Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Monday, September 23, 2013
R.E.Z.E.K.I
Sunday, September 22, 2013
Takde Persamaan Tak Mengapa
Assalamualaikum
Rasanya rata-rata kita sejak zmn skolah mesti berangan nk partner yg sehati sejiwa gitu. Aku lah, org lain aku xsure tapi sama gak kut.
Klu bole nak minat warna sama, lagu yg sama, makanan kegemaran sama, minuman kegemaran sama..semuanya nak sama lah..ceh podacit!!
Sesungguhnya ajal maut jodoh pertemuan di tangan tuhan. Aku ditakdirkan bertemu jodoh dgn org pendiam. Syukur mmg itu yg aku idamkan. So aku bole lah cakap byk non stop kan..hahahaha~ tapi kami lsg x punya persamaan kecuali bab makan. Thats lucky me! So far blm la kena komplen sebab gemok! Syukur..
Tapi sebenarnnya x mengapa xde persamaan. Itu yg saling melengkapi. Aku xtau masak asam pedas, dia tahu ;) Aku x pandai siang ikan besar, dia tahu...see see..kan untung tu..hehe~
Jadinya dlm hidup ni, kita xkan dapat semua apa yg kita nak..tapi bersyukurlah dgn apa yg kita ada skrg ni. Mgkn kita x berjaya sgt dalam pelajaran tapi kita yg paling awal dpt keje. Mgkn kita x berjaya dalam kehidupan berkeluarga tapi kita berjaya dapat duit banyak dan membahagiakan keluarga kita..kadangkala kita lemah, mudah lah terikut bisikan syaiton tu..klu rasa down, cb fikir bahawa ada org yg lagi susah atau lg sengsara drpd kita, mesti kita akan rasa bertuahnya kita.
Yg penting, usah lah kita melihat sesuatu dari sudut yg negatif. Macam H cakap, "cuba nikmati setiap yang dihadapi ni sebagai satu pengalaman"
Apalah yg aku merepek ni sbnrnya..xpelah..hrp korg yg baca faham apa yg aku maksudkan sbnrnya..Hehe
Mode ting tong sket sbb asyik x sihat dan hutang web org masih in progress..Ya Allah permudahkan lah semuanya..
Friday, September 20, 2013
Alhamdulillah Rezeki Jumaat
Assalamualaikum..
Syukur alhamdulillah daripada pagi ada officemate bawa nasi lemak wifey dia masak. Maka beramai-ramai lah kami geng IT makan. Alhamdulillah
Menjelang tengahari, dapat pulak kurma lembik. Bkn musim puasa ni ssh sket nk cari kurma. Rawang, to be exact Tasik Puteri tu mmg xnampak lah rasanya. Alhamdulillah.
Sebelum balik alih2 dapat pulak plastik hitam. Ada jambu air dalam tu. Gembira hati bukan kepalang. Syukur Ya Allah. Seolah apa terlintas di hati terus dapat.
Alhamdulillah..syukur sesangat untuk rezeki yg tak disangka ni
Subscribe to:
Posts (Atom)