Instagram ^_^

Instagram : innueclanz
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Friday, April 29, 2011

Renungan Jumaat - Kenapa Manusia ditimpa Musibah?

Salam,

Andai ditimpa musibah, jangan lah kita cepat melatah, mari kita sama² merenung dan muhasabah diri (pesanan untuk diri sendiri juga)

* aku copy paste sikit² je, klu nak baca penuh, sila jengah source di bawah

credit source : xinniralubayna

  1. Allah hendak menguji manusia untuk menentukan siapa yang beriman, sabar, reda, dan bersyukur serta siapa yang tidak beriman, tidak sabar, tidak reda dan kufur.

  2. Musibah-musibah merupakan pembalasan dan kafarah terhadap dosa-dosa yang kita lakukan. Pembalasan Tuhan ini bukannya kerana kemurkaanNya, bahkan kerana rahmat dan kasih sayangNya yang jauh lebih luas yang tidak terbanding dari kemurkaanNya. 

  3. Musibah ditimpakan kepada manusia supaya mereka ingat kepada Allah. Manusia hanya mudah ingat kepada Tuhan bila ditimpa kesusahan. Jika waktu senang, mereka mudah lupa kepada Tuhan. Apabila mereka ditimpa musibah, mereka akan cuba untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri.
  4. Kalau Tuhan beri bencana, maknanya Tuhan sayang dan ingat kepada kita. Dia menjadikan bencana bukan kerana tidak Penyayang, bahkan kerana sifat PenyayangNya itulah, Tuhan menimpakan musibah kepada manusia. Kalau hidup manusia sentiasa senang dan tak ada masalah, maknanya Tuhan bersikap dingin dan memalingkan pandangannya daripada kita. Ini seterusnya akan menjadikan kita semakin lupa diri dan lupa kepada Tuhan dan akhirnya sesat di dalam kegelapan.

  5. Kalau tidak ada keburukan, tidak akan ada kebaikan. Kebaikan itu dinamakan baik kerana adanya sesuatu yang dibandingkan dengannya yang dianggap buruk.

  6. Segala baik dan buruk itu adalah dari kehendak Allah Taala. Firman Allah Taala yang bermaksud:
    Katakanlah semua itu (baik dan buruk) adalah dari sisi Allah.

  7. Segala musibah yang menimpa manusia adalah ketentuan qada dan qadar daripada Allah. Ketentuan ini menguji manusia samada mampu atau tidak dalam menanggung musibah kehidupan. Manusia tidak boleh tidak, perlu sabar dalam mengharungi kedukaan di dunia kerana di sebaliknya ada nikmat dan ganjaran yang besar di syurga.

  8. Tuhan Maha Berkuasa dan mampu untuk menghalang bencana daripada berlaku kerana semua apa yang di langit dan di bumi adalah ciptaanNya dan di bawah kekuasaanNya. 

  9. Allah menjadikan musibah agar manusia berdoa dan meningkatkan pengharapan kepadaNya kerana Allah merahmati orang yang berdoa kepadaNya.

  10. Allah tidak membebankan hamba-hambanya melainkan menurut kemampuan mereka. Segala bencana yang ditimpakan kepada manusia adalah sebenarnya mampu dihadapi oleh manusia.

post signature