Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Saturday, March 29, 2014

39 Minggu

Alhamdulillah hari ni dah masuk minggu ke 39.  Dugaan kecil menerpa supaya si ibu bersedia menghadapi hari-hari mendatang kelak.

- Muka semakin membengkak

- Stretch mark semakin melarat
 
- Perut semakin memberat

- Badan semakin kurang bertenaga

- Selsema & sakit tekak

Semoga dipermudahkan untukku.  Ameen~

Tuesday, March 25, 2014

38 Minggu

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik.  Semoga dipermudahkan semuanya. Ameen~

Sunday, March 23, 2014

Melayan Perasaan

Haish lagi dekat nak bersalin lagi macam2 perasaan bergelodak dkt jiwa ni.  Di minggu yang ke-38 ni aku dah mula ada rasa malas, rasa marah, rasa kecik hati dan macam2 rasa lah yang membuatkan diri sendiri yang akhirnya sedih dan frust.  Yelah kan sape lah yang melayan kerenah ko, layan sendiri jela jawapnya.

Sbb tu orang kata kena banyak bersabar mengandung ni.  Dari awal dengan alahannya, dengan xde selera makan, makin lama dengan rasa neves dah bersedia ke belum nak jadi mak, lepas tu dengan berat perut, belum lagi segala alergi yang tiba2 muncul sepanjang tempoh ko mengandung sampai semua orang tegur sambil buat muka pelik.  Skrg ni fasa mainan perasaan pulak. 

Amalan bila bayi baru lahir

Credit : http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2009/03/amalan-bila-bayi-baru-lahir.html

1. Mengazankan dan mengiqomahkan ke telinga anak.

Azan di telinga kanannya. Iqomah di telinga kirinya. Dalilnya ialah hadis Nabi s.a.w.: Dari Abu Rafi’, katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. mengumandangkan azan di telinga al-Hasan bin Ali ketika ibunya (Fatimah) melahirkannya. (HR Abu Daud & At-Tarmizi).

Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya `ummu shibyan’. `Ummu shibyan’ ialah angin yang dihembuskan kepada anak, jadi anak itu takut kepadanya. Ada juga yang berkata bahawa ia adalah `qarinah’, iaitu jin.

Mengapa azan? Adalah wajar anak ini diazan dan diiqamatkan agar kalimah pertama yang didengarnya dan tembus ke gegendang telinganya adalah kalimah seruan Yang Maha Agung. Kalimah yang mengandungi persaksian (syahadah) terhadap keesaan Allah dan persaksian terhadap kerasulan Muhamad bin Abdullah s.a.w. Anak yang baru menghirup udara dunia ini telah diajarkan dengan aqidah dan syariat Islam, sebagaimana seseorang yang akan mati diajarkan dengan kalimah tauhid `La ilaha illallah’. Agar pengaruh azan ini dapat meresap ke dalam diri anak ini.

Azan ini ialah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nanti kelahiran bayi ini. Azan dikumandangkan ke telinga bayi agar seruan dakwah kepada Allah dan agamanya dapat mendahului seruan jahat syaitan.

Azan dan iqomah yang diperdengarkan akan dirakam oleh bayi berkenaan yang menjadi sebahagian dari pendidikan tauhid, syariat dan akhlak.

2. Tahnik iaitu menggosok langit-langit bayi dengan kurma.

Caranya: Kurma yang dikunyah diletakkan di atas jari, kemudian memasukkan jari berkenaan ke dalam mulut bayi. Gerak-geraknya ke kanan dan ke kiri dengan lembut hingga rata.

Jika sukar untuk memperoleh kurma, boleh diganti dengan manisan lain.

Dan yang lebih utama, `tahnik’ ini hendaklah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai sifat taqwa dan soleh. Ini adalah sebagai suatu penghormatan dan harapan agar anak ini juga akan menjadi seorang yang taqwa dan soleh.

Hadis Rasulullah s.a.w. dari Abu Burdah, dari Abu Musa r.a., katanya: Aku telah dikurniakan seorang anak. Lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya dengan Ibrahim, men`tahnik’nya dengan kurma serta mendoakannya dengan keberkatan. Kemudia baginda s.a.w. menyerahkannya kembali kepadaku. (HR Bukhari & Muslim)

3. Cukur semua rambut dikepala anak pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian bersedekah kepada orang-orang fakir dengan nilai perak seberat timbangan rambutnya itu.

Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan perkara ini, antaranya ialah: Dari Ja’far bin Muhamad dari ayahnya, dia berkata: Fatimah r.a. telah menimbang rambut kepala Hasan, Husin, Zainab dan Ummu Kalsom. Lalu dia sedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan. (HR Imam Malik)

Yahya bin Bakir meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyuruh agar dicukur kepala al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh dari kelahiran mereka. Lalu dicukur kepala mereka, dan baginda menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan.

4. Memberi nama yang baik.

Dari Abu Darda’ r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya pada hari kiamat nanti kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh itu, berilah nama yang baik untuk kamu. (HR Abu Daud)

Waktu memberi nama: Berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., ada yang menunjukkan pada hari pertama kelahirannya. Ini berdasarkan hadis riwayat Muslim dari Sulaiman bin al-Mughirah dari Thabit dari Anas r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Malam tadi telah lahir seorang anakku. Kemudian aku menamakannya dengan Ibrahim.

Ada juga hadis yang menunjukan pada hari ketujuh berdasarkan riwayat Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)

Dapat disimpulkan dari hadis-hadis berkenaan bahawa Islam memberi kelonggaran terhadap tempoh pemberian nama anak. Boleh pada hari pertama, boleh dilewatkan pada hari ketiga, dan boleh ada hari ketujuh.

5. Beraqiqah atau sembelih akikah.

Hadis Rasulullah s.a.w.: Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)

Berdasarkan hadis di atas dan hadis-hadis lain bahawa aqiqah dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Namun begitu berdasarkan pendapat imam Malik bahawa penentuan hari ketujuh seperti yang dilihat pada zahir hadis hanyalah berbentuk anjuran sahaja.

6. Memberi ucap selamat dengan mendoakan kesejahteraan anak dan ibubapanya, serta turut sama bergembira.

Dari Abu Bakar al-Munzir, bahwa dia berkata: Telah meriwayatkan kepada kami dari al-Hasan al-Basri bahawa seorang lelaki telah datang kepadanya, dan di sisinya ada seorang lelaki yang baru dianugerahi seorang anak kecil. Lelaki itu berkata kepada orang yang mempunyai anak itu: "Selamat bagimu atas kelahiran seorang penunggang kuda." Hasan al-Basri berkata kepada lelaki itu: "Apakah kamu tahu, apakah dia seorang penunggang kuda atau penunggang keldai?" Lelaki itu bertanya: "Jadi bagaimana cara kami mengucapkannya?" Hasan al-Basri menjawab: "Katakanlah, semoga kamu diberkati di dalam apa yang diberikan kepadamu. Semoga kamu bersyukur kepada yang memberi. Semoga kamu diberi rezeki dengan kebaikannya, dan semoga dia mencapai masa balighnya."

Begitulah secara asasnya beberapa sunnah menyambut kelahiran bayi. Sunnah-sunnah ini masih belum terasa janggal untuk diamalkan kerana ramai yang beramal dengannya. Oleh itu, kita juga perlu sama-sama beramal dengannya, semoga ia menjadi sebahagian dari tahap pendidikan ke arah mewujudkan genarasi muslim yang berakhlak mulia serta bertaqwa kepada Tuhannya.

Sekian. Wallahu a’lam.

Saturday, March 15, 2014

36 Minggu

Saje up gambar kekonon kenangan nak menjelang hari bersalin.  Uhuk2

Pagi tadi sebelum gi keje H kata 'perut ya dah ke bawah'.  Ermm ramai jugak yang dah kata camtu.  Kalau ikut due ada lagi sebulan so acik ni neves la jugak sbb xtau mcm mana rasa sakit contraction tu.

Semoga dipermudahkan.  Ameen.

Monday, March 10, 2014

Teruskan Berdoa - Pray for MH 370

Negara suram lepas kejadian flight MH370 dari KL-Beijing hilang dari radar pukul 2am sabtu lepas 8/3/2014.

Walaupun xde kawan atau family yang terlibat tapi insiden ni betul2 terkesan di jiwa.  Xsenang duduk rasanya.  Tidur pun xberapa nak lena sbb asyik teringat camne la family depa hadapi semua ni.

Walaupun dah lebih 48jam proses mencari dan kebarangkalian untuk jumpa mereka dalam keadaan selamat tu macam mustahil tapi selagi xjumpa selagi tu kita xboleh mengalah. 

Semoga ada petunjuk.  Bak kata orang kalau terhempas mana bangkainya? Kalau meninggal mana mayatnya? Sekurang2 ahli keluarga dapat lihat mereka kali terakhir.

Semoga dipermudahkan semuanya.  Ameen.

*Semua gambar diambil daripada facebook share

Friday, March 07, 2014

34 Minggu

Orang kata nanti bila lepas bersalin mesti rindu masa tengah mengandung.

So ini lah rupaku masa 34 minggu.  Alhamdulillah so far so good.  Cuma kadang2 kena berjalan agak perlahan macam siput sebab baby asyik mengeras.  Dan kadang2 bole jalan laju mcm escalator jugak..hehehe tipu jelah!!

Apapun syukur dapat rasai pengalaman ini.  Semoga dipermudahkan urusan bersalin kelak.  Ameeen~