Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Sunday, March 14, 2010

Bergaya Cara Muslimah - Skirt Labuh

Tadi ziarah blog k.chik, aku mmg suke blog k.chik sbb blog tu membuktikan even seorang muslimah yang bertudung litup pun, kita masih boleh bergaya mcm org lain jugak..

Canteek kan?

Ini cadangan-cadangan kakchik:









LTAT Gotong Royong Perdana 5s

Company aku dah achieve ISO 20k, skrg ni nk mengejar pensijilan (ke persijilan ek, mn2 je lah) 5s pulak..tau je lah spec 5s tu lagu mana..agak merenyahkan lah jugak..tp ikutkan saje lah..

Semalam berlangsung lah gotong royong perdana, bermula dengan makan pagi, gotong royong, makan tengahari & bersurai..kat sini, bab makan mmg kelass!! lagi gemok la aku jawapnya (dasar pemberi alasan..huhuhu)

Berkumpul di tgkt 13 utk sarapan pagi
tp aku tak mkn sbb dah breakfast dgn H

Sambil diorang makan2, aku pun berfoto gedix lah

aku gi ziarah tmpt diorang smbl snap apa yg ptt :D


belah diorang byk main dgn kertas, tu pasal semua duk shread jer..huhuh

kul 12.30 pm semua berkumpul semula kat tgkt 13 utk lunchie time
dan kitaorg dpt no. 1 kehadiran plg tinggi..cayalah IT Dept


Hadiah tak seberapa pun, tp yg penting nama tu, IT menang kehadiran weh..pergh..gile komitment :D all wearing RED except En. Sulaiman sbb aku tak terjumpa dia utk bgtau kn pakai baju merah..huhuhuh..sori en. leman

Wednesday, March 10, 2010

PARTY LIAR Kikin

Hahahaha, sila abai tajuk entry itu :D LIAR lah sangat..waktu ofis lah, liar hape ke bendanya..nk cucuk langit apa tengahari buta ni.

Birthday Kikin hari ahad lepas, tp kitaorg baru lah dpt sambut secara kecil2an hari ni..tak susah pun nak organize simple suprise ni sbb si kikin ni jenis tak peduli sgt benda2 pelik keliling dia :D hahaha..sori kikin..

Tp dia mmg terkejut lah siap terduduk bagai, kitaorg pun panik sampai tak sempat nak snap gambar waktu dia terduduk :D

We wish u happy 25 birthday Kikin..may all ur dreams come true.


muka kikin yg terkejut ;)




Tuesday, March 09, 2010

Tips Temuduga Berkesan

Masa blog walk, aku terjumpa lah satu blog ni, antara entry dia yg menangkap mata aku adalah pasal tips temuduga..dulu2 ms aku tgh kalut duk carik keje tetap mmg tak terjumpa la pulak blog yg bg tips gini, skrg ni ada lah pulak..so aku igt nak share lah sini, kut2 lah sesapa yg rasa boleh diguna pakai, sila lah guna pakai..all the best to you guys

Credits : http://namakuhafiz.blogspot.com


1. Pakaian seperti anda ingin bekerja
Ada sesetengah syarikat yang tidak mengkehendaki pemohon untuk berpakaian terlalu formal ketika sesi temu duga dijalankan. Memadai sahaja dengan berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. Jangan sesekali memakai seluar jean, memakai baju T yang terlalu buruk dan tidak bersikat rapi.
Kebanyakan penemu duga lebih senang melihat pemohon memakai pakaian kemas seperti kemeja dan berseluar slack. Bagi wanita pula, anda disarankan tidak mengenakan pakaian yang terlalu nipis atau seksi, memakai terlalu banyak aksesori dan bersolek terlalu tebal.
2. Buat kajian
Pastikan sebelum menghadiri temu duga anda meluangkan sedikit masa membuat kajian mengenai syarikat tersebut. Selain itu, pastikan anda tahu tugas-tugas yang diperlukan bagi jawatan yang dipohon. Ia memberi bonus kepada anda kerana mempunyai sikap ingin tahu yang begitu mendalam terhadap syarikat dan pekerjaan yang ingin dipohon.
3. Jangan lambat
Jangan lambat menghadiri sesi temu duga. Ia adalah antara perkara paling dilarang berlaku semasa sesi temu duga. Kejadian itu akan memberi kesan terhadap pandangan majikan terhadap anda walaupun anda memberi alasan tersesat atau kesesakan lalu lintas. Jika majikan mula merasa benci, kebarangkalian untuk anda memperoleh pekerjaan tersebut adalah tipis.
4. Tanya soalan
Tidak semestinya majikan sahaja yang mengutarakan soalan. Anda juga boleh bersiap sedia dengan soalan-soalan anda. Ia merupakan idea yang bagus jika anda juga bertanyakan soalan. Kenapa begitu? Ini kerana, ia menunjukkan yang anda bersungguh-sungguh menginginkan jawatan tersebut. Namun apakah soalan-soalan yang sesuai untuk ditanya kepada majikan?
*Adakah syarikat ini memberi peluang kepada saya untuk belajar kemahiran-kemahiran baru lain daripada jawatan yang dipohon?
*Adakah sebarang persoalan yang bermain di fikiran tuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri saya?
*Adakah saya akan dilatih terlebih dahulu untuk memahirkan diri dalam jawatan tersebut?
*Apakah perkara yang paling penting perlu saya tahu mengenai jawatan ini?
5. Ucap terima kasih
Jangan kedekut untuk mengucapkan terima kasih kepada majikan sebelum dan selepas temu duga. Apabila anda melangkah masuk ke pintu majikan, ucapkan terima kasih apabila disuruh duduk.
Sebelum anda melangkah keluar pula, ucapkan sekali lagi terima kasih kerana kerjasama yang mereka berikan.
Namun ingat, jangan terlalu banyak mengucapkan perkataan terima kasih kerana ia boleh disalahtafsir oleh majikan sebagai terlalu mengampu atau hipokrit.

Sunday, March 07, 2010

Tukar Tulisan Rumi ke Jawi

hye ain, pinjam profile sy sbb sy minat dkt perkataan jawi tu :D



Aku tgk profile FB kawan aku, mcm best je utk nama dia, dia ada letak huruf jawi..aku pun apa lagi tanya lah dkt pakcik google..then aku pun terjumpa lah website yg boleh translate dari rumi ke jawi..syiok noh..semua dihujung jari je..petik petik dapat :D

Ni lah websitenya http://www.ejawi.net/


Tapi aku tak pasti lah kawan aku tu translate kat situ ke kat mana..very nice website anyway