Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Wednesday, December 31, 2014

Chiffon Crepe Shawl Murah


YEAR END SALE!! 🎉🎉

Chiffon Crepe Shawl 

✔ Tidak licin
✔ Mudah bentuk
✔ Selesa dipakai

Normal price: 1 pc RM 30 (exc post)
👍NOW 1 pc RM 28 (exc post)

Normal price: 3 pcs RM 28 (exc post)
👍NOW 1 pc RM 26 (exc post)

Jom beli sekarang!!

SMS/ whatsapp: 012-2626034

#sayajual #sayajualmurah #sayajualtudung #shawl #chiffoncrepe #chiffoncrepeshawl #chiffoncrepemurah #tudungmurah #bazaarpaknil #igshop #instaig

Tuesday, December 23, 2014

13122014 Selamat Pengantin Baru Hazri & Azhana

Alhamdulillah dengan sekali lafaz kawan baik aku si Jeri dah menjadi suami orang. Terasa macam tengok adik sendiri menikah. Aku pulak yg seronok semacam.

Jeri dan isteri kedua²nya adalah sahabat aku. Alhamdulillah hubungan yang dah lama terjalin berakhir di jinjang pelamin. Ramai jugak yang xtahu diorang bercinta dan ramai jugak yang muskil bila ada terserempak diorang di luar. Apa pun diorang mmg low profile dan hny rakan terdekat yang tahu ;)

Semoga korang bahagia hingga ke akhir hayat!! 

#weddingjeriana



Friday, December 12, 2014

Renungan Jumaat - 3 Prinsip Hidup

Alhamdulillah diberi peluang mendengar super senior berkongsi prinsip hidup dia.  

3 Prinsip

  • Jangan mudah menangis
  • Tahan sakit
  • Kuat semangat

Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan.

Wednesday, December 10, 2014

4/12/2014 Selamat 8 Bulan Muhammad Izz Fahim Rizqi Mohammad Hairul

Alhamdulillah Izz dah masuk 8 bulan.  Duk rasa macam baru lagi bersalinkan dia.  Typical ayat mak mak.  Huhu~

10 Progress Izz setakat hari ini:-


1. Dah tumbuh gigi.  Baru terasa atas dan bawah.



2. Dah bole merangkak dan meniarap dengan begitu tangkas.  Pantang lepa dah hilang berdesup.



3. Dah pandai menjerit aka mengamuk klu lambat suap dia makan, lambat buat susu & lambat bagi apa dia nak.  Haiyaaa!!


4. Demam 3 serangkai.  Demam+Batuk+Selsema sampai tekak kena infection =( Apapun syukur setakat ni Izz baru demam 3x






5.  Jadi mangsa buli pakcik makcik


6.  Obses dengan kotak.  Obses nk memunggah barang kekdahnya.






7. Bole duduk bersila.  Baby mgkn biasa duk mcm ni tp ktorg rasa itu cute sgt!






8.  Perkataan pertama adalah Buah.  Sebab dr lahir H duk menyebut ke dia boowaah boowaah.  Motip laki aku? Dia kata saje!! Huh

9.  Bole sebut mama, dada.  Malangnya ktorg nak dia sebut Mommy Daddy =D 

10.  Dah pandai pilih orang.  1st priority Mommy, Nekma, Daddy and the list goes on.  Kalau mommy ada mmg kim salam jela org lain sbb dia mmg menangis klu kena pass.  Xtau nak bangga ke x.  Mommy nk pi toilet pun susah Izz oiii



Friday, November 21, 2014

Renungan Jumaat - Kebahagian

Dugaan datang dan pergi.  Dugaan datang dalam pelbagai bentuk


  • Kaya - dugaan
  • Miskin - dugaan
  • Bahagia - dugaan
  • Derita - dugaan
  • Anak ramai - dugaan
  • Xde anak - dugaan
  • Bujang - dugaan
  • Berkahwin - dugaan

Pendek kata, bukan hanya perkara yg buat kita sedih tu adalah dugaan tp perkara yg menggembirakan juga adalah dugaan. 

Semoga Allah tetapkan hati kami agar tidak berbolak balik dan peliharalah kami dari membuat dosa.  Amiiin.

Saturday, November 01, 2014

Jadi mak mak

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dalam sedar x sedar dah macam2 pengalaman baru yang dilalui dan 6 bulan lebih dah aku jadi mak mak.

Masih lagi dalam mode menyesuai diri.  Bkn menyesuai diri jd mak tp menyesuai diri kena jadi sotong.  Bukan lembik ye tapi multitasking.  Mana nk mengemas rumah, kain baju nk kena lipat, gitu gini yang nampak remeh tapi tak tercapai dek tgn.  Pegi dekat otak je *sigh  Syukur bab basuh baju sidai baju H uruskan.  Oh ye kami mengamalkan berkongsi buat keje rumah.  Maklumlah maid xde. Sendiri jd maid jelah

Skrg anak dh makan nk kena prepare makan.  Mak aku yg menjaga izz dan bab makan mama yg cater.  Time cuti jela aku uruskan semua.  Tu pun kekadang mengelat mintak tlg mak jgk.  Huhu~

Kesimpulannya lifestyle dah berubah 360 darjah. Banyak kena belajar, memberi dan menerima.  Skrg ni moh cecepat lipat baju sementara izz tido sekejap sblm mandi petang. 

#latelyfeelingjadisupermakpulak  heh!!

Wednesday, October 01, 2014

Birthday 27 September 2014 Part 2 - JJCM Chicken Rice Guy

Alhamdulillah birthday kali ni kita repeat CRG (Chicken Rice Guy) lagi.  Yeaaa mari lah kita makan apa yang belum cuba lagi.  Tapi takde rezeki Duck Rice takde.  Sob sob sob


TQ Linda suprisekan birthday cake



Apa nak nama kek ni susah benar nak nyebutnya.
Yang aku ingat cheese cake je lah



Birthday Chong-owner CRG (husband Linda) 23 Sept.
So kita celebrate sekali lah ;)  September baby yooo!!



Ni lah linda.  Linda ni make up artis jugak.  So sesapa nak hire untuk dinner ke, wedding ke, enggagement ke sila lah contact beliau ye.  Instagram lin_elier

Kami kenal dari sekolah rendah masa sesama sekolah di
Sek Rendah Sultan Ismail Kemaman



Fahim tak kelip tengok aunty comel ye. 


Ni lah hidangan untuk kali ini yang kitaorang ambil.
Nasi ayam CRG, Mee kicap (wantan mee),
Wantan, Laici kang & Teh ais



Wantan yang sangat sedap sebab bila ada orang order baru dia balut.
Gambar senget benget



Mee kicap (Wantan Mee).  Aku tak tau lah kat tempat lain tapi ni 1st time aku
makan wantan mee ada macam isi ayam kat atas tu.  Sedap!!



Disebabkan kali ni agak bersilat dengan si kecik.   Makanya ni je lah gambar² yang dapat ambil.  Mungkin next time dapat jumpa geng SRSI yang lain pulak kat sini kan.

Monday, September 29, 2014

Birthday 27 September 2014 Part 1 - JJCM Foodsbury Cafe Seksyen 9 Shah Alam

Assalamualaikum.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk sambut birthday yang ke-34 tahun 2014 ni.  Syukur diberi peluang untuk sambut di samping suami tercinta dan anak tersayang.  Apalah lagi yang nak diminta.  Yang ada ni pun betul² bersyukur sangat dah.

Memang dah plan hari ni nak ke Shah Alam.  Si Empunya diri ni nak makan kek sedap² tapi tak tau kek apa dan tak nak kek SR.  huhuh~ very the fussy one!

Maka bersiap² la kita dengan si kecik nih.
Izz yang aktif :D
Thank you for loving me.  Your beautiful mom. hahahaah~


Sebelum tu singgah kejap di Pejabat Pos.

Mommy kan peniaga kotakjuju (JEMPUT LA SINGGAH)
Ada barang nak kena refund dengan supplier kisahnya.  Izz lepak dengan daddy kejap



--------------------------

JJCM (Ju Jalan Cari Makan) ^_^

Lokasi: 

Foodsbury Cafe
Seksyen 9 Shah Alam (Shop lot belakang Shell)
Berdekatan dengan Concord Hotel


Alamat: 

Wisma FaizAzrina
(No. 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A), 
40100 Seksyen 9, Shah AlamSelangor


Info Tambahan:
Lepas tulis order atas kertas,
kena buat bayaran di kaunter terlebih dahulu baru order proceed




Ini lah kek yang dipilih oleh aku.  Sangat² sedap!! Nak lagi!!!
Salted caramel mille-crepe topped with almonds


H melihat² menu.  Harga western memang sangat berpatutan

Bersilat dengan si kecik


Birthday mom tersenyum riang makan


Insha allah ada peluang akan repeat lagi sebab tak dapat ambik gambar proper.  Nak kek tu lagi