Instagram ^_^

Instagram : innueclanz

Tuesday, January 10, 2012

His Fav Choc Cake

Dikala lapar ni terasa mcm air liur dah menjejes² keluar..ok, sy sedang puasa ganti makanya nafsu makan telah membuak-buak..adeh!!






Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
4 biji telur (kalau size telur besar, 3 biji pun dah ok)


Cara-cara

1. Campur semua bahan
2. Adun dengan mixer sampai sebati
3. Tuang dalam bekas loyang (kalau loyang kecik, tuang separuh je sbb takut nnt kek melimpah pulak)
4. Kukus selama sejam atau sejam setengah baru angkat dan sejuk kan
(untuk uji kek dah masak ke belum, cucuk dengan penyucuk kek atau garfu pun boleh..bila dah cucuk masih ada cair yg melekat pd garfu tu maksudnya kek belum masak betul lagi)



TOPPING COKLAT (main ikut suke hati je)

Bahan-bahan:

1/2 bar choc masakan
2 sudu minyak masak
1/2 cawan susu cair
sedikit susu pekat (secukup rasa)


Cara-cara (sepatutnya buat cara double boiler) tapi belasah je masak dalam periuk kecik

1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecik
2. Kacau sebati
3. Bila dah likat sikit, tutup api
4. Boleh sapu dkt kek dah

** aku suke kek moist, so aku tak biarkan coklat tu masak likat, dah ala2 tu aku terus tutup api dan tuang atas kek..hasilnya kek yg comot dengan topping tapi agak moist


Selamat mencuba..kalau tak sedap mintak mahaap la nooo =)

post signature
Post a Comment