Alhamdulillah semalam dah pi cucuk untuk bulan ke3. Berat dia naik xbanyak berbanding bulan lepas. Bulan lepas 6.1kg, bulan ni cuma 6.7kg sahaja. Doc tegur kata berat xbyk naik. Apalah yang mommy dapat jawap pun kan, mengiyakan jela *phew
Lepas cucuk ktorg terus ke umah atok Hassan. Alhamdulillah dapat berbuka bersama. Unplanned sebenarnya dan syukur Izz behave all the time. Walaupun dia kelaparan sbb susu mommy dah berkurang gile maka dia xcukup minum =( *sedih sangat rasa tapi nk buat macam mana
Insha allah nx weekend mgkin berbuka rumah wan pulak. Memandangkan nekma duduk dgn kami buat masa ni, makanya berbuka dengan nekma jatuh pada hari biasa jelah. Sebab setiap hari berbuka pun meriah juga sbb ada uncle, nekma, tok abah dan mggu ni ada maklang. Next week mgkn ada bangsu.
Bertuah Izz dan mommy bila semua berkumpul sini. Dulu xmerasa duduk dengan family sebab sejak form 1 sampai Uitm duduk asrama aje. Rupanya dah ada anak merasa duduk dgn family =)
Salam Ramadhan semua!!