Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Friday, April 29, 2011

Renungan Jumaat - Kenapa Manusia ditimpa Musibah?

Salam,

Andai ditimpa musibah, jangan lah kita cepat melatah, mari kita sama² merenung dan muhasabah diri (pesanan untuk diri sendiri juga)

* aku copy paste sikit² je, klu nak baca penuh, sila jengah source di bawah

credit source : xinniralubayna

  1. Allah hendak menguji manusia untuk menentukan siapa yang beriman, sabar, reda, dan bersyukur serta siapa yang tidak beriman, tidak sabar, tidak reda dan kufur.

  2. Musibah-musibah merupakan pembalasan dan kafarah terhadap dosa-dosa yang kita lakukan. Pembalasan Tuhan ini bukannya kerana kemurkaanNya, bahkan kerana rahmat dan kasih sayangNya yang jauh lebih luas yang tidak terbanding dari kemurkaanNya. 

  3. Musibah ditimpakan kepada manusia supaya mereka ingat kepada Allah. Manusia hanya mudah ingat kepada Tuhan bila ditimpa kesusahan. Jika waktu senang, mereka mudah lupa kepada Tuhan. Apabila mereka ditimpa musibah, mereka akan cuba untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri.
  4. Kalau Tuhan beri bencana, maknanya Tuhan sayang dan ingat kepada kita. Dia menjadikan bencana bukan kerana tidak Penyayang, bahkan kerana sifat PenyayangNya itulah, Tuhan menimpakan musibah kepada manusia. Kalau hidup manusia sentiasa senang dan tak ada masalah, maknanya Tuhan bersikap dingin dan memalingkan pandangannya daripada kita. Ini seterusnya akan menjadikan kita semakin lupa diri dan lupa kepada Tuhan dan akhirnya sesat di dalam kegelapan.

  5. Kalau tidak ada keburukan, tidak akan ada kebaikan. Kebaikan itu dinamakan baik kerana adanya sesuatu yang dibandingkan dengannya yang dianggap buruk.

  6. Segala baik dan buruk itu adalah dari kehendak Allah Taala. Firman Allah Taala yang bermaksud:
    Katakanlah semua itu (baik dan buruk) adalah dari sisi Allah.

  7. Segala musibah yang menimpa manusia adalah ketentuan qada dan qadar daripada Allah. Ketentuan ini menguji manusia samada mampu atau tidak dalam menanggung musibah kehidupan. Manusia tidak boleh tidak, perlu sabar dalam mengharungi kedukaan di dunia kerana di sebaliknya ada nikmat dan ganjaran yang besar di syurga.

  8. Tuhan Maha Berkuasa dan mampu untuk menghalang bencana daripada berlaku kerana semua apa yang di langit dan di bumi adalah ciptaanNya dan di bawah kekuasaanNya. 

  9. Allah menjadikan musibah agar manusia berdoa dan meningkatkan pengharapan kepadaNya kerana Allah merahmati orang yang berdoa kepadaNya.

  10. Allah tidak membebankan hamba-hambanya melainkan menurut kemampuan mereka. Segala bencana yang ditimpakan kepada manusia adalah sebenarnya mampu dihadapi oleh manusia.

post signature

Wednesday, April 27, 2011

DugaanNya

Salam,

Semoga kami tabah menghadapi dugaanMu Ya Allah~

Khamis lepas aku & H accident di MRR2 area Ampang Point..Trafik lancar tapi tiba2 kereta Vios depan ktorg break mengejut, alhamdulillah kitaorg sempat break sbb jarak antara kami dalam 1 kereta gitu..

Tapii dalam beberapa saat kemudian, BAAAAAAAAAAANGGGG!!! Kereta kitaorng kena hentam daripada belakang sampai kete ktorg tergerak ke depan menghentam Vios depan pulak..Masyaallah..

Syukur alhamdulillah kami selamat, cuma kepala terhentak dekat seat sebab momentum yang kuat..sakit jugak la kepala n leher beberapa hari..bahu H mcm ada bengkak sikit, lelain kitaorg ok..Kereta je lah teruk depan belakang

Skrg kereta masih dibengkel, masih dalam proses dengan insurans..Ktorg ni dah la kereta ada 1 je..motor pun takde (lps motor H kena curi last year)..penat otak memikir camne nak gi keje..kalau naik bas konfem tak sampai..kalau sewa kereta paling murah RM50 sehari =( gile kopak

Syukur alhamdulillah, KIKIN pinjamkan kereta dia pada kitaorg sehingga kereta siap..Alhamdulillah aku dikelilingi kawan² yang sgt baik

Semalam pulak baru dpt berita adik mak aku accident, patah & perlu operate..Semoga kami tabah menghadapi dugaanMu Ya Allah..Amiiin



* Gambar kereta tak dpt nak snap sbb Xperia X10 camera dia sucks  tak ok dalam gelap!
post signature

Thursday, April 21, 2011

Perlis & Kedah - Day 3 (Siri Jelajah Edisi Jue Hairul)

Salam,

Maklumlah baru balik dari utara, so banyak la gambar nak di update..harap korang tak serik lah sbb aku nak share tempat² yg menarik utk korang lawat & tempat makan yg best utk korang rasa =)


1. Gua Kelam, Perlis
- Agak kuciwa sbb Gua Kelam dah tutup sejak banjir beberapa bulan lepas.  Jambatan dalam gua tu dihanyutkan bah.
- Perkhidmatan Keretapi di Gua Kelam pulak dah 2 tahun tidak beroperasi
- Jadinya kalu penduduk tempatan, depa pi mandi manda je la kat situ sbb air sgt² bersih, jernih dan sejuk kut..
- Utk pelancong cam kita ni, dapat kecewa dan sakit hati je lah =( sob sob sob~
{Gua Kelam}





2. Padang Besar, Perlis
- Disebabkan frust tak dpt masuk Gua Kelam, makanya kitaorg pun membawa lah hati yang lara ke Padang Besar :D
- Cuaca sgt² panas kat sana..sila bawa bekalan air minum yang mencukupi utk sepanjang perjalanan dalam kereta ataupun boleh singgah memana beli air minum
- Kat sana aku cuma rembat sehelai Tshirt utk H, kacang2, asam & pes tomyam je..Lelain barang aku rasa cam harga sama je mcm kat sini, so tak payah beli

{Padang Besar}


3.  Ladang Burung Unta (Ostrich)

- Otw balik dari Padang Besar, kitaorg ternampak Ostrich Farm..so singgah kejap gi ambik gambar si ostrich tu
- Tempat tu mungkin baru buat sebab tak berapa terjaga dan bukan macam untuk tarikan pelancong pun
- OK je lah, boleh tgk ostrich live gitu!



4. Kuala Perlis

- Sebelum meninggalkan negeri Perlis Indera Kayangan ni, kitaorg sesajalah menyinggah ke Kuala Perlis
- Kalau malam sure tempat ni happening
- Memandangkan siang, cuaca hangat lak tu, jadi kami cuma singgah, aku snap² pastu ktorg chow



5. Gurun

- Ni lah tempat family aku duduk dulu =)
- Its good to be home! walaupun cuma lalu kat jalan, aku sgt³ eksaited dan tersengih sepanjang jalan
- Banyak kenangan duduk dkt Kedah ni, dan aku mmg membesar di Kedah, walaupun aku bukan orang Kedah tapi aku sayang Kedah dan sampai sekarang dialect aku campur² dgn lorat Kedah -_-
- Kalau korang ke Gurun, sila lah singgah ke Gunung Jerai, aku tak sempat nak singgah hari tu

{Pekan Gurun}



6. Bedong

- Aku sempat bersekolah rendah di Bedong sekejap (masa darjah 6 lepas UPSR)
- Pekan Bedong ni lah tempat aku selalu singgah beli magazine omputih..dulu kan gile kan trio Hanson tu, siap call n booking tu :P gile fanatik tul
- Hari tu kitaorang singgah dkt gerai durian tepi rel Keretapi Bedong tu
- Kitaorang mintak durian isi oren, tapi takde jual..so makan durian kampung je la..sedap!
- Sebiji je makan, RM8

{Pekan Bedong}


7. Muzium Arkeologi Lembah Bujang

- Ada jugak orang yang tak tau pasal Lembah Bujang ni sedangkan ada dlm buku Sejarah masa skolah menengah aku rasa, tp xtau lah kut syllabus dah tukar ke kan..huhuhu~
- Sayang betul sbb orang tak berapa nk datang tempat² gini
- Memandangkan H adalah pencinta alam, tempat ni mmg sangat sesuai lah
- Boleh bau hutan..manyak syiok
- Boleh tahan penat nak menapak naik bukit tu

{Candi Lembah Bujang}





8. Tg. Dawai

- Destinasi terakhir untuk hari ke-3 tu, kitaorg terus ke Tg. Dawai
- Kat sini korang boleh beli produk laut mcm belacan, keropok n etc lah
- Kitaorang cuma ada pergi makan ikan bakar je, dan mmg sgt bernasib baik lah sebab kitoarang dapat kedai yg masak saaaaaangaaat sedap!!
- Nama gerai tu IKAN BAKAR WARISAN WARUNG MAK NJANG
- Serius sedap dia masak, dan aku rasa rate harga bersesuaian dan murah berbanding KL
- Yang paling penting, masakan dia semua SEDAP!!
- Ikan siakap stim (saiz agak besar), tom yam campur, kailan ikan masin, ikan pari bakar, jus epal, teh ais : RM63

{Ikan Bakar Warisan Warung Mak Njang}




{Tg. Dawai}



Selesai makan di Tg. Dawai, kami ke Sg. Petani untuk carik tempat bermalam..Puas jugak berpusing sebab aku dah lupa lah hotel² dkt area mana..dulu zmn skolah mana nak cakne hotel ni haih..So dengan bateri tepon yg dah nyawa² ikan, kitoarang on GPS n carik hotel terdekat..

Memula ke swiss in, malangnya tinggal two single bed..confirm aku tak nak sbb masa kat Perlis aku kena tindih..eee tak mo aku tido asing..Then kitoarang ke Taman Sejati n check in hotel Emerald..Alhamdulillah akhirnya dapat berehat dan tido dengan selesa..

Syukur dengan peluang ini..Jom la visit Kedah ^_^


post signature

Wednesday, April 20, 2011

Perlis - Day 1 & 2

Salam,

Dah alang² join open Unimap Netball hari tu, merasa lah jejalan Perlis jugak =)  Menggunakan kesempatan yang ada sepenuhnya gitu..

Bagi aku & H pulak, jalan² gini umpama jalan-jalan cari makan utk kitaorg..well, tgk badan pun dah tau kuat makan kan..huhuhu~

1st day malam - lepak makan di Restoren De Sena
*Kureng Sedap!!

Chicken Chop RM10,
Nasi Goreng USA RM6,
Sup Campur RM6,
Sotong Goreng Tepung RM10
Air 2 gelas RM2
Total : RM34


Hari kedua game berlangsung dari petang sampai ke malam..Dengan atap bocornya, dengan black outnya, dengan kalahnya =) ooppss

2nd Day - Dewan Rakan Sukan, Stadium Kangar


Lepas abis game kita enjoy :D Celebrate lah..lapar kut sebab tak makan dari siang..neves la kunun..nasib masih boleh berlari dan melompat lebih tinggi..kuasa kasut baru..hahahaha

2nd day malam - My Cafe, Bandar Kangar
Semua Sedap!!! Harga tak ingat, tapi total RM31 sahaja



post signature

Tuesday, April 19, 2011

Rival - Together We're Stronger

Salam,

Alhamdulillah sukan Unimap dah berakhir, dan kami telah kalah dengan berjaya nya =) at least no one is injured..syukur Alhamdulillah

Walaupun Rival kalah, bagi aku semua orang dah buat yang terbaik.  Memang ada banyak benda 'here and there' yang perlu diperbaiki supaya lebih bersedia menjelang sukan badan berkanun awal bulan May nanti

Insyaallah rehat jap gi Rival akan buat meeting post mortem


Ni gambar² kitaorg masa kat sana -_-
* gambar masa game tak menjadi, maybe si photographer pun sama neves mcm player kut..hehehe~











Sunday, April 17, 2011

Tg. Dawai, Kedah

Salam,

Sungguh indah ciptaanNya
Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, April 15, 2011

All the best Rival

Salam,

Game pertama Rival pukul 5.30pm karang..hrp Rival x putus asa walau apa pun yg terjadi..Rival akan bermain sehabis baik!!

*yg sebenarnya aku ni yg cuak tahap penyamun..urghhh!!
Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday, April 13, 2011

Yeaaaa!! Jersey Dah Dapat




Salam,

Dalam hati, jantung dan segala organ tgh duk kecut mengenangkan tournament Perlis tu, tetiba teruih lupa bila dpt jersey -_-

Sila lah bagi muka kat saya, sbb ni pes taim dpt jersey nama sendiri..sian kat aku kan =)
Published with Blogger-droid v1.6.8

Adoi..Dup Dap Dup Dap

Salam,

Adoi, takleh blah lah..hati berdebar²..jantung berdegup kencang..insyaallah esok pagi akan bertolak ke Perlis.  Jumaat petang akan bermula lah match..
Serius berdebar..adoiii!!!



tak faham?? leh rujuk --? www.team-rival.blogspot.com


Sunday, April 10, 2011

Kenapa Tak Jujur?

Salam,

Setiap tahun mesti dtg musim durian, tp aku mcm dh serik nk beli..bukan xnk tlg bangsa sendiri, tp asal beli je terkena..


1) Ni kes sblm2 ni..jurujual melayu

aku : bang, sy nk durian isi kuning
Jurujual : ooo, yg ni isi kuning (pastu dia pun kopek)
Aku : alaaa..isi putih
Jurujual : putih ni elok dik, ni kuning sket2
Aku : Otak hang kuning!! (cakap dlm hati jela) dan terpaksa beli dgn hati yg geram.

2) Tahun lepas..Jurujual cina

Aku : uncle, sy nk durian isi oren..klu x oren sy x mau
Uncle : ini isi oren maa..dia pun kopek lah..mmg oren pun!!
Aku : senyum smp telinga..sbb dpt isi oren..time tu ktorg bli 3 biji..mmg 3 tiga isi oren..puas hati!

3) Ni kes tadi..aku dh tau pakcik tu mesti xde isi kuning..so aku mcm redha jela..H suh jela pakcik tu pilih 2 biji..pakcik tu kopek, pastu siap cakap ni isi kuning!! Tp x tunjuk pun isinya dkt H

Bila balik umah, time nk mkn..tu diaaaa!! Durian yg x elok, isi keraih nak mampuih..kuning jadahnya!! Pakcik x rs bersalah ke menipu lagu tu??

Serius aku x kisah isi kaler apa sbb aku mmg dah redha, tp klu ko dh kopek, pastu bukak sket tgk isi pastu ko tutup cecepat xnk bg buyer tgk, apa bnda tu? Tlg la wei jujur sket!!

Nasib ktorg bli dua biji, nasib bukak sebiji pertama tu isi elok..klu lah awai2 bukak hat x elok tu, mmg spoil abis lah..

Kepada jurujual, silalah jujur..bila jujur, rezeki mesti dtg lagi..percaya lah

Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, April 09, 2011

Alasan kah?


Salam,

Akibat dari latihan netball yg berterusan (tp menangnya belum la lagi) maka kasut sukan yg lama telah terkopak..

Maka dgn itu, sy dah rembat kasut sukan baru :(

Alasan yg bole diterima pakai kan ^_^
Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, April 02, 2011

Heavy Breakfast & Love U to the Max H ♥

Salam,
Bak status 4sq ku..mcm baguih je kan hari² mai reja =(
sebenaqnya terpaksa..idak haih aku rajin..

Nasib H temankan..love u to the max sayang!!
Btw Jeri, aku pinjam tempat hang & Majalah pancing hang..
kiranya aku umpan laki aku ngan majalah hang lah..hehehehe~
* lambat lagi aku bole balik ni sbb backup baru 3% ..demmit!


Oh yer, pagi tadi pegi heavy breakfast..
sedap gile mihun sup Jalan 2 Chan Sow Lin ni..
Tak caya? tanya
syira..dia pernah rasa -_-



Alhamdulillah

Salam,

Hari ni rezeki makan betul..Syukur Alhamduillah..

Sarapan pagi Jeri belanja nasi lemak..
Lunchie lak k.as belanja mihun & k.ina belanja KFC

Syukur alhamdulillah..terima kasih ya allah, terima kasih kwn2!!
Published with Blogger-droid v1.6.8