Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Tuesday, February 07, 2017

Burger Sedap Rawang - Bandar Tasik Puteri (Kena Cakap Nak Mayo Lebih)

Assalamualaikum.

Kat BTP (Bandar Tasik Puteri) ni ramai sangat orang jual burger.  Boleh kata bersepah.  Tinggal lagi ikut selera memasing je lah.  Tapi kitaorang baru discover kedai burger ni.  Agak baru jugak dibukak mungkin dah beberapa bulan tapi serius sedap!

Harga rasanya standard je.  Tapi aku paling suka sebab dia akan ikut apa yang kita nak.  Dah banyak kali aku kena dekat gerai lain, nak mayo lebih.  Depa angguk tapi seolahnya buat bodoh je.  Takde lebih pun.  Nak buh mayo sesudu pun macam takut-takut.  Tapi gerai ni.  Terbaik!

Kitaorang order simple je kot.  Tak nak sos dan mayo lebih! Nah hambik! puas hati ko makan.  Siap repeat lagi.  Dan lepas tengok gambar ni rasa nak repeat lagi.  LOL


Lokasi - Berhadapan 99 Speedmart M Residence
(Kawasan perumahan baru Mah Sing)



Abang burger ni orang Kedah.  


Happy faces =)



Ni repeat dengan nono plak.  Hoho~

Ni Burger Ayam Tanpa Sos


Yummy!


Standard size compare to smartphone


Nama Burger ni Frust Burger.  Patty abang tu buat sendiri.
Katanya masa buat patty tu dia tengah frust.


Frust Burger ni besaq wei!


Close up Frust Burger



Ni Burger Ayam Tak Nak Sayur Tak Nak Sos Mayo Lebih :p


Ni Jumbo Hot Dog with Cheese rasanya.  Lupa dah




Overall, kitaorang sangat² berpuas hati.  Mungkin akan repeat lagi.  Orang kata kalau dah sedap dan bagus, orang akan sampai-sampaikan.  Mudah²an bisnes abang burger ni terus maju dan maju!

posted from Bloggeroid
Post a Comment