Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Sunday, October 20, 2013

Al-Fatihah Fadzli Mahpudz 1980-2013

Assalamualaikum,

Agak terkejut dengan news yang dicirculate dalam FB, tapi malangnya aku lambat tengok FB.  Kejadian sekitar pukul 9pagi 18/10/2013 (Jumaat) tu pukul 6 petang baru aku tahu. Haish!

Arwah sekelas dengan aku masa darjah 6 di Sekolah Rendah Sultan Ismail Kemaman.  Duduk sebelah meja lagi sbb Cikgu Shamsuddin cikgu kelas 6A waktu tu memang pair kan orang yang pandai dan tak berapa pandai.  Yang tak pandai tu aku lah.  

Lepas pada exam UPSR aku berpindah ke Kedah terus dah takde contact atau apa.  Even dah terjumpa semula di FB pun sekadar add friend gitu je.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.  Al Fatihah.


Berita Metro - Kempunan bawa anak bongsu balik kampung



بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين

Thursday, October 03, 2013

Rezeki 2013

Assalamualaikum..
Alhamdulillah tahun 2013 dah pun masuk ke bulan oktober..sekejap je dah 10 bulan..walaupun sekejap, tapi agak banyak benda yg berlaku dalam hidup ktorg..alhamdulillah syukur.
1. Alhamdulillah tahun ni dapat duduk umah sendiri.  So hadapi lah pahit getirnya sbb lokasi agak jauh.  Almost 120km travel pegi balik keje..fuyooo magic!! 3 bulan pertama aku stress sbb x bole cope dengan masa dan badan tersangatlah letih.
2. Finally ktorg bela kucing. Hehe x sangka sbb dah lama hairul nak bela tapi aku cakap nanti lah nanti lah.  Sehingga sampai disuatu pagi Allah bukak kan hati.  Syukur alhamdulillah.  Hidup lebih nyaman, gembira dan tenang bila ada kucing.  So far dah bela 4 ekor, mati sekor tinggallah 3 ekor je.  Kami saaaayang 'late' Neru, Mikki, Oyen & Omot
3. Alhamdulillah..insha allah bakal menambah ahli keluarga.  Semoga dipermudahkan semuanya.

Monday, September 23, 2013

R.E.Z.E.K.I


Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

Sunday, September 22, 2013

Takde Persamaan Tak Mengapa

Assalamualaikum

Rasanya rata-rata kita sejak zmn skolah mesti berangan nk partner yg sehati sejiwa gitu.  Aku lah, org lain aku xsure tapi sama gak kut.

Klu bole nak minat warna sama, lagu yg sama, makanan kegemaran sama, minuman kegemaran sama..semuanya nak sama lah..ceh podacit!!

Sesungguhnya ajal maut jodoh pertemuan di tangan tuhan. Aku ditakdirkan bertemu jodoh dgn org pendiam. Syukur mmg itu yg aku idamkan. So aku bole lah cakap byk non stop kan..hahahaha~ tapi kami lsg x punya persamaan kecuali bab makan. Thats lucky me! So far blm la kena komplen sebab gemok! Syukur..

Tapi sebenarnnya x mengapa xde persamaan.  Itu yg saling melengkapi. Aku xtau masak asam pedas, dia tahu ;) Aku x pandai siang ikan besar, dia tahu...see see..kan untung tu..hehe~

Jadinya dlm hidup ni, kita xkan dapat semua apa yg kita nak..tapi bersyukurlah dgn apa yg kita ada skrg ni.  Mgkn kita x berjaya sgt dalam pelajaran tapi kita yg paling awal dpt keje.  Mgkn kita x berjaya dalam kehidupan berkeluarga tapi kita berjaya dapat duit banyak dan membahagiakan keluarga kita..kadangkala kita lemah, mudah lah terikut bisikan syaiton tu..klu rasa down, cb fikir bahawa ada org yg lagi susah atau lg sengsara drpd kita, mesti kita akan rasa bertuahnya kita.

Yg penting, usah lah kita melihat sesuatu dari sudut yg negatif. Macam H cakap, "cuba nikmati setiap yang dihadapi ni sebagai satu pengalaman"

Apalah yg aku merepek ni sbnrnya..xpelah..hrp korg yg baca faham apa yg aku maksudkan sbnrnya..Hehe

Mode ting tong sket sbb asyik x sihat dan hutang web org masih in progress..Ya Allah permudahkan lah semuanya..

Friday, September 20, 2013

Alhamdulillah Rezeki Jumaat

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah daripada pagi ada officemate bawa nasi lemak wifey dia masak.  Maka beramai-ramai lah kami geng IT makan. Alhamdulillah

Menjelang tengahari, dapat pulak kurma lembik. Bkn musim puasa ni ssh sket nk cari kurma. Rawang, to be exact Tasik Puteri tu mmg xnampak lah rasanya. Alhamdulillah.

Sebelum balik alih2 dapat pulak plastik hitam.  Ada jambu air dalam tu. Gembira hati bukan kepalang. Syukur Ya Allah.  Seolah apa terlintas di hati terus dapat. 

Alhamdulillah..syukur sesangat untuk rezeki yg tak disangka ni