Alhamdulillah setakat umur Izz Fahim 2 bulan ni aku masih diberi rezeki untuk bagi susu badan.
Walaupun kebanyakan waktu aku berperang dengan diri sendiri je sebab hasil pam yang sangat la sedikit. Bila tengok hasil ciput terus jadi tensen. Bila tengah2 pam tu keluarnya setitik setitik je pun terus jadi tensen jugak.
Serius cuti 2 bulan setengah ni byk berperang dengan diri sndiri je. Tapi bila fikir fikir balik kata-kata H "biar la sikit mana pun, dah takat tu je rezeki anak kita" Hurm yelah..tensen jgk sebenarnya mendengar.
Apa pun aku masih bernasib baik dpt jugak bf sehingga ke hari ini. Alhamdulillah