Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Friday, February 27, 2015

Sungai Pasir Kg. Temir, Kg. Pauh Terengganu

Assalamualaikum

Alhamdulillah rumah tokwan balik kali ni dapat pegi lagi jejalan ke sungai ni. Satu ketika dulu mama kata sungai ni sangat² bersih.  memang jadi tempat tumpuan anak² kampung.  Tak silap aku arwah Ayah Ngah pernah bercerita masa last kitaorang balik kampung sebelum dia meninggal tu, ceria arwah bercerita kata air situ sangat jernih dan siap nampak udang kecik².  Betapa zaman dulu segalanya bersih dan nyaman.  Kalau arwah masih ada, mesti Hairul ajak arwah mancing di sungai ni agaknya.

Sungai ni sekarang dah tak sesuai nak mandi manda.  Besar sungainya, air pun deras dan dalam.  Lokasi ni sesuai untuk memancing, berehat-rehat dan bergambar.  Outdoor session untuk pengantin memang cun abis lah!!

Jom tengok gambar yang sempat snap masa kitaorang balik cuti CNY minggu lepas.


ada pakcik cari ikan

Bebudak ni kata 'takap ikang haluh'
*tangkap ikan halus/seluang

Ada budak merasa main pasir uols

Mommy daddy ambik peluang posing gedix sementara
anak dibiar main pasiaq

ececeh fe-feeling cover majalah Keluarga

We-fie

Ni time visit tengahari, panas rembang hokey

Nekma & Cik Lang bodyguard pahing

Bukan main pahing dengan Cik Lang
Ni lah tokwan saya.  Alhamdulillah masih sihat dan segar di usia 96+
Semoga terus sihat.
Pahing main wa wa wa wa nun bulan

Monday, February 23, 2015

Hadiah Birthday untuk En. Suami - Ajiking Pro Box

Alhamdulillah semalam 23 Feb 2015 adalah hari lahir H yang ke 33. Syukur alhamdulillah di atas semua yang Allah kurniakan. Terutama dari segi kesihatan dan kehidupan.

Adalah aku ngomel2 hari tu cakap nak bagi hadiah apa eh. Maklumlah klu aku ni balik2 perfume balik2 perfume. Laki terima aje lah dah bini hadiahkan. Skali Jeri suggest box ni sebab dia kata dia suke. Siap beli 3 biji. Hairul pun belum ada lagi storage box tu so menarik jugak idea jeri tu kan.

Aku bawa balik box tu awal. Memula siap 'tipu sunat' kata tu box jeri. Hairul sangsi jgk sebab apa hal plak jeri punya tapi memandangkan umah kitaorg berdepan je dan aku cakap mungkin jeri xnak ana bising kot makanya laki aku percaya je. See bini baik la kata, xpenah menipu. Huhu~

Ni lah box nya. Suke kaler askar ni. Semua jeri & ana tolong belikan dan jeri susun siap2 dalam box. Dia kan pemancing tegar so i just leave it to him.


















Malam tadi tak sangka pulak Jeri pun bagi hadiah dkt hairul. Sengih lah kawan. Siap dapat rod 6 cincin, jaring & mata.






Sambil senyum H cakap 'best birthday ever'. Over tau laki acik =)



posted from Bloggeroid

Sunday, February 15, 2015

Gugirl IT @ Espresso Bar

Lunch date setelah 3 bulan Syera cuti bersalin. Btw TQ syera bela ja kitaorang. Murah rezeki mama Taufeek 😉

Lama x dating kan. Cakap x berenti kekdahnya. Huhu~





















posted from Bloggeroid

Thursday, February 12, 2015

Sebuah Kehidupan

Assalamualaikum.

Kalau duduk sesaja mula la fikiran menerang. Ingat lagi kalau dulu2, nak tido mesti rapi & teratur. Kira paling busuk perangai pun mesti pi toilet dulu buang air basuh kaki baru tido. Bantal susun dulu dan paling utama bantal untuk tutup telinga wajib ada. Kalau xde bantal/apa2 tutup telinga xbole tido. Bukan sebab bising tapi sebab dah biasa kena tutup telinga. Perangai tu bawak sampai lah kawen.

Alih2 bila ada rezeki anak. Berubah 360 rasanya. Kelakar pun ada. Asal letak kepala je lesap. Kepala tak payah beralas bantal pun boleh tido. Paling utama waaah tetiba kau telinga xpayah tutup apa2 pun tetap selamat!! Haha

Gitu lah sebuah kehidupan. Sekelip mata je macam2 bole berlaku. Hidup kita mungkin xkan sama macam orang. Kita tetap akan nampak life orang lain best pada kita. Aku ni selalu je terbabas. Macam Hairul selalu sound, jangan membanding2 boleh tak! Sekali kena sound sekali cebek. Pastu insap la beberapa bulan pastu tersasar balik. Haish! Apa pun bersyukur lah dengan apa yang ada dan dengan orang sekeliling yang sentiasa mengingatkan kita tentang sesuatu.

Terima kasih suami
Terima kasih keluarga
Terima kasih kawan-kawan

Notakaki: apalah lah yang aku merepek memalam ni kan
>

posted from Bloggeroid

10 months baby What to expect from your baby at this stage

Source: Baby Center Malaysia


posted from Bloggeroid

Tuesday, February 10, 2015

Kerang Fresh di Pantai Remis Kuala Selangor

Assalamualaikum.

Ni kali kedua aku sampai ke Pantai Remis. Best rupanya. Segala jenis family kerang fresh fresh belaka. Yang susah nak jumpa macam 'anak dara' pun ada.

Anak dara tu Jeri duk kata sedap. Sebelum ni pernah cari di Pasar Pasir Penambang tp xde pulak. Akhirnya dapat jgk rasa.

Sesapa yang berdekatan bole la datang sini. Bole buat kelas mari mengenal family kerang =) sebab segala jenis cengkerang wujud. Hehehe











Anak dara masak tumis serai



Lokan





Menu semalam. Lokan stim & Anak dara cicah cili kicap

Friday, February 06, 2015

#tripkekawan 1-3 Feb 2015 Port Dickson

Assalamualaikum.

Alhamdulillah #tripkekawan kali kedua berlangsung dengan jayanya.  Selepas trip kali pertama di Cameron Highlands tahun 2013 dulu.  Tahun ni baru sampai rezeki untuk sambung trip kedua. Mudah²an ada rezeki lebih untuk plan next trip pulak.  Pulau Pangkor mungkin.  Hehehehe.

Penginapan untuk trip kali ni ditaja sepenuhnya oleh Amin & Amy. Alhamdulillah.  Semoga korang dimurahkan lagi rezeki.


Cuaca cerah & panas sepanjang perjalanan ke PD

Alhamdulillah kitaorang selamat sampai sekitar jam 4 lebih.
Besar condonya.  Sangat selesa untuk 3 family.

Jangan risau kalau anak masih belum ada baju mandi.  Boleh beli di Pantai Teluk Kemang.
Harga pun mampu milik.  Macam baju Izz tu RM30 sahaja.  Kalau di pasaraya mahal harganya.



Aktiviti Day 1 - Berendam dengan anak² =)


Lepas berendam, bawak Izz keringkan badan dulu sekejap


Keluar gate untuk pijak pasir pantai.  Arghhh bestnya rasa pasir² tu.


Belakang tu kondo tempat kami menginap


Aktiviti Day 2 - Jom jalan²
Ni baru dinamakan tour in group :D memang se-group masuk lif


3D Art Gallery (Lukut)
Harga tiket : RM 20 Dewasa (dengan Mykad)

Sesuai untuk mereka yang gila bergambar dan sporting untuk buat segala
jenis aksi supaya hasil gambar nak 'real'










Selepas penat jelajah bangunan 3 tingkat tu, kita boleh lah basahkan tekak.
Ada cafe di tingkat bawah galeri tu



PD Ostrich Farm (Teluk Kemang)
Harga tiket : RM 13 Dewasa



Sebelum balik ke hotel, kami singah ke Pantai Tanjung Tuan.
Saje nak bagi Izz rasa pantai.

Esoknya budak tu bangun tidur dengan senang hati.  Kira tenaga dah re-charged lah tu.


Aktiviti Day 3 - Balik KL


Bergambar kenangan ;)