Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Wednesday, September 14, 2016

Test Guna BlogIt!

BlogIt! ni android apps untuk blogging.  Interface dia agak user friendly.  Boleh bold font, boleh Italic kan, boleh underline, Strike pun boleh! 

Boleh terus masukkan link. JUJU INSTAGRAM

Boleh masukkan gambar jugak




Erm menarik.  Kita cuba pakai lagi untuk kali ni.  Kalau apps ni ok takde error.  Nanti bole buat review lagi.

Labels pun boleh pilih.  Tak gaduh nak kena ingat plak apa label yang dah pernah buat sebelum ni.

So far apps ni sangat convenient untuk update blog while on the go.

Sambungan Suku Pertama 2016

Sebelum baca post ni korang kena baca previous post kat sini. KISAH SUKU PERTAMA 2016

Tahun 2016 ni memang agak mencabar.

23-24 Mei Izz dah start demam panas. Every time demam memang high fever manjang

25-27 Mei Izz warded untuk pertama kali dalam hidup di Pusrawi. Ulser penuh di tekak dia. 4 hari tak boleh makan minum. Memang kesian sangat-sangat

28-31 Julai Izz demam lagi. Izz memang selalu demam tinggi dan balik2 klinik akan cakap tonsil.

2-5 Ogos Izz warded di KPJ Tawakkal. Kali ni aku memang tekad tak nak ke Pusrawi dah sebab doc kat sana bukan jenis bercakap. Kita ni dah la tak faham medical stuff ni. KPJ buat full blood test dan Izz positif kena virus RSV. Kurus kering Izz waktu ni

13-16 Ogos Ayden pulak start demam tinggi. Pagi sebelum ke hospital tu suhu dia 39.7. Hanya Allah yang tau perasaan aku waktu tum. Terus masukkan sub voren dan mandikan dia. Full blood result Ayden dia kena virus Adeno Virus & Rhino Virus

23-27 Ogos Ayden warded lagi. Kali ni dia dah start batuk dan selsema dan ada wheezing di dada. Kebetulan memang ktorg tunggu sampai tarikh follow up dia. Tiap kali lepas discharged KPJ akan schedule follow up. Memang susah Ayden nk bernafas waktu tu. Doc admitkan Ayden. Full blood test ayden positive virus RSV. Ayden kena neb every 4 hours. Physio dan nasal suction

13 Sept Tokwan start demam tak boleh bangun. Macam demam sakit urat. Lepas berbincang kitaorg decide adalah lebih baik kitaorg ambik Ayden dan hantar ke pengasuh supaya mama dapat jaga tokwan sepenuhnya. Lagipun Ayden menangis mungkin sebab rindukan kitaorg. Bulan lepas sebulan mama dan Ayden duduk dengan kitaorg dan aku dapat jaga Ayden malam-malam

14 Sept Insha allah hari ni ktorg akan jumpa dengan bakal pengasuh Ayden. Semuanya berlaku dengan pantas. Semuanya adhoc. Harap sangat dipermudahkan urusan.

Pada yang baca entry ni. Mohon doa agar dipermudahkan urusan kami semua. Dilemma mak mak bila nak hantar baby ke pengasuh. Susahnya lah hati =(

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 13, 2016

Bila Izz Ikut Wan

Assalamualaikum.

Seronok melayan bila si Izz Fahim dah makin besar. Kadang bole sakit kepala pun ada jugak dengan dia punya tantrum. Tapi sejak dah bole bercakap sikit-sikit ni. Bukan main banyak mulut dia. Memang keturunan mommy sungguh. Kalau ikut pak hang sohih pendiam sikit kan ;)

Bebaru ni ikut wan (panggilan untuk tokwan) pi pasaraya. Memang mak nenek betoi. Apa wan ambik sibuk je dia nak ambik jugak. Pastu pau kereta menan 4 biji kan. Nasib la harga mampu milik je situ






posted from Bloggeroid

Ayden Duduk

Alhamdulillah di usia 9 bulan 1 minggu Ayden baru dapat duduk. Hehe~ Progres agak lambat berbanding budak lain baya dia. But its ok.

Lagipun Ayden memang dah merangkak sejak usia 7 bulan lebih tapi tak bole duduk je lagi.

Nekma kata comey je duduk bercatuk lepas merangkak =)


posted from Bloggeroid

Thursday, September 08, 2016

Blog Bersawang

Rindu nak blogging balik. Dah kena rajinkan diri sket la lepas ni. Duit nuffnang tu dia 2 tahun baru RM19. Punggah.

Lunch tadi makan lauk bekal ;)

posted from Bloggeroid