Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Friday, September 26, 2014

Doa dan Amalan Untuk Memudahkan Bersalin

Ni aku share doa yang biasa orang amalkan untuk memudahkan bersalin.  Even aku sendiri amalkan dan masa masuk labor room di GMC (Gombak MEdical CEnter) pun sister memang suruh baca ayat tu dan ayat ni ada dilekatkan di labor room tu.

Alhamdulillah dipermudahkan.  Bak kata doktor Hamiza GMC (my fav doc ever) "mana ada bersalin tak sakit jue" masa dalam labor room gara² aku tanya ada tak ubat yang tak sakit.  Huhuhu~

Terima kasih pada owner yang aku dah kreditkan link dia kerana sudi berkongsi info ni di internet.



Kepada yang bakal bersalin, semoga dipermudahkan.  Dan kalau ada rezeki aku lain kali, semoga dipermudahkan juga.  Ameeen

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bacaan ni mak suruh amalkan untuk memudahkan bersalin. 
Setiap kali selepas solat, pegang perut dibahagian ulu hati bersama-sama suami dan baca

1. Surah al-Fatihah سورة الفاتحة
2. Surah al-Ikhlaas سورة الإخلاص sebanyak 3 kali
3. Selawat ke atas Nabi Muhammad saw sebanyak 3 kali
4. Surah al-Anbiyaa' سورة الأنبياء: ayat 87

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri

Selesai membaca, tangan diturunkan ke pusat dan niat di dalam hati dipermudahkan kelahiran bayi di dalam kandungan dan semoga dia menjadi anak yang soleh atau solehah. Lebih bagus disebut sekali nama bayi di dalam kandungan. Habis niat tangan diturunkan hingga ke tundun faraj. InsyaAllah, bayi akan mudah dilahirkan.

kredit to : majalah Anis

Post a Comment