Salam,
Selepas melepasi aral melintang, alhamdulillah aku masih punya kesempatan untuk sambung balik entry trip ke Utara bulan lepas..sayang pulak kalau tak dikongsi..tgh² lapar ni bila tgk balik gambar nasi kandar hari tu, adoi serius takleh blah!! rasa la la ni jugak nak pi sana tibai nasi kandar..huhuhu~
Jom layan gambar je la
1. Jambatan Pulau Pinang, harus lalu =) malas nak naik feri sbb kejar masa nak balik KL..maklumlah esoknya tu dah kene kerja
2. Nasi Kandar Line Clear
Penang mmg terkenal dengan nasi kandarnya, lain tempat lain sedapnya..Hari tu kitaorg based pada GPS je dan dalam senarai GPS tu Nasi Kandar Line Clear yang keluar result antara yang teratas. H kata famous kedai tu, so apa lagi, jom pi cuba
Alhamdulillah kenyang, harga mmg murah kalau nak banding dengan kedai mamak biasa kat KL nih..dan masa kitorang makan tu ada artis Imran Ajmain & Fazley Yaacob tu..tapi segan n malas nak mintak izin snap gambar..huhuhu~
3. Perak
Hajat hati masa gi Penang tu nak singgah Bukit Bendera, tapi malang betul, time tu lah work in progress.. Sian H tau, dah 3x dia pegi Bukit Bendera, tiap kali pegi lah under maintenance..huhuhu~
So ktorg pun nak menuju lah pulang ke Selayang, tapi lalu highway tu membuatkan mata ktorang mengantuk gile babas..kalu aku tido, aku rasa H layan tertido skali nanti..so ktorg pun keluar lah lalu ikut jalan lama..terus segar bugar mata =)
So ni lah aktiviti bila lalu jalan lama..banyak singgah menyinggah..hehehe
Pekan Taiping
Singgah beli durian
Kat Perak ada baaaaaanyak kilang simen, suke tengok..
mcm dlm world invasion je..besaaaar