Saturday, January 30, 2016
JJCM - Wood & Steel Coffee. Furniture. Art
Alamat : Wood & Steel Subang U3
12 Jalan U3/5 (BK) off Jalan Sg Buloh
Seksyen U3 Subang Perdana, 40150
Shah Alam, Selangor
Sajian utama di sini sudah pasti western & coffee. Harga air agak mahal dan pilihan air terhad. Tapi makanan agak sedap dan memenuhi tekak kami suami isteri.
Suasa kedai ok dan tenang. Orang tak ramai sangat sebab yang datang bersilih ganti so ktorg bole makan dengan tenang dan buat macam kedai sendiri. Huhu~
Konsep di sini, tengok menu - pi order di kaunter - bayar - tunggu makanan dihidang di meja anda yer
Menu-menu yang ada
Posted via BlogIt!
Monday, January 18, 2016
Jangan Over Protected
Aku: Abang!! Tengok anak tu tengah buat apa?
*selang beberapa minit kemudian
Aku: Abang!! Jangan la bagi dia main tu.
*scene ni berlarutan byk kali dan akhirnya
H: Jangan over protected sangat boleh tak!!
Aku: *Terdiam sebab sentap. Huhu~
*************************************************
Bila fikir-fikir balik betul la apa laki aku cakap tu. Kadang-kadang tahap kerisauan tu melampau benar. Aku cuma tak nak anak dapat sakit/luka/bengkak atau sebagainya.
Izz memang tengah melasak sekarang. Kadang tu xde la bahaya sangat cuma kena pantau je la macam dia panjat kerusi meja makan atau berdiri atas sofa tapi mak dia dah menjerit mcm orang kena histeria. Aku risau sebab Izz tak reti serik. Orang kata budak dah jatuh dia sakit dia xbuat lagi dah tapi Izz bukan macam tu. Umur 1y10m ni umur dia tgh syiok dan xkenal erti sakit gamaknya.
Tapi betul lah. Aku jangan terlampau sebab nanti dia langsung xtau itu xtau ini dan akan banyak bergantung pada orang. Nampaknya mommy kena berubah.
Teringat balik kisah #kucingkami yang 12 ekor ni. Bayangkan setelah 3 tahun bela dan hanya baru-baru ni aku berani bagi depa ni keluar rumah. Walaupun bukan semua yang keluar tapi sebelum ni aku memang xbagi. Dulu Mikki terlepas aku sampai nangis2 dalam bilik air sebab H kata malas nak cari. Tapi laki mana xkesian bini kan dia ajak la pi cari. Lepas jumpa tu bole plak aku menangis sambil bawa masuk mikki dalam kereta. Mikki terpisat3 baru bangun tidoq. Hampeh betul!!
Kali ni aku bagi H lepaskan keluar sebab Dean pernah keluar dan dia balik semula. Sejak tu baru lah aku bukak hati. So Dean dengan bangganya jadi pioneer yang keluar rumah. Yang kelakar tu keluar ikut pintu belakang pastu pusing blok mai lepak depan porch ni ha. Duk la situ sampai malam. Serupa je macam hang tak keluar Dean oi 😂😂
Ok kesimpulannya memang aku over protected!! Haish
Saturday, January 16, 2016
Tudung Aidijuma - Custom Made Tote Bag
Monday, January 11, 2016
JJCM - ZAWARA Coffee
Zawara Coffee yang paling dekat di Bukit Jelutong lah. Tu pun pi sebab dekat dengan rumah mertua di Subang. So kita sekali jalan jelah..
Menu. Walaupun senarai kek panjang tp kek yang tersedia adalah terhad. So boleh cek di kaunter dulu kek apa yang ada.
Butterscotch Cheese Cake kalau xsilap namanya. Ok sedap la jgk sebab Izz Fahim makan je. Dia jarang suke benda2 selain nasi.
Kitaorang order 1 kek, 1 spagetti dan 2 air
Abanglong Fahim
Monday, January 04, 2016
Tips Tidak Stress Semasa Berpantang
Assalamualaikum.
Alhamdulillah dah berlalu lebih kurang sebulan aku berpantang. Boleh dikatakan berpantang kali ni emosi lebih stabil berbanding masa berpantang anak pertama dulu. Walaupun adalah jugak ups and downs yang jenuh laki aku nak melayan tapi aku simpulkan berpantang kali ni agak kurang stress.
Antara tips nya;
1. Terima keadaan diri yang tengah lemah. Teran beranak tu penat hokey!! Jangan nak gedik ingat ko gagah perkasa sangat. Takde lah suh terbaring 24 jam, tapi bila rasa mcm tak larat tu bawa-bawa la duduk atau berbaring.
Contohnya nk mandi/buang air ke. Masa dalam bilik air tu kalau rasa xlarat. Ko lex lex je dulu. Duduk dulu ke atas tandas duduk tu. Xpayah nak kejar apa sangat tapi pastikan lah ada org lain tengokkan anak ye. Jangan lah siap mandi wap bagai pastu anak kat luar melalak kelaparan sampai biru. Duhh~
2. Bawa-bawa pejam mata kalau rumah bersepah atau baju yang dilipat tak memenuhi spesifikasi jiwa kau atau barang disusun bukan ikut lokasi yang ko tetapkan.
Bersyukur dan berterima kasih lah dekat orang yang sudi mengemas rumah/lipat kain/susun barang tu. Macam aku mostly en. Suami lah dan sudah pasti xmemenuhi spek aku. Huhu~ sebab kita orang pompuan ni mmg camni, drawer tu khas lampin je ye. Mittens booties lain2 tempat ye. Bla bla bla so on dan so forth. Kesian laki achik. Bertabah ye sayang.
3. Jangan bersedih kalau susu badan tidak memberangsangkan. Ingat lagi masa Izz Fahim dulu konon dah terer sgt, mengaji dgn google dan FB je. Kekonon nak tegar EBF (exclusive Breast Feed) sampai anak dehydrate. Kencing izz macam keluar darah ok sebab ko xbagi susu cukup dekat dia!! Nasib la Izz Fahim tu bertahan dan kuat. Kalau jadi apa2 camne? Sampai mati lah aku xmaafkan diri sendiri.
Makanya untuk anak kali ni. Susu xcukup, dia melalak. No worries campur jela dengan susu formula. Abaikan cakap2 orang luar. Depa apa tau. Yang nak hadap anak kita tu kita bukan dia!! Walaupun aku kekadang weng jgk sbb kali ni susu tak banyak tapi cuba jadi positif. Allah susun tu dah terbaik kita usaha jelah
KESIMPULAN
Kesimpulannya untuk tak nak stress kita kena belajar menerima. Terima badan xkuat, terima keadaan rumah bersepah, terima susu kurang.
Dan aku sendiri ni pun masih dalam proses menerima walaupun boleh kata sepanjang masa menjerit aje sebab Izz Fahim punggah bakul mainan, minum air milo tuang ke lantai, makan sepah sepah.
Tu belum lagi campur baju berbakul-bakul tak berlipat. Habis lipat sebakul datang lagi dua bakul. Pakai baju ke buat show baju ktorg ni. Pastu habuk sana habuk sini, huwaaaaaa~~
Fuuh fuuh bertenang bertenang. Jangan stress. Hehehe (^_^)V
Sunday, January 03, 2016
Selamat 1 Bulan #AydenMAA
Alhamdulillah semalam 2/1/2016 #AydenMAA genap umur sebulan. Dah bawak pi cucuk sebulan dah pun . Nasib vaksin sebulan masih ada stok si Klinik Najihah Tasik Puteri ni. Kalau tidak jenuh jugak abah dia nak mengambil cuti. Tapi malangnya untuk vaksin 2 bulan klinik xde stok. Parah parah.
Syukur sepanjang tempoh sebulan ni senang nak menjaga baby Ayden. Asal makan cukup maka tido lah dia. Alhamdulillah Allah permudahkan lagipun aku kena berpantang sendiri selepas 2 minggu sebab mama pergi umrah.
Jom layan gambar jelah ;)
Cucuk 1 bulan
Baby Ayden dah botak
Ni masa ada rambut. Bukan main lebat rambut dia
Nama penuh baby Ayden ;)