqi Mohammad Hairul

Alhamdulillah selepas beberapa ups & downs during confinement period, Izz Fahim semalam dah masuk 3 bulan.  Syukur.

Jeluak pun dah berkurang, kembung pun mcm dah xde dan alhamdulillah Izz jenis xbanyak buat perangai.  Menangis cuma kalau dah betul2 kritikal kelaparan.  Tu yang depa (ayah  nenek pakcik makcik suke menyakat nk dgr dia menangis) huhu~  Semoga terus diberi kesihatan yang baik. 

Bila dah jadi mak ni baru lah tahu erti tak cukup tidur.  Dulu kalau nak tido semua mesti proper gitu.  Sekarang asal bole letak kepala je terus hilang.

Kepada sahabat yang masih belum sampai rezeki cahayamata, percayalah bahawa rezeki kalian telah Allah rencanakan.  Insha allah setiap yang berlaku itu adalah yang terbaik untuk kita.  Semoga kalian diberi yang baik baik sahaja.  Ameen~