Wednesday, January 28, 2015
Monday, January 26, 2015
#TripJiran Aktiviti Memancing di Kolam Pancing Berbayar Perpat Resort
Kolam Pancing Berbayar Perpat Resort, Kapar, Klang
Yuran :
RM 20 / Joran
*Ikan boleh bawa balik
H dapat ikan sikit aje. huhuhu~ novice lah katakan. Tapi Jeri & Adik (anak Jeri) dapat banyak. Besar-besar plak tu. Target memang nak talapia. Sebab last time Jeri pergi, ikan yang diorang dapat tu sedap dan tak rasa tanah langsung.
Hasil tangkapan Jeri, Adik & H tapi H dapat 4 ekoq ja. heheheh~
Friday, January 23, 2015
Sarapan Geng IT 2015
Alhamdulillah pembuka makan-makan untuk geng IT tahun ni bermula dengan misi Coq (cucur) Kembong Abg Shuk. Memang dia terer lah buat cucuq ni. Lembut & sedaaap.
Unit IT xbesar sangat dan nisbah staf lelaki lagi ramai pada perempuan. Tapi alhamdulillah semua sempoi dan kepala gila-gila. Pendek kata senang nak masuk lah. So majlis makan2 ni selalunya menjadi aje. Tak banyak songeh bak kata orang.
TQ untuk abang shuk sebab uli dan buat coq kembung. TQ pada Bum sebab buat kuah kari. Alhamdulillah kenyang!!
Tapi bila tengok gambar rasa macam nak lagi!! Huhu
Thursday, January 01, 2015
'Hadiah' 2015
'Hadiah tahun baru'
1. Anak resah gelisah tak nak tidur. Nak kata kembung perut rasanya tak. Nak kata demam suhu badan ok. Mata dia mengantuk tp gelisah ya rabbi. Pusing kiri pusing kanan pusing kiri pusing kanan. Kalau tidur pun kira macam terlelap sekejap pastu jaga sambung balik gelisahnya. Berlanjutan sampai pukul 4 pagi. Mak pak dah kalah mata zombie. Ni lah antara dugaan kalau terpaksa travel jauh hari2 untuk pegi keje. Blk rumah bdn penat gile =(
2. Pukul 5 lebih kaki kena cramp plak. Sekian lama xkena. Last masa awal2 mengandung tahun lepas je kena. Lagi skali terpaksa kejut suami yg baru jgk terlelap lps anak tido tadi. Dengan mata zombie dan minda separa sedar. Dia luruskan la jgk tapak kaki ni.
3. Telefon yg dah berzaman rosak bunyinya tiba2 berbunyi plak hari ni. Kita tgk jela bape jam je bunyi tu bertahan. Heh!
Izz br tido ni. Rasanya elok lah aku nap sekejap kumpui tenaga. Kekdah mcm anak sepuluh baq hang!
Selamat Tahun Baru 2015
Alhamdulillah 2014 berlabuh dengan pelbagai kisah suka duka secara peribadi mahupun untuk negara Malaysia.
Alhamdulillah juga tahun 2014 merupakan tahun rezeki untuk kami kerana selepas 7 tahun mendirikan rumah tangga kami dikurniakan cahayamata. Syukur alhamdulillah.
Disebalik suka, duka menjelma dengan kehilangan pesawat-pesawat MAS, kezaliman puak Zionis, banjir besar di Pantai Timur dan yang terkini pesawat Air Asia yang terhempas dan tergelincir. Semoga tahun mendatang adalah lebih baik untuk kami semua.
Dalam diam tersemat sedikit azam. Moga-moga dapat ditunaikan dengan baik.
✔ Upgrade Iman
✔ Upgrade Ibadah
✔ Ganti puasa cepat2 bagi habis
✔ Upgrade kualiti time dengan keluarga
✔ Upgrade kualiti kerja
✔ Bercuti
Selamat tahun baru 2015 semua!!